Thursday, January 31, 2013

:: Intro Kitab Tarbiyah Aulad ::

Alhamdulillah ^^ kini...hajat di hati ini kesampaian juga..mohon doa agar

ianya istiqamah pula insyaAllah =')

This book ' تربية الأولاد في الإسلام ' was written by دكتور عبد الله ناصح علوان.

it contains about 9 topics for the first jilid :

- الزواج المثالي وارتباطه بالتربية = perkahwinan yang baik(mithali) dan kaitannya

dengan pendidikan

- أحكام المولود = hukum -hakam berkenaan kelahiran bayi

- أسباب الانحراف ومعالجتها = sebab mengapa anak-anak menyimpang dari jalan

yang benar (akhlak yang buruk dll ) dan cara mengatasinya

- التربية الإيمانية = didikan keimanan

- التربية الخلقية = didikan akhlak

- التربية الجسمية = didikan fizikal (tubuh badan)

- التربية العقلية = didikan mental (akal)

- التربية النفسية = didikan psikologi

- التربية الاجتماعية = didikan sosial (kemasyarakatan)


*perkataan yang telah ditranslatekan dalam melayu ini mungkin tidaklah

berapa tepat kerana saya menggunakan 'term'/istilah yang mudah untuk

saya fahami =')


firstly,i just wanna share what is my opinion about this book.. mm..

 ^^

saya amat tertarik dengan gaya penulisan buku ini yang dikarang menggunakan

bahasa yang saya kira mudah untuk difahami oleh setiap golongan especially

golongan mahasiswa seperti kami ~



sincerely,i chose this book as my important reading 'cause i thought that the journey

to strengthen our 'ummah should begins from the childhood or to be more precise,

it starts/begins from the time that we gonna choose our spouses/soulmates..

but,in this book it's greater focus on the selection of wife among the womens

out there~



as we all know,the women that we gonna choose as wife is definitely important 

'cause they'll engender the 'ummah in the future insyaAllah.. ^_^




(( الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة ))

- رواه مسلم -

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah " 

-riwayat Muslim-


hadis di atas juga disebut dalam permulaan kitab ini sebagai pujian dan peringatan

buat seluruh umat manusia di atas muka bumi ini...bahawasanya dunia ini hanya

ibarat tempat persinggahan seorang musafir hina yang berjalan mencari seteguk

air dan sesuap makanan untuk dijamah..



lalu,Allah menciptakan wanita untuk melengkapi dan menemani perjalanan musafir

tadi..dan dalam banyak-banyak wanita (perhiasan ) yang Allah hadirkan di atas

hamparan muka bumi ini, Nabi محمد صلى الله عليه وسلم menyeru kita untuk mencari

perhiasan yang terbaik yakni wanita solehah yang mampu menjadi pendamping

dan pembantu sang suami untuk bersama-sama menuju redha dan jannahNya

insyaAllah =')


p/s: sekian coretan intro untuk kali ini..to be continued insyaAllah.....





Sunday, January 27, 2013

:: Catatan Kehidupan 3 ::



(^_^)



Alhamdulillah...again...I learnt something new today... =') Subhanallah!!

apabila sekecil-kecil perkara itu kita lihat dan berfikir menggunakan akal

dan mata hati insyaAllah everything gonna be ok ~

everything gonna be complete ~



Hari ini,aku sekadar berjalan menuju rumah seorang kakak yang sedang

sarat mengandung..Gonna have a baby gegurl soon,insyaAllah this Feb :)

niatku hanya ingin menziarahi beliau yang tinggal berseorangan ditinggalkan

seketika oleh sang suami yang mencari sesuap rezeki untuk mereka sekeluarga.

kehadiranku membawa sedikit buah tangan berupa nasi impit dan rendang

ayam buatan housemate terchenta..



"leha,boleh tak tolong belikan akak yogurt strawberry yg botol kecil tu?

akak teringin la nak makan" pesan si dia sebelum aku bertolak menuju ke rumahnya..

cari punya cari dekat semua kedai..namun...hampa... =(

ada tu memanglah ada tapi..............

semuanya EXPIRED!!!! bayangkan hari ini dah 27hb Jan..tarikh luput area

15hb-22hb Jan..

errrr :/



sabar jelah..kesian dekat kakak tu..bila sampai je kat rumah beliau, aku

minta izin nak keluar jalan-jalan..niat di hati ingin mencari yogurt tersebut

selagi boleh..dengan berbekalkan kudrat dan nikmat kaki yang masih

dikurniakan,aku menghayun langkah menuju pasaraya ZAMZAM yang

terletak agak jauh dari kediaman beliau..*bukan nak cerita

pasal penatnya berjalan kaki,just wanna share something that i experienced

along my journey to the supermarket~



nak dijadikan cerita,tidak lama selepas aku memulakan langkah,about

 3-5 minutes from the house,i saw there were many cars that have been

stucked along the road..bunyi-bunyi hon mula kedengaran

"mungkin tahap kesabaran pemandu-pemandu ini have reached their limit"

monologku sendirian..jenguk punya jenguk,rupa-rupanya there

was an accident happened at the middle of the road..memangla haruu T_T



nak kata accident teruk tu takdelah kot setakat yang sempat dijeling tadi..

.kot *_* hehe..aku hanya membisikkan doa di dalam hati agar semuanya

dipermudahkan olehNya ..lepas lintas dari jalan tu,aku hanya mampu toleh

dan terus menoleh untuk melihat sejauh mana kecelakaan itu diselesaikan..

dan sepanjang perjalanan itu,banyak sangat kenderaan yang turut ditimpa

musibah 'traffic jammed' bertambah-tambahlah bunyi hon dari semua drivers

ada yang keluar dari kenderaan dan mula bertanyakan sebab-musabab

macam mana boleh jammed..mm..



sebabnya,tidak sampai 500meter dari tempat kejadian,there's a traffic lights

so when the accident happened,situasi menjadi lebih buruk.. terfikir ku sejenak..



"tidak sampai 5minit Allah tarik nikmat masa lapang,haru biru keadaan

kelam-kabut manusia..betapanya Allah sayangkan kita ni 

dengan satu insiden,banyak pekerjaan yang mungkin tertangguh 

dan terganggu,tidak kurang juga keadaan itu membuatkan

pihak berwajib bertindak melaksanakan tugas mereka untuk 

menyelesaikan masalah tersebut..dan tidak lupa juga dengan peristiwa 

yang terjadi tidak sampai lima minit itulah yang

membuatkan seorang hamba berfikir akan Tuhannya...

 Allahu Allah T_T




Alhamdulillah..All thanks to God Almighty,

Allah The Creature of the world~ Allahu Akbar!!!

Kini...aku percaya...aku percaya akan satu perkara...

Jika kita percaya akan si Dia dengan sebenarnya-benarnya,

nescaya semua yang berlaku di sekeliling kita akan kita kaitkan dengan

aturanNya dan qadarNya yang telah ditetapkan di 

Luh Mahfuz sejak azali lagi..mm..NICE!!! ^^




sambung lagi...alhamdulillah,as i've been at the supermarket,

i heard the sirent from police.. ^_^

tersenyum sendirian ketika berjalan kaki seorang kaki mungkin

boleh dilabel 'gila',tetapi aku tetap menguntumkan senyuman apabila

terkenang-kenang peristiwa itu..,ingatanku pada Yang Esa semakin mekar

sungguh indah rupanya dunia ini jika semua yang berlaku

kita sandarkan dan bergantung harap HANYA pada si Dia ~



usai menunaikan solat asar,aku meminta izin untuk pulang ke rumah

kerana sahabatku yang lain sudah menggantikan posisiku untuk menemani

kakak tersebut :) menjelang waktu berbuka puasa,

aku hanya bersedia untuk menyantap apa sahaja yang tersedia di depan mata

but,suddenly my housemate yang terchenta tadi sudi memasakkan kami mee goreng

wooaaaa!!! =0

rasa cam heaven betul!! "ape?tirah nak buatkan air sejuk pulak untuk kite?"

saja aku menyakat dia..namun..gurauanku tidak dipandang sepi oleh si dia

 "leha nak air ape?cehh..macamlah rumah kite banyak sangat jenis air eh.."

soalnya kepadaku.. "errr :/ so sweet...kite tak kisah, ape je 

yang awak buat,saya akan makan dan minum" jawabku.. ^^




terkadang,kita tidak menyedari pertolongan Allah itu sangatlah dekat !!

 benarlah sabda Nabi صلى الله عليه وسلم dalam hadis yang diriwayatkan

oleh Abdullan bin Umar رضي الله عنه :



" Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya,
Allah akan menunaikan segala hajatnya "
(riwayat Abu Daud)



Dan firmanNya dalam surah At-Talaq ayat 2-3 :


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. 
Dan memberikan rezeki baginya dari arah yang
 tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal 
kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). "



semoga coretan kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua..

yang baik dijadikan teladan,yang buruk ditinggalkan.. ^_^

p/s: there's another one week left before the new journey for the 

new semester starts~do pray all the best for me ya! =)

Wednesday, January 23, 2013

:: Catatan Kehidupan 2 ::


(^_^)



Alhamdulillah...setelah selesai menguruskan bahagian masakan untuk trip jaulah Jordan kali ini,saya ingin 

menumpukan perhatian pada buku-buku yang meminta agar disentuh dan dibaca serta dikhadam 

sepenuhnya.. InsyaAllah sedang dalam proses menghabiskan fasal/bab kedua tarbiyah aulad..dan insyaAllah 

janji untuk memasukkannya di dalam blog ini akan ditunaikan agar semua pembaca dapat turut serta dalam 

mengambil peluang mempelajari kaedah mendidik dan membentuk keluarga sakinah ,mawadah dan rahmah 

insyaAllah =')



Doakan saya agar cuti yang berbaki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya..dan semoga saya tidak tergolong 

dalam golongan yang rugi dalam pengurusan masa.. Allah bersumpah dengan masa dalam surah al-'asr :


"demi masa!sungguh,manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan 
mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk 
kesabaran " ayat 1-3............



Allah melihat kepada usaha ,so there's nothing that can let you down !! keep on fighting solehah ^^

selamat bermusafir dan selamat beribadah bagi mereka yang bakal menunaikan umrah pada winter kali ini,

Allahu yusahhil umurakum insyaAllah =')



Bagi sahabat2 yang bermusafir ke Europe mahupun negara Timur Tengah yang lain,moga kalian dpat 

mengambil ibrah dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya..jangan lupa buah tangan untuk kami 

di sini..hehe.. ^^



Tuesday, January 15, 2013

:: Mereka bukan lagi seperti yang ku kenali dahulu ::



Kini.......


apabila menginjak ke usia 20-an ini,ku lihat mereka sudah mula melangkah dan bergerak seiring 


dengan perkembangan dunia semasa...isu-isu semasa tidak lagi dipandang enteng bahkan mereka 

berbincang dan berusaha mencari  penyelesaian bagi masalah tersebut..tidak kurang juga mereka 

yang masih berada di takuk lama, masih bersikap 'tidak PEDULISME'.




mm..saya sering berdoa agar apa yang saya lakukan di muka buku (facebook)  bukanlah perkara 

yang sia-sia ,at least there's +ve input that you all can get from all those statuses,sharing 

session,chatbox and so on insyaAllah..jadikan chitchat kita itu bermanfaat,membincangkan isu 

ummah mungkin? ^^ atau..paling comand,share something that will give a benefits untuk kedua-

dua belah pihak..




PERUBAHAN....




menuntut pengorbanan dari dalam diri setiap insan..perubahan ke arah yang lebih positif semata-


mata demi mencari kebaikan dan kebenaran serta redhaNya pastinya bukan sesuatu perkara yang 

mudah..not  easy as ABC..saya SALUTE pada kalian!!! saya tabik pada kalian!!! saya sokong 

kalian!!!kalian adalah insan-insan terpilih yang dikehendaki olehNya..apa yang terlintas di lubuk 

hati ini semoga insan yang terpilih itu termasuk juga diri saya *soon insyaAllah..in progress T_T





"satu sahaja benda yang kamu kena pegang,jangan taqlid buta..research it by 

yourself,tanya mereka yang berpengalaman,sediakan hujah untuk setiap pilihan kamu 

itu,insyaAllah selagi tidak menyimpang dari syari'at islam,yakin dengan apa yang 

kamu pegang"    -cabal's quote yang telah ditouch up -










  1. jadikan ia sebagai satu wasilah(penghubung) antara kita sesama ummah 
  2. usaha sehabis baik untuk jadikan ia wadah/agen penyebar dakwah
  3. juga medan untuk mengetahui isu-isu semasa



dan melalui facebook ini juga,dapat ku lihat 'mereka' ini telah berkecimpung dalam medan 

dakwah...kekuatan dan kehebatan mereka....emmmm...isu-isu yang dikupas oleh 'mereka' 

kadangkala menyebabkan saya berfikir berulang kali...di tahap manakah perjuangan saya??di 

tahap manakah iman dan ibadah saya serta perhambaan saya kepadaNya??bila direnung 

kembali,one of the most important thing that support their journey in dakwah is all about their 

'perhambaan kepada Allah'..Allahu Allah T_T





insyaAllah,the first step that i'm gonna take is  my 'mutaba'ah amal=amalan seharian..selain perkara wajib,i  


wanna share one of the sunnah from our prophet رسول الله صلى الله عليه وسلم which is fasting..i've got a 

full calender 1434H 

alhamdulillah..i wanna share it here so that we can trying to do it together biiznillah insyaAllah =')


*semoga nampak jadualnya ye ^_^








lastly,semoga usaha kita ini dipandang Allah..kerana Allah telah berfiman dalam surah Ar-Ra'd : 11





إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri "

~ p/s: it's winterbreak !!!!!! ^_^ ~mohon doa agar cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya insyaAllah..














Wednesday, January 9, 2013

:: Nikmat Seputih Salju ::


Bismillah..Subhanallah..Alhamdulillah..LailahaillaAllah..Allahuakbar..




(^_^)



9 Januari 2013....


Nikmat dan pertolonganNya datang bertalu-talu ibarat hujan lebat yang mencurah-curah ke atas bumi~



“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. " (An-Nur: 43)




It's snowing in Irbid,Jordan!!!!!!!!!! ^^




*pokok belakang rumah > <



penantian yang sudah sekian lama dipendam dan ditahan ^^ hehe..*tipu,baru setahun kot.. 

bukan apa,just wanna say that the snow rarely falls on my place,Irbid..last year,we went to 

Ajloun just wanna play the snow..tak sama la main salji dekat tempat sendiri..but,alhamdulillah

today the snow falls dengan lebatnya..rasa ,macam....Subhanallah!!!geram je..^_^

petang tadi keluar tengok-tengok je salji..tak sompek nk bogamba tekau~




MasyaAllah!!!but,right after maghrib,salji turun lagi..rasa dah tak mampu nak tahan perasaan 

waktu tu..speechless T_T.. i just ran into the house and told my housemates@ahlibayt to get

prepared..we're going to play outside!! *plan nak main kat sutuh(rooftop)

punya la semangat bawak mangkuk *besen nak letak nasik sebenarnya..hehe..(besar la saiznya) naik 

tingkat 2,main kat kawasan yang terbuka tu..tengok keadaan kat luar,syabab ramai-ramai keluar

main salji,lepak'ing' tepi jalan..kami dengan girang gembiranya tidak menghiraukan keadaaan 

sekeliling..main kepal ais dan menjalankan misi baling-membaling..anak-anak tuan 

rumah+dak arab join sekaki..



sambil main-main tu,tunggu syabab turun dari tingkat atas (solat isya' jemaah kat masjid),lepas tu

baru kami naik bumbung..woooaaaa!!! penuh dengan salji yang keputihan ditemani cahaya yang 

samar-samar ^^ apa lagi,kami teruskan bermain + bergambar*wajib la kan.. bila azan isya' 

kedengaran dari masjid berhampiran,saya memulakan misi membuat 'snowman'..

alhamdulillah,tercapai cita-cita nak buat snowman sendiri..tidak lama kemudian,ramai sahabat 

yang sudah kecundang dan tewas dalam menghadapi 'kelebatan' salji putih itu..tinggallah daku 

bersama seorang adik arab,'GHEIDAK' namanya..



kami bermain baling snow paling jauh..berbual-bual sebentar perihal salji dan dirinya..

me: di sini salji tidak selalu turun kan?
she :aah,jika ada pun,sikit-sikit sahaja..yang lebat macam ni pun sekitar 3tahun lepas
me:ooo ..orang arab semua suka salji kan?
she : suka! tapi sejuk sangat ! ^^
me:kami kat Malaysia tiada salji,cuma hujan sahaja..
she : walaupun sekali?? *muka tanda meminta kepastian
me: yup,not even once..
she : next week saya ingin menunaikan umrah
me : iya?oergi dengan mak ayah ke?
she : tak,dengan baba je
me : bestnya!! ^_^

.....................................................................................................



selepas perbualan tersebut,diri yang kerdil ini mengambil sedikit masa untuk mentadabbur dan 

menghayati keindahan dan nikmatNya yang awesome ini..tatkala itu,si putih itu kian mencurah-

curah ke atas bumi,lantas sekaligus ku dongakkan kepala dan membiarkan ia mengenai 

mukaku..tertitis juga makhluk yang terdapat di sebalik kelopak mata itu T_T

"tidak akan pernah sama salji yang dicipta manusia dan salji yang dihadiahkan olehNya" bisik hati 

kecilku..Allahu Allah T_T...



*kawasan luar rumah ><






and another thing that Allah anugerahkan buat kami adalah :



Assalamualaikum w.b.t
[TA'JIL IMTIHAN HARI KHAMIS 10/1/2013]
IKLAN KALI KE-2

Dukacita dimaklumkan, peperiksaan yang dijadualkan pada hari KHAMIS 10/1/2013 juga akan ditangguh pada hari SELASA 15/1/2013 disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Harap maklum. 


*copypaste



nah!! ^^ actually,i'm gonna sit for an examination tomorrow but then,this advertisement@iklan

pop up..alhamdulillah,He knows the best for me,for all..*buku tak habis baca lagi..kalau jadi exam 

esok hari,memang tiadalah kisah cerita seperti yang tertera di atas =') actually,there's a reason 

why we can't sit for an examination tomorrow..based on the jordanweather.com,there were

certain places@ mantiqah which were flooded since 2-3 days behind..so,the actions made by

the Department of Students Affairs was based on 'maslahah' umum..




*malam kejadian ^^





sejurus selepas turun dari bumbung tu,my dearest housemates bergegas-gegas beli 

susu+jagung+jerang air gula dll..nak buat apa???? AIR BATU CAMPUR@AIS KACANG..nama ais 

kacang tak sesuai sebab kacangnya tiada..><.. when I got home,everything's ready!! tinggal nak 

'ngap' je..hasil decoration my ahlibayt redha :

*dah macam aiskrim pun ada jugak,kan?




Alhamdulilllah,jika nak hitung nikmat yang Allah bagi untuk hari ni sahaja,sudah tidak terkira..

Allahu Allah T_T..



 "Allah pencipta langit dan bumi. Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, Jadilah! , Maka jadilah sesuatu itu"... (Al-baqarah:117)

maka 
"nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
(Ar-rahman)



Nak katanya..dekat Irbid ni between 3-4 years once,baru turun salji..dan,rezeki itu Allah kurniakan 

pada tahun ini..alhamdulillah..Allah punya perancangan kan pasti yang terbaik (^_^)~

nak tulis panjang-panjang tapi baru tersedar yang Allah menuntut kita untuk berfikir apakah 

hikmah di sebalik semua yang dikurniakan ini..moga hamba yang hina dan kerdil ini mampu 

menjadikan semua ini sebagai sebuah bukti penghambaan padaMu Ya Allah,amin..



p/s : neglect my english+malay language coz i just wanna practice it~


1.buat-buat faham bahasa yang cuba disampaikan (n9+melayu+omputih)

2.mohon kirimkan doa buat hamba yang bakal exam pada 13 dan 15hb ni insyaAllah..

3.saya doakan agar Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat kita semua insyaAllah