Showing posts with label :: Tarbiyah Aulad :: -Jilid I-. Show all posts
Showing posts with label :: Tarbiyah Aulad :: -Jilid I-. Show all posts

Sunday, June 2, 2013

:: Bab 1- Perkahwinan mithali (qudwah) dan hubungannya dengan tarbiyah ::


^_^



Perkahwinan :

1. Fitrah insani
2. Kepentingan dalam masyarakat
3. Pemilihan

:: Secara amnya,perasaaan suka,saling menyayangi,cinta merupakan suatu fitrah
yang Allah hadiahkan buat semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini..
tidak hanya pada manusia juga pada haiwan..maka,menyanyangi dan rasa ingin
disayangi bukanlah suatu kesalahan kerana datangnya 'rasa' itu dari Ilahi =')

Apa yang dituntut di sini adalah bagaimana cara kita memandu 'rasa' dan perasaan
itu mengikut landasan yang ditetapkan syara' di samping menagih redha dan berkat
dariNya..islam hadir sebagai pelengkap dan pemandu dalam kita menjalani
kehidupan seharian,maka pastinya perkara ini ada peraturannya yang tersendiri
dalam islam..

Perkahwinan adalah solusi yang Allah tetapkan dalam syari'at islam ^^


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً
                                  ...وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون  


" Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah Dia menciptakan pasangan-
pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa cenderung dan tenteram 
kepadanya dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah 
bagi kaum yang berfikir " ~ Ar-Rum : 21 ~



روى البخاري ومسلم عن أنس رضي الله عنه  : " جاء رهط إلى بيوت أزواج النبي صلَى عليه وسلم
 يسألون عن عبادته , فلما أخبروا كأنهم تقالوها (وجدوها قليلة) فقالوا : وأين نحن من النبيَ صلَى الله
 عليه وسلم , قد غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر . قال  أحدهم  : أما أنا فإني أصلي الليل أبداً
 , وقال آخر : أنا أصوم الدهر ولا أفطر . وقال لآخر : أنا أعتزل النساء فلا أتزوج  أبداً .فجاء رسول اللَه
 صلَى عليه وسلم فقال : أنتم الذين قلتم كذا وكذا؟ أما واللَه إني لأخشاكم للَه , وأتقاكم له , لكني أصوم وأفطر ,
    وأصلي  وأرقد , وأتزوج النساء , فمن رغب عن سنتي فتيس مني 


Pernah suatu ketika tiga orang sahabat datang bertanya kepada isteri-isteri 
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang ibadah baginda, kemudian setelah 
diterangkan,berkatalah mereka : " Di manakah kedudukan kami berbanding 
Nabi yang telah diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang " 

Salah seorang berkata : Adapun saya, akan bangun setiap malam.. Dan 
sahabat lain berkata : Adapun saya akan berpuasa di siang hari dan tidak 
berbuka.. Dan sahabat yang lain berkata : saya akan menjauhi wanita, 
saya tidak akan berkahwin selamanya …. 

Ketika hal itu di dengari oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau keluar
 dan bersabda :

“Maksudnya: Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, Demi Allah,
 sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. 
Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur 
dan aku juga mengahwini wanita. Maka barangsiapa yang tidak menyukai 
sunnahku, maka ia tidak termasuk dalam golonganku”. 

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)




^^ dah tersenyum sendirian la pulak ~ hehe
........ Ya Rabb,jauhkan diriku dari terlalai dari matlamat sebenar penulisan berkaitan 
pernikahan ini........


:: Pernikahan merupakan permulaan perjalanan insan dalam mengendalikan kehidupan
mereka dengan sebenar-benar praktikal..kerana apa? kerana rumahtangga yang bakal 
dibina kelak di dalamnya terkandung insan-insan 'baru' yang bakal menentukan 
di manakah 'tempat' kita di padang mahsyar nanti..


Selain memastikan keberlangsungan kehidupan manusia atas muka bumi ini,pernikahan 
bertujuan untuk memelihara nasab keturunan juga menjauhkan masyarakat dari 
berterusan hanyut dengan masalah keruntuhan moral/akhlak...mm..
(belum masuk aqidah lagi ni)...


BEWARE!!!!!


Masalah berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan juga dapat dielakkan.
Sebagai contoh 'ikhtilat' atau pergaulan antara lelaki dan perempuan,masalah kelamin
seperti penyakit berbahaya AIDS,HIV,dan lain-lain..wa 'iya zubillah~


^_^ Pernikahan...

Sebagai wadah untuk ruh dan nafsu secara halal :)
Merujuk kalamullah di atas,Allah menjadikan antara suami isteri itu rasa kasih dan 
sayang..kebahagiaan dan kerahmatan..ketenangan dan kenikmatan..tidak hanya 
kerana mereka berdua,namun dengan hadirnya si cilik mujahid mujahidah sebagai
penyeri rumahtangga~




* gambar sebagai hiasan =')  amir+rohaizat = umar+ulya =') senyum lagi..cinta 
antara dua benua..

" walau jasad kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..bila kau rindu 
pejamkan matamu...aishiteru... "

Kerjasama..komunikasi yang baik..bertolak ansur..tolong-menolong dan yang
lain-lain..semuanya merupakan resepi kejayaan rumahtangga yang awesome
berlandaskan sunnah Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam~

Pentarbiyahan dalam rumahtangga bukan hanya kepada anak-anak tetapi turut
melibatkan pengemudi keluarga,suami dan isteri..ilmu keibubapaan tidak akan
pernah sempurna dan lengkap kerana hakikatnya kita sering belajar perkara
baru natijah dari apa yang berlaku sepanjang menempuhi alam rumahtangga.


 روى الترمذي عن رسول الله صلَى الله عليه وسلم أنه قال : 

(( إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوَجوه , إلا تفعلوا تكن   فتنة في الأرض , وفساد عريض ))  

" Jika datang kepadamu sesiapa yang baik agamanya,akhlaknya,maka 
nikahilah dia..jika kamu tidak melakukannya,nescaya akan berlakulah fitnah 
di atas muka bumi ini dan pelbagai kerosakan "


* yang BERAGAMA menjadi buruan....intabihiiii akhowatna =')

Sedikit perkongsian dari kelas 'Ulum Hadis bersama Syeikh Dr.Ibrahim Naijar
(Nigeria)..Beliau menyatakan terdapat satu kisah seorang lelaki yang ingin
bernikah dengan seorang wanita dari puak khawarij dengan niat ingin
memperbaikinya.Namun,pada akhirnya lelaki tersebut menjadi sebahagian dari
golongan khawarij.Wa 3iyazubillah~


1. Pentingnya bagi setiap lelaki mahupun wanita untuk mencari pasangan yang
terbaik buat mereka agar sama-sama dapat menuju redha dan jannahNya
insyaAllah =')

2. Amalkan pembacaan Al-Quran dan Hadis buat isteri dan anak-anak setiap hari
agar rumahtangga lebih harmoni dan terbina atas dasar islam yang menyeluruh.
Didikan seperti ini juga mampu melahirkan generasi umat islam yang hebat
biiznillah..


Syeikh kata,bacakan hadis berulang kali dan ajarkan dia dengan uslub yang
mudah agar mereka memahami dan dapat menghafaznya terus masuk ke dalam
kotak ingatan..

sekian sahaja perkongsian mengenai Bab 1 dalam buku ini,nantikan entri Bab 2
yang akan menyusul (entah ke bila nya tak tahu lagi) ^^ mohon doa semua agar semuanya
dipermudahkan Allah..

Jazakumullahu khairan jaza' :)


Thursday, January 31, 2013

:: Intro Kitab Tarbiyah Aulad ::

Alhamdulillah ^^ kini...hajat di hati ini kesampaian juga..mohon doa agar

ianya istiqamah pula insyaAllah =')

This book ' تربية الأولاد في الإسلام ' was written by دكتور عبد الله ناصح علوان.

it contains about 9 topics for the first jilid :

- الزواج المثالي وارتباطه بالتربية = perkahwinan yang baik(mithali) dan kaitannya

dengan pendidikan

- أحكام المولود = hukum -hakam berkenaan kelahiran bayi

- أسباب الانحراف ومعالجتها = sebab mengapa anak-anak menyimpang dari jalan

yang benar (akhlak yang buruk dll ) dan cara mengatasinya

- التربية الإيمانية = didikan keimanan

- التربية الخلقية = didikan akhlak

- التربية الجسمية = didikan fizikal (tubuh badan)

- التربية العقلية = didikan mental (akal)

- التربية النفسية = didikan psikologi

- التربية الاجتماعية = didikan sosial (kemasyarakatan)


*perkataan yang telah ditranslatekan dalam melayu ini mungkin tidaklah

berapa tepat kerana saya menggunakan 'term'/istilah yang mudah untuk

saya fahami =')


firstly,i just wanna share what is my opinion about this book.. mm..

 ^^

saya amat tertarik dengan gaya penulisan buku ini yang dikarang menggunakan

bahasa yang saya kira mudah untuk difahami oleh setiap golongan especially

golongan mahasiswa seperti kami ~



sincerely,i chose this book as my important reading 'cause i thought that the journey

to strengthen our 'ummah should begins from the childhood or to be more precise,

it starts/begins from the time that we gonna choose our spouses/soulmates..

but,in this book it's greater focus on the selection of wife among the womens

out there~



as we all know,the women that we gonna choose as wife is definitely important 

'cause they'll engender the 'ummah in the future insyaAllah.. ^_^




(( الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة ))

- رواه مسلم -

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah " 

-riwayat Muslim-


hadis di atas juga disebut dalam permulaan kitab ini sebagai pujian dan peringatan

buat seluruh umat manusia di atas muka bumi ini...bahawasanya dunia ini hanya

ibarat tempat persinggahan seorang musafir hina yang berjalan mencari seteguk

air dan sesuap makanan untuk dijamah..



lalu,Allah menciptakan wanita untuk melengkapi dan menemani perjalanan musafir

tadi..dan dalam banyak-banyak wanita (perhiasan ) yang Allah hadirkan di atas

hamparan muka bumi ini, Nabi محمد صلى الله عليه وسلم menyeru kita untuk mencari

perhiasan yang terbaik yakni wanita solehah yang mampu menjadi pendamping

dan pembantu sang suami untuk bersama-sama menuju redha dan jannahNya

insyaAllah =')


p/s: sekian coretan intro untuk kali ini..to be continued insyaAllah.....