Thursday, February 27, 2014

:: ikhtilat ::

skrol-skrol fb..

skrol lagi dan lagi..

pap!



" Antara pengisian Ust. Zaharuddin dalam Semanis Kurma malam tadi:-


Antara adab untuk brhubung antara lelaki & wanita:

1. Bila ada keperluan 
2. Ada pemilihan bahasa 
3. Hadkan kekerapan berhubung 
4. Awasi waktu berkomunikasi 
5. Perlu ada hijab di dlm hati. 

AWAS, wahai LELAKI! 

* Jangan melayan perempuan lebih-lebih
* Jangan mengusik sangat sebab perempuan ni hati dia cepat berharap.

AWAS, wahai perempuan! 

* Jangan terlalu bergaul dan berkata mesra kerana lelaki boleh naik nafsu. 

Ayuh, sama-sama MENJAGA. "



cebisan tazkirah yang dikopipasta oleh achik benar-benar mengusik kalbu~

sungguh aku risau apabila bermuamalah dengan mereka yang bukan sejantina 
denganku..terkadang tanpa disedari kita telah melebihi batas pergaulan a.k.a
ikhtilat. Mengimbau kembali pengajian/talk yang diadakan oleh Department 
Fiqh dan kekeluargaan Qisim Fiqh Usul bersama Dr. Ibrahim Obada berkisar
 isu ikhtilat. Malam yang paling 'jatuh gedebuk' 'tertampar' 'tergolek' tekau ='(

keperluan yang dimaksudkan bergantung kepada individu, namun...takut-takut
'keperluan' itu disalahguna lantas dijadikan senjata si penghasut tegar 
(syaitan ar-rojim)...wa 3iazubillah...


sofiy menutup komputer ribanya usai menjelajah fb pada malam tersebut. 
sering sahaja perkara itu muncul di benak sanubarinya sehinggakan emosinya 
terganggu.. kelihatannya seperti dia masih mencari kebenaran di sebalik kalam
"profesional dalam muamalah".. kerana baginya, perkara itu sangat sukar
kerana secara lumrah dan fitrahnya lelaki dan perempuan ibarat magnet yang
jika ditemukan, sukar untuk dipisahkan melainkan dengan tenaga/kekuatan.. 


manusia vs magnet.. 


walau diibaratkan dengan sebegitu rupa, tetap! manusia itu makhluk yang 
dikurniakan anugerah bernama akal untuk berfikir.. tenaga/kekuatan itu pula 
diibaratkan dengan kejuhudan atau kesungguhan kita dalam menempuhi 
fatrah dan situasi seperti yang digambarkan di atas.


" macam mana muamalat yang Allah redha sebenarnya? " soalan yang sama 
berulang-ulang menemui jalan buntu sehingga menjadi pembantu untuknya 
melelapkan mata =')



No comments:

Post a Comment