Tuesday, May 20, 2014

:: Ahh..dunia ::


Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Tarikh ulangtahun kelahiran keluarga :

25/3 - Nursolehah (kakak)
1/4 - Abdul Hanis (angah)
5/5 - Mohd Daud (ayah)
20/5 - Marsiam (mak)
8/9 - Mohd Aerwan (abang)
9/12 - Mohd Shukri (balang)
31/12 - Nurfadilah (adik)

Bulan Mei, genap usia kedua orang tua saya yang ke -55 tahun. Alhamdulillah.
Allah izinkan lagi untuk pinjam kesempatan usia kat dunia ni =') Usia. Nikmat 
yang kadang *ok,sering* kita terlepas pandang. Sedangkan bila-bila masa sahaja 
kita bisa menghadap Ilahi (hakikatnya la). Tapi itulah kita. Yang bergelar 
manusia. Mudah alpa dan leka. Mengejar dunia dan seisinya ibarat akhiratnya 
tiada.

Tangan dan hati yang menulis lebih dekat dengan apa yang ditulis. T_T and that 
is the thing that i'm worrying about. Merencana urusan dunia ibarat dunia ini dia 
yang punya. Dia yang punya kuasa. Dia yang akan menentukan segalanya. 
Ahh..manusia! Ohh..dunia! Ke mana akhiratku? *searching over and over again*
And, I couldn't find it anywhere ='(

Sedetik cuma lintasan di hati agar kembali pada yang Esa, memohon ampunan 
dosa, meminta taufiq dan hidayahNya, merintih untuk didakap dgn 
kasih-sayangNya.... diabaikan sebegitu sahaja.... mungkin sudah lali. mungkin 
sudah muak. dengan sapaan yg sering menjengah itu. sapaan tanda sayangnya 
Dia itu.


قال تعالى : فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

آل عمران : 159

" Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal "


Looks like a simple thing yeah?

Nope.

Tawakal memerlukan kekuatan. Dan kekuatan datangnya dari ilmu. Ilmu tentang Dia ?

Answer and feel it into your heart



Saturday, May 10, 2014

:: Impian ::


 May Allah grant our du'a to achieve this 'impian' together


MINI PERPUSTAKAAN 


di TERATAK SAKINAH WA MAWADDAH kita kelak


=') Insya-Allah


* kita boleh letak kitab2 kita dalam ni, buku2 motivasi dan bacaan kita untuk 'mereka' kelak biiznillah


Alhamdulillah, saya teringat pesanan seorang guru kami yang mulia, 
Sheikh Ibrahim Naijar. Beliau mengajar kami pengenalan 'Ulum Al-Hadis 
An-Nabawiyah

 الباعث الحثيث شرح اختصار علوم الحديث karangan Ulama' Tafsir yang terkenal, 
Ibn Kathir

Katanya, selepas berumahtangga kelak, jadikan pembacaan hadis di rumah 
kamu sebagai rutin harian. Perdengarkan kepada ahli keluarga kamu, isteri 
dan anak-anak kamu agar pembinaan kecintaan terhadap Baginda 
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bermula sejak mereka kecil lagi =')

Pembinaan Bait Al-Muslim yang haqiqi sepertimana yang ditunjukkan oleh 
Baginda Nabi sungguh perlu dijadikan teladan. Sometimes, I'm wondering 
whether we'll be able to make it or not. Actually, it's not possible because
dah terbukti dengan penulusuran sirah hayat Baginda kan? Cuma.. mm...
just forget it.. Allah tengok usaha kan? so, there's no excuses accepted 
selagi we're not trying our best. Fullstop.

Keep praying. Keep believing.

Allah knows better. Bercakap perihal masa depan ini mengingatkan saya 
dengan daurah semalam, Daurah Pengurusan Jenazah. Ha! Ini yang pasti 
semua akan alami, tiada yang terkecuali. Salah satu kaedah nak lupakan 
perihal 'chenta' manusia berbeza jantina (selagi belum tiba masa) adalah 
dengan mengingati mati. Ini saya. *Tapi,kadang-kadang terlupa jugak. 
Gedik sangat. Tu la pasalnya* 

T_T

Wishing to be the person who is worth for RM10,00++ instead of 
buying the whole bookstore( baca : kedai kitab2 arab)

May Allah ease, bless and grant it, Insya-Allah. 
Allahumma faqqihna fiddin wa 3allimna ta'wil


Wednesday, May 7, 2014

:: Mrs. Hidayah ::




Tatkala hati disapa hidayah, bersegeralah

Menuju Tuhanmu yang Punya Kuasa

Yang tahu segala baik dan burukmu


=')


Dia peneman yang setia

Tatkala jatuh dan bangunmu

Bangkitlah! Wahai diri yang masih lena~

Moga diri yang berlumutkan dosa ini dipandangNya

Maka

Bersegeralah..Bertaubat..

p/s : mohon sebutkan nama saya dalam doa kalian, moga doa tersebut
 dikembalikan semula kepada yang meminta


Monday, April 28, 2014

:: I didn't want to say that word ::

Can I request something? Please be with me for the entire of my life 
as my beloved bestfriend, the sincerely listener, the supportive teacher 
that teach me the meaning of life~~


Saya sayang awak

Sangat.
Serius.

Awak..

I'm so sorry for everything that I've done to you..Its's just..I think that we'll be apart
from now..You'll have your own future =') *trying to smile while crying*

May our friendship will last till Jannah biiznillah. Saya memang ego. Saya tak reti nak
tunjuk cinta saya dekat insan yang saya sayang. And you're one of them T_T

Moga Allah izinkan memori ini untuk terus memahat kisah cinta kita bersama.
Ada yang awak tak perlu tahu.. tentang hati dan perasaan saya terhadap awak..
Saya pernah kehilangan kepercayaan terhadap seorang kawan baik
(saya yang anggap dia kawan baik but she's not), and since then I've never feel the
true loves from others.. Maybe there is, but.. I've closed that chances because..I'm
too afraid to love others and searching the true bestfriend in this world.. And I
thought that I'll never ever found one..But then....

Allah send you to appear in my life ='( At first, I wanna deny that feeling but I... just
can't ! And I hate that. Seriously! Because everyday it's growing like your cactus,
slowly, and slowly make myself hurt inside..

As if you know how much tears..how much pain that I felt inside..seeing you with
others.. I know that 'jealousy' feeling shouldn't be in any of friendship relation but still..

How i wish to hug you T_T even for a second with the 'real' feeling

Dear my beloved one,

I'm gonna miss you.. Even we'll keep being a bestfriend, still.. You'll have your own
destiny and life..Go for it! May Allah ease and bless your life in this world and
hereafter biiznillah :) And I'll keep the many and many wishes for you in my du'a
insyaAllah. He knows better right? So,keep believing in Him, no matter what will
happened after this. Remember His promise ya!

How much I love the stars...I love you more than that
=')



Wednesday, April 16, 2014

:: Begin ::

Alhamdulillah

Selangkah.
Langkah kedua.
Dan langkah seterusnya.

Moga Allah redha =')
Moga dikuatkan.. Sukar namun tidak mustahil.. Serius ! *tetibe*
Petikan buku " BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU " karangan
Akhi Salim :


Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah apa-apa yang jiwa tenteram kepadanya juga tenteram dalam hati. Dosa itu adalah apa-apa yang syak dalam jiwa dan ragu-ragu dalam hati meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu dan membenarkannya.

 Direkodkan oleh Muslim

trust His plan ^_^



Monday, April 14, 2014

:: lesson ::

Fitrah
Fitrah

~ pasca menonton cerekarama ~

Fitrah seorang anak adalah menenangkan+mencairkan hati si ibu dan ayahnya (?)

Ku kira kenyataan itu benar =') 

Walaupun diri ini tidak mengalaminya lagi, aku yakin setiap apa yang dilakukan
oleh seorang anak akan dititikberatkan oleh si ibu dan ayah.. maka, untuk kita
yang bergelar seorang anak.. Ayuh =) semarakkan cinta dan sayang kita pada 
mereka selagi mana Allah sudi untuk meminjamkan kita nikmat terindah itu..

Dan untuk yang bergelar ibu dan ayah, anakmu itu membutuhkan perhatian 
khusus dari kalian. benar. duit tidak akan mampu membeli kasih sayang yang
terjalin antara ibu ayah dan anaknya. semoga dengan kehadiran permata-permata
ummah ini, kalian lebih bersemangat dan kuat untuk menapak maju ke hadapan 
merentasi zaman yang kian mencabar dari segala sudut kehidupan. InsyaAllah,
terus membina kekuatan bersama pasangan masing-masing, dan jangan give up untuk
terus-menerus meminta pada yang punya Kuasa ^_^

Buat teman seperjuangan yang bakal bergelar ibu dan ayah, mari kita sama-sama 
mencipta suatu perubahan yang mudah-mudahan akan memberi impak +ve buat 
generasi kita akan datang insyaAllah..perubahan yang menuntut kita untuk berkorban
pada masa sekarang demi kebaikan pada masa hadapan. saya akui, ia tidak semudah
ABC/ ا ب ت ..namun, Allah lihat usaha bukan natijah. semoga dengan perubahan kita sekarang mampu membantu mewujudkan umat yang seiring dan mengikut acuan 
islam yang sebenar biiznillah !

- tarbiyatul aulad jilid I dah habis satu bab, tapi tak sempat nak di'entry'kan..mohon 
doakan saya agar dapat bahagikan masa sebaiknya -



Tuesday, March 25, 2014

:: Allah izinkanku untuk mengecapinya lagi ::


الحمد لله ثم الحمد لله على كل حال و نعمة التي يعطيه الله سبحانه و تعالى على نفسي في هذا اليوم المبارك و السعيد

# kopipasta dari fb #



Officially turn to 21 year old 25/03/93-25/03/14

Semoga langkah seterusnya diiringi redhaNya
Semoga terus semangat untuk menerima 'hadiah' dariNya

Terima kasih buat semua yang pernah melakar sesuatu
dalam hidup ini..
Terima kasih kepada insan yang mendoakan dalam diam..
Terima kasih kerana menjadi guru saya melalui akhlak kalian..
Terima kasih mak+ayah kerana menjadi yang pertama..
Terima kasih awak kerana menjadi yang terakhir..

كل نفس ذائقة الموت
Sungguh, kematian adalah sebaik-baik peringatan.
Hari ulangtahun yang penuh dengan perihal kematian.
Infiniti kemaafan saya pohon dari kalian atas keterlanjuran
dan kesilapan yang pernah saya lakukan..
Mohon doa kalian agar saya menjadi+peroleh yang terbaik!

Biar luka di sini, jangan luka di sana~

#roadtobeabettermuslimahinsyaAllah


Beberapa hari menjelang hari ulangtahun aritu, aku membuat panggilan ke rumah
berulang-ulang kali. Niat di hati ingin bercakap dengan ayah terpaksa dimatikan
apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi walaupun setelah dicuba 5-6 kali.
Maka, ku sambungkan talian ke rumah dengan harapan dapat mengetahui
keberadaan ayah. 2-3 kali panggilanku ke rumah disambut oleh emak.. Esakan tangis
yang ku hamburkan ku kira menimbulkan kerisauan di hatinya. Manakan tidak, saban
hari aku bermimpi ayah terasa hati atas sikapku, dia kecewa denganku lantas
meninggalkan aku terkapai-kapai sendirian..

Dan akhirnya, sekitar jam 9 pagi (Jordan) sementara menanti kelas yang seterusnya,
panggilan yang dibuat ke rumah disambut olehh ayah!! ^_^ Setelah bertanya khabar,
aku memohon maaf andai aku membuatkannya marah kerana tidak membalas
mesejnya juga tidak menjawab panggilannya dahulu. Juga ku selitkan kemaafan
kerana menyusahkan dirinya dari kecil sehingga kini dengan kerenah, perbelanjaan
dan segala-galanya.. Dan...Cukuplah kalimah yang diucapkannya ini sebagai
penenang diri :

ayah tak pernah marah kakak..ayah risau je kakak tak balas mesej, tak angkat talipon semua..kakak tak payah risau, semua tu tanggungjawab ayah..kalau ada duitnya, ayah bagi semampu ayah..kalau takde, ayah tak bagilah..kakak kat sana bukan ada sesiapa..ada kawan-kawan pon diorang pon belajar jugak..adik aritu ayah dah bawak pegi umrah, untuk kakak ayah bagi duit jelah yang mampu..kakak belajar jela elok-elok eh..

='(

i just love him the way he is

Tahun ini, seperti biasa.. senarai pengwish birthday (dari sahabat handai) akan 
disenaraikan namun ada penambahan insan yang tidak boleh dinyatakan :p

1. Fadzlin Najwa Anuar
2. Nur Syuhaida Mohd Peril
3. Qararatuljannati Adnin Rithuan
4. Adik Atiqah Yusri
5. .................

Semoga Allah berkati dan sayangi mereka =')
Bagi yang mendoakan dalam diam, moga rahmat Allah dilimpahkan buat kalian 
juga! Jzkk !

 I wanna wrote some other stories but....I just can't.. Do pray 4my strengthness,
barokah in study and everything which is good :)


Wednesday, March 12, 2014

:: Catatan Kehidupan 12 ::


Seharian dihiasi dengan kuntuman bunga-bunga peringatan dari Sang Pencipta =')
melalui perantaraan pengamal 'ilmuNya yakni guru-guru yang diibaratkan sebagai
pewaris para Nabi dalam menyambung dakwah dan menyebarkan cintaNya ke
seluruh pelosok dunia insyaAllah

Tidak mampu menyiapkan tugasan a.k.a amanah yang diberikan oleh doktor di
universiti. Kesesakan di dada tidak dapat dinafikan lagi tatkala menjejakkan kaki
ke dalam kelas bernombor 201, Kuliah Syariah, Universiti Yarmouk pada hari ini..

Bagaimana mungkin mampu ku siapkan tugasan a.k.a ringkasan yang perlu dibuat
dalam 10 mukasurat (?) Isnin ( tugasan diberi ) --> Selasa+Rabu (peperiksaaan).
Hari Rabu yang sama dikehendaki menghantar tugasan tersebut ='(
Adakah aku hanya beralasan (?) Allahu Rabbi...

Melangkah masuk dengan niat untuk memperoleh sesuatu dari sang penyebar ilmu.
Boleh saja aku memilih untuk 'ghiab' kerana takut dimarahi atas keculasanku
menyiapkan amanah yang diberikan. Namun, aku percaya Allah akan memberikan
sesuatu kepadaku pada hari ini. Takutkan manusia (?) atau takutkan Ilahi (?)
Atas persoalan yang berlegar inilah menyebabkan aku mampu melangkah  masuk
ke dalam kelas pada hari ini.

Ditambah dengan firmanNya dalam Hadis Qudsi :
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala
telah berfirman :

" Sesungguhnya aku menurut sangkaan hambaKu ...."

Subhanalllah ! Allah benar-benar Maha Mengetahui dan 'Adil (Tidak Menzalimi)

Pensyarah tersebut tidak memarahi sesiapa pun malah hari ini kami dihidangkan
dengan infiniti butir-butir mutiara yang berharga yang keluar dari lisan insan mulia
yang sarat dengan ilmu itu ^_^

" Tugasan yang saya berikan itu tidak lebih tidak bukan hanya sebagai suatu amanah buat kalian. Tidak berkait dengan saya sedikitpun. Saya tidak punya hak untuk menghukum kerana niat saya untuk membantu kamu agar lebih memahami tajuk yang dipelajari + mengajar erti tanggungjawab dalam menunaikan amanah dll...kamu jangan datang jumpa saya mintak saya tarik balik tugasan tersebut (mengharap belas kasihan saya) agar memahami bahawa kalian tidak mampu melakukan tugasan tersebut. tapi mintalah pada Allah, jangan sesekali kamu minta pertolongan pada manusia (pertolongan dalam erti kata sepenuh pengharapan)..... "

Antara sebab kita jadi begini pada hari ini adalah kerana :

HATI KITA TERIKAT DENGAN AHWAL (PERIHAL KEHIDUPAN) BUKAN DENGAN A3MAL (PERBUATAN/AMAL).....

kalimah yang berulang kali dipesan oleh sang guru ini akan disematkan sebaiknya insyaAllah
^_^ jazahullah buat pensyarah subjek Adyan Firoq, Dr. 'Alaa Hilat

Satu jam setengah masa yang diperuntukkan itu ku kira tidak cukup untuk
merembeskan segala air mata yang terkumpul dari lubuk hati yang paling
dalam. Namun, infiniti kesyukuran ku panjatkan kepadaNya atas peluang
dan nikmat yang masih dikurniakan hingga ke saat ini untuk merenung sejenak
tujuan penciptaan diriku ke muka bumi ini T_T 

~ Pengorbanan hamba untuk Tuhannya :

> Korbankan harta demi meraih redhaNya
>Korbankan masa untuk menyebar cintaNya
>Korbankan diri untuk dimanfaatkan oleh insan lain
>Korbankan kenikmatan kita demi 'mereka' dan Dia, for sure =')

p/s : korban a.k.a kongsi (?)

Sering menjaja dan mencanang akan diri yang sibuk mengalahkan
Perdana Menteri, tidup cukup masa, dibebani dengan masalah ummah yang
 pelbagai dan macam-macam lagi... puiii!!!! ( bahasa untuk mereka yang
tahan maki ) Maka, bergembiralah 'mereka' yang telah berjanji dengan Dia
sejak awal penciptaan manusia dahulu kerana berjaya memusnahkan bani adam
dengan perasaan dan penyakit seperti itu .. Na'udzubillahi min zalik..

Semoga Allah ganjari mereka yang telah berusaha menyebarkan tauhid dan
dakwah serta cintaNya kepada insan-insan seperti aku yang sering alpa dan
terleka dengan dunia. Amin...

i just wanna be hugged like this for a moment because it's too hurt inside..
homesick..exam mood..losing an inspire and supporter..
please come back dear.. *as soon as possible (?)*




Sunday, March 9, 2014

:: ikhtilat 1 ::

pejam celik pejam celik... soalan sofiy masih belum menemui sang jawapan

skrol fb lagi.. (watak tidak thiqah sangat..hehe)
alhamdulillah !

jumpa satu post yang bertulisan komputer :



Boleh ke kita bermesra mesra tanya khabar dengan niat nak rapatkan ukhuwwah antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Juga bukan sedarah dan sedaging."

--

Waaalaikumussalam ..

Saya dahului jawapan saya dengan menyentuh kalam Tuhan : 

يأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَـكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئِلَ لِتَعَـرَفُواْ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 


Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengentahui, Mahateliti.

Al Hujurat : 13

--

Berukhuwwah itu perlu.
Dan ada dalam sesetengah perkara ikhtilat,tidak perlu untuk kita terlalu jumud.

Tapi pada pandangan saya yang faqir lagi marhaen ini,
tidak perlu rasanya ditambah MSG mesra mesra atau serasa dengannya meskipun si dia yang ajnabi itu adalah kawan kipas susah mati kita.
Tegurlah seadanya dan secukupnya atas dasar ukhuwwah. Kerana ketegasan itu akan lebih dihormati dan akan lebih dimengerti. 

Kerana bilamana kita menyentuh soal dua gender berbeza ini usah dikata yang lama kenal,yang baru kenal juga akan teruji.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" 
(Al-Isra' 17:32)

Mendekati sudah haram. Apatah melakukankannya? 

Berusahalah untuk kita tidak membuka jalan jalan zina itu.

Moga Allah menjagai kita semua.
Serta menjaga kehormatan kita dan anak anak kita.

Kerana dizaman fitnah ini,apa yang dimakan murka Tuhan,
Terkadang nampak indah dan 'tak mengapa'.

Wallahu'alam.

p/s : petikan telah diedit untuk tujuan kebaikan..untuk petikan asal boleh 
rujuk link ikhtilat

seolah-olah Allah memberinya petunjuk melalui insan yang bertanyakan soalan 
tersebut kepada adik yang menjawab.. akalnya menimbang tara jawapan yang 
diberikan.. kelihatannya sofiy sedikit sebanyak bersetuju dengan jawapan itu..

teringat akan pesan seniornya satu ketika dahulu..


" tertutup jangan sampai jumud, terbuka jangan sampai hanyut "

 
satu lagi.. sofiy sering terbaca berkenaan isu ikhtilat ini dalam kalangan ' budak usrah '
kelihatannya mereka terlalu jumud mengenai perbincangan ini. benarkah begitu? 
berdosakah dirinya yang tidak menyertai usrah namun berhajat akan kebaikan ? 

............................................


Thursday, February 27, 2014

:: ikhtilat ::

skrol-skrol fb..

skrol lagi dan lagi..

pap!



" Antara pengisian Ust. Zaharuddin dalam Semanis Kurma malam tadi:-


Antara adab untuk brhubung antara lelaki & wanita:

1. Bila ada keperluan 
2. Ada pemilihan bahasa 
3. Hadkan kekerapan berhubung 
4. Awasi waktu berkomunikasi 
5. Perlu ada hijab di dlm hati. 

AWAS, wahai LELAKI! 

* Jangan melayan perempuan lebih-lebih
* Jangan mengusik sangat sebab perempuan ni hati dia cepat berharap.

AWAS, wahai perempuan! 

* Jangan terlalu bergaul dan berkata mesra kerana lelaki boleh naik nafsu. 

Ayuh, sama-sama MENJAGA. "



cebisan tazkirah yang dikopipasta oleh achik benar-benar mengusik kalbu~

sungguh aku risau apabila bermuamalah dengan mereka yang bukan sejantina 
denganku..terkadang tanpa disedari kita telah melebihi batas pergaulan a.k.a
ikhtilat. Mengimbau kembali pengajian/talk yang diadakan oleh Department 
Fiqh dan kekeluargaan Qisim Fiqh Usul bersama Dr. Ibrahim Obada berkisar
 isu ikhtilat. Malam yang paling 'jatuh gedebuk' 'tertampar' 'tergolek' tekau ='(

keperluan yang dimaksudkan bergantung kepada individu, namun...takut-takut
'keperluan' itu disalahguna lantas dijadikan senjata si penghasut tegar 
(syaitan ar-rojim)...wa 3iazubillah...


sofiy menutup komputer ribanya usai menjelajah fb pada malam tersebut. 
sering sahaja perkara itu muncul di benak sanubarinya sehinggakan emosinya 
terganggu.. kelihatannya seperti dia masih mencari kebenaran di sebalik kalam
"profesional dalam muamalah".. kerana baginya, perkara itu sangat sukar
kerana secara lumrah dan fitrahnya lelaki dan perempuan ibarat magnet yang
jika ditemukan, sukar untuk dipisahkan melainkan dengan tenaga/kekuatan.. 


manusia vs magnet.. 


walau diibaratkan dengan sebegitu rupa, tetap! manusia itu makhluk yang 
dikurniakan anugerah bernama akal untuk berfikir.. tenaga/kekuatan itu pula 
diibaratkan dengan kejuhudan atau kesungguhan kita dalam menempuhi 
fatrah dan situasi seperti yang digambarkan di atas.


" macam mana muamalat yang Allah redha sebenarnya? " soalan yang sama 
berulang-ulang menemui jalan buntu sehingga menjadi pembantu untuknya 
melelapkan mata =')



Friday, February 21, 2014

:: Catatan Kehidupan 11 ::

=')

=')

=')

Senyum.

Tawa.

Gembira.

Bahagia.

lovely starz ^_^



Rasa itu kurniaan Tuhan, bukan ?
Allah kan dah janji, disetiap kesusahan itu akan diselitkan kebahagiaan
Vice versa.



فأن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan "  94 :5-6



Perjalanan Sang Musafir tidak akan pernah mengenal erti hampa 
kecuali bersama-sama dengan perasaan itu terselit kisah yang mampu 
membuatnya bahagia..


Kerana sedikit sebanyak dirinya dapat mengenal Sang pencipta, yang 
menganugerahkan segala rasa yang wujud di lubuk hati seorang insan.
Alhamdulillah wa syukru Lillah atas nikmatNya yang satu ini =')


Kita merancang, Allah jua merancang (penetapan sejak di Luh Mahfuz)
Dan sebaik-baik perancang adalah Dia, kan? *kembali senyum*


Masing-masing punya cerita. Masing-masing punya kisah tersendiri


Tak semua yang kita kongsi bakal disambut oleh pendengar seperti yang
kita mahukan. Justeru, carilah pendengar setia yang tidak akan pernah lelah
untuk mendengar dan melayan kerenah anda, 


Pemberi Nikmat yang di atas ^_^



p/s : doakan saya. bakal sibuk menghadapi hari-hari terakhir dalam 
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang tergalas di bahu =)

eh, peperiksaan pun semakin hampir..mohon selitkan ana dalam doa entum!




Saturday, February 15, 2014

:: This is me ::


This is real..this is me..
I'm exactly where I'm supposed to be now,
Gonna let the light,shine on me..
Now I found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be 
This is me......


Belajar


Cuba memahami


Keputusan 


=')


Terima kasih sebab berusaha...






Monday, February 10, 2014

: Isk3 ::


Tak habis-habis dengan sedih
Solehah, behave!

Semalam kirim kat seorang adik sebuah artikel tentang sedih
Rasanya, hari ini artikel tu sesuai untuk dihadiahkan buat diri sendiri

Janganlah Kamu Bersedih ='(

Perasaan dalam hati..ada pasang surutnya..itu pasti ~
Dalam kita memberi secebis nasihat juga perkongsian untuk sahabat tercinta,
seringkali kita diuji semula dengan perkara tersebut.. Bukan mudah, tapi
itulah hakikat kehidupan seorang da'ie =') *smiling*

" Jika Allah membuka aib kita, nescaya tiada suatu apa pun atas muka bumi
ini yang akan mendekati diri kita "

BELIEVE IT OR NOT ? BELIEVE IT!

Terkadang kita ketawa dan tersenyum sehingga terlupa suatu hari kelak Allah
pasti akan menghadiahkan juga kesedihan dan kesempitan, namun....
Pemberian itu tidak sama sekali bermaksud untuk membebankan malah secara
'majazi'nya adalah untuk menghasilkan/membuahkan 'kita' yang berkualiti luar
dan dalam. Ya atau tidak, dengarkan bicara hati anda dan nilai dengan hikmah

solehah...berubahlah ='(


Saya selalu sakitkan hati orang-orang yang saya sayang? ini bukan fitrah kan? :'(
doakanlah saya..keep praying for me ~


Wednesday, February 5, 2014

:: Mujahid-mujahid kecil ::

Aaarrgghhh !!!
Sakit !!!!
Nak nangis !!!



Kesakitan kita itu adalah merupakan jeritan dan luahan dari sang mujahid yang sedang berhempas-pulas bekerja di dalam tubuh badan kita T__T

Zalimkah kita andai kita membiarkan mereka bekerja tanpa henti ? dengan menggunakan hujjah " Dah Allah ciptakan sel-sel dalam tubuh kita ni untuk buat kerja, nak buat macam mane ? "

Failed.
Gagal.
Rosib.

Tubuh badan dan diri ini merupakan amanah dari Allah untuk kita pelihara ia dengan sebaiknya. Dan Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai berfikir bagaimana ingin memikul amanahNya yang satu ini.

islam....datang sebagai sebuah cara hidup yang mecakupi seluruh aspek kehidupan

Tuntutan dan amalan berpuasa
Ilmu  melalui piramid makanan (sederhana)
Amalan bersedeqah
Seruan 'sharing is caring' = makan berjemaah (bukan solat je ade jemaah) ^^

dll.. (dan lain-lain ) :D

Hati pon termasuk dalam kes ni tapi hati lagi berat tanggungjawabnya..
Sebab dialah punca dan asbab segala yang terjadi juga bakal terjadi 
( yaumul hisab)

p/s : doakan hati dan jasad saya segera pulih =')

Nikmat kesihatan antara nikmat yang sering dilupakan manusia..for sure 
sebab perkara ini adalah antara sebuah pemberian yang 'percuma' a.k.a 
gratis.. so it's easy to put it aside and just let it be maybe? erk -.-
sila malu kerana menjadi hamba Allah yang sebegini rupa :'(

Alhamdulillah, asykurak Ya Rabb for all these ni3mah ^_^

p/s : sila kuat kerana kesakitan bersalin nanti lagi perit dari kesakitan ini..
isk3.. Eh.. sibuk tulis benda yang tak pasti..manusia..ulang semula..

p/s : sila kuat kerana sakratul maut nanti dahsyat lagi mengerikan 
(moga tergolong dalam kalangan mereka yang mati dalam keadaan beriman 
dan terbaik) Ya Allah, sahhil umurana :)



hey !! sila menjadi kuat dan sabar ^_^
Allah ma3ana ma3akum insyaAllah..






Thursday, January 30, 2014

:: Happening ::



=')


“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.” 

― Bil Keane

already missing them...
24/1/14 - 30/1/14

Egypt + Jordan
pertemuan semula setelah berlalunya 3tahun

Throwback
#PITT #BTN Ulu Sepri #



dari kiri : athirah,nura,mahiratul,sya,dekyah,syude,iffah,
aten kinah,kak masyi,zulfaa,pain,leha

current place : rumah Nura kat Mafraq


Walaupun ada lompong-lompong di situ (tak cukup ahli PITT akhowat), 
still meriah dan happening! hehe..sebab ade dekyah ..and even kos datang dan 
hidup di Jordan tersangatlah mahal (kalau nak dibandingkan dengan Mesir), 
they're still willing to visit us here,, *wink wink*

Diorang siap bawak bekal lagi dari Mesir.. roti (macam gardenia) tu ade la dlm 10
plastik semuanya.. ayam crispy versi Egypt +chicken ping (nugget ayam ohsem) +
karipap dll...al-maklum lah,kat sini semua benda alah tersebut tinggi nilainya a.k.a
'mahei'!!!

Feeling not too satisfied sebab tak dapat bawak gi tempat yang best seperti Petra 
disebabkan masalah teknikal..A few places that we went going back then :

1.Maqam 2 Sahabat (Saidina Muaz Jabal, Saidina Abdullah Rowahah, 
Saidina Zaid Harithah, Saidina Jaafar Abi Talib)
2.Tempat peperangan  Mu'tah dan Yarmouk
3.Karak Castle
4.Laut Mati
5.Jerash
6.Ummu Qays
7.Balad Amman,Mafraq,Irbid


Ni je kot seingat saya.. yang lain-lain tu kedai2 biase je..halawiyat, kedai zinger 
pak abu, makan dale3 karsyak, minum2 kat Gourmet yang 'murah' itu, lepak 
Yamani minum syai, dan beberapa yang lainnya.

Sedutan gambar sewaktu di Gourmet :

dari kiri : dekyah, zulfaa, pain, kinah, alaa', syude
kiri depan : aiman,syarmine

(reunion SRA ABIM-SMKA PEDAS-SHAMS)


# InsyaAllah, semoga diberi kesempatan untuk bertandang ke ardul kinanah suatu 
ketika nanti dalam keadaan yang terbaik..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


-Striving to be qowiyah to face all the realities in this worldly life ~
-Sem II gonna be start on this 2nd of Feb '14 insyaAllah ~
-Waiting for the call from HSBC about my 200JD ~ *doakan dapat semula!
-Waiting for kemasukan duit MAINS agar urusan tiket dapat dilangsaikan 
secepatnya (mak ayah dah asyik tanya sal tiket,moga diizinkan Allah 
untuk pulang bertemu mereka)
-Azam sem baru juga bakal dilancarkan bermula 2/2 insyaAllah 
(turunkan berat badan before balik M'sia) haha.....*tinggi eh cita-cita*







Tuesday, January 21, 2014

:: it's already 21st of Jan!! ::

Alhamdulillah..

=')

it's already a month ++ since  I wrote the last entry, right? Sorry for 
the 'kelalaian' dan 'kelupaan'..err..actually, I'm not kinda forgot bout 
it but...a little busy? or I've another priority things to do? ngee.. or 
I'm making an excuses? :)

Dah genap seminggu bercuti di rumah. peperiksaan yang dijangka berakhir pada 
12/1 ditangguhkan ke 14/1 kerana meraikan special 'event' ya3ni 
Maulid Ar-Rasul ^_^ Dan kini, segala result berkenaan subjek yang telah 
diambil pada semester ini telah pun keluar. حسبنا الله و نعم الوكيل

Alhamdulillah, keputusan meningkat walau hanya sekadar 1.++ % ( hanya orang 
yang mengetahui sahaja yang dapat merasai kenikmatan naik peratus even
 0.1++ % ) hii... bila ditimbang tara, pastinya kejayaan kita tak setimpal dengan 
usaha yang dilakukan.. kan إن الله عليم قدير ? eventhough we're having through the 
hardship to study all the materials, still... Allah yang menentukan.. Allah boleh 
jadikan usaha kita tu sebagai ujian ataupun ganjaran.. am I right?


How to show that we're really appreciate a.k.a bersyukur with all the ni3mah
that has already been given by Him ? Mmmmm... thinking...thinking..thinking... 
Sedihnya, makin diberi nikmat makin kita sering terlupa dan alpa dengan 
pemberianNya itu... Not even a single word 'Alhamdulillah' T__T ( we're the 
truly Mr.Arrogant sebenarnya ) haiisshh..

Even so, did He ever leaves us behind ? Nope ! Until we're trying to get 
through the right path..يا ربي اهدنا الصراط المستقيم ... 

Calmness...tranquility...stressful...success..failure...everything comes from 
Allah Almighty...depends on us, ourself..how to approach Him in the right 
manner :) cakap senang je kan? when it comes to the reality...eerrgghh!! 
(eh,tertension pulak) 

First thing that come up across my mind when saying bout this is :

Dosa.

Bila kita buat dosa dan maksiat, everything will get into trouble.. Hurmmmm.. 
Its the fact but still ! We're not prevent ourself from doing the same/other dosa 
over and over again.. isk3 ='( Oh my iman... your condition is kinda 
worrisome..

Saya sering terbaca mengenai kelebihan beristighfar. Antaranya, menghapuskan 
dosa-dosa kecil yang berlaku secara sedar atau tak (nampak tak bahana lidah 
kat situ?) commonly, yang tak perasan tu adalah yang berkaitan dengan kata-kata.
Bak kata penasyid In-Team : Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh 
lawan, kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita..... BEWARE!! *facepalm*

Sampai sini dulu rasanya. Mohon doakan saya terus sukses dan kuat untuk 
menempuhi masa depan yang masih tidak diketahui ini =') May Allah bless
and ease your life dear readers!!