Tuesday, May 20, 2014

:: Ahh..dunia ::


Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Tarikh ulangtahun kelahiran keluarga :

25/3 - Nursolehah (kakak)
1/4 - Abdul Hanis (angah)
5/5 - Mohd Daud (ayah)
20/5 - Marsiam (mak)
8/9 - Mohd Aerwan (abang)
9/12 - Mohd Shukri (balang)
31/12 - Nurfadilah (adik)

Bulan Mei, genap usia kedua orang tua saya yang ke -55 tahun. Alhamdulillah.
Allah izinkan lagi untuk pinjam kesempatan usia kat dunia ni =') Usia. Nikmat 
yang kadang *ok,sering* kita terlepas pandang. Sedangkan bila-bila masa sahaja 
kita bisa menghadap Ilahi (hakikatnya la). Tapi itulah kita. Yang bergelar 
manusia. Mudah alpa dan leka. Mengejar dunia dan seisinya ibarat akhiratnya 
tiada.

Tangan dan hati yang menulis lebih dekat dengan apa yang ditulis. T_T and that 
is the thing that i'm worrying about. Merencana urusan dunia ibarat dunia ini dia 
yang punya. Dia yang punya kuasa. Dia yang akan menentukan segalanya. 
Ahh..manusia! Ohh..dunia! Ke mana akhiratku? *searching over and over again*
And, I couldn't find it anywhere ='(

Sedetik cuma lintasan di hati agar kembali pada yang Esa, memohon ampunan 
dosa, meminta taufiq dan hidayahNya, merintih untuk didakap dgn 
kasih-sayangNya.... diabaikan sebegitu sahaja.... mungkin sudah lali. mungkin 
sudah muak. dengan sapaan yg sering menjengah itu. sapaan tanda sayangnya 
Dia itu.


قال تعالى : فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

آل عمران : 159

" Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal "


Looks like a simple thing yeah?

Nope.

Tawakal memerlukan kekuatan. Dan kekuatan datangnya dari ilmu. Ilmu tentang Dia ?

Answer and feel it into your heart



Saturday, May 10, 2014

:: Impian ::


 May Allah grant our du'a to achieve this 'impian' together


MINI PERPUSTAKAAN 


di TERATAK SAKINAH WA MAWADDAH kita kelak


=') Insya-Allah


* kita boleh letak kitab2 kita dalam ni, buku2 motivasi dan bacaan kita untuk 'mereka' kelak biiznillah


Alhamdulillah, saya teringat pesanan seorang guru kami yang mulia, 
Sheikh Ibrahim Naijar. Beliau mengajar kami pengenalan 'Ulum Al-Hadis 
An-Nabawiyah

 الباعث الحثيث شرح اختصار علوم الحديث karangan Ulama' Tafsir yang terkenal, 
Ibn Kathir

Katanya, selepas berumahtangga kelak, jadikan pembacaan hadis di rumah 
kamu sebagai rutin harian. Perdengarkan kepada ahli keluarga kamu, isteri 
dan anak-anak kamu agar pembinaan kecintaan terhadap Baginda 
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bermula sejak mereka kecil lagi =')

Pembinaan Bait Al-Muslim yang haqiqi sepertimana yang ditunjukkan oleh 
Baginda Nabi sungguh perlu dijadikan teladan. Sometimes, I'm wondering 
whether we'll be able to make it or not. Actually, it's not possible because
dah terbukti dengan penulusuran sirah hayat Baginda kan? Cuma.. mm...
just forget it.. Allah tengok usaha kan? so, there's no excuses accepted 
selagi we're not trying our best. Fullstop.

Keep praying. Keep believing.

Allah knows better. Bercakap perihal masa depan ini mengingatkan saya 
dengan daurah semalam, Daurah Pengurusan Jenazah. Ha! Ini yang pasti 
semua akan alami, tiada yang terkecuali. Salah satu kaedah nak lupakan 
perihal 'chenta' manusia berbeza jantina (selagi belum tiba masa) adalah 
dengan mengingati mati. Ini saya. *Tapi,kadang-kadang terlupa jugak. 
Gedik sangat. Tu la pasalnya* 

T_T

Wishing to be the person who is worth for RM10,00++ instead of 
buying the whole bookstore( baca : kedai kitab2 arab)

May Allah ease, bless and grant it, Insya-Allah. 
Allahumma faqqihna fiddin wa 3allimna ta'wil


Wednesday, May 7, 2014

:: Mrs. Hidayah ::




Tatkala hati disapa hidayah, bersegeralah

Menuju Tuhanmu yang Punya Kuasa

Yang tahu segala baik dan burukmu


=')


Dia peneman yang setia

Tatkala jatuh dan bangunmu

Bangkitlah! Wahai diri yang masih lena~

Moga diri yang berlumutkan dosa ini dipandangNya

Maka

Bersegeralah..Bertaubat..

p/s : mohon sebutkan nama saya dalam doa kalian, moga doa tersebut
 dikembalikan semula kepada yang meminta