Sunday, March 9, 2014

:: ikhtilat 1 ::

pejam celik pejam celik... soalan sofiy masih belum menemui sang jawapan

skrol fb lagi.. (watak tidak thiqah sangat..hehe)
alhamdulillah !

jumpa satu post yang bertulisan komputer :



Boleh ke kita bermesra mesra tanya khabar dengan niat nak rapatkan ukhuwwah antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Juga bukan sedarah dan sedaging."

--

Waaalaikumussalam ..

Saya dahului jawapan saya dengan menyentuh kalam Tuhan : 

يأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَـكُمْ شُعُوباً وَقَبَآئِلَ لِتَعَـرَفُواْ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 


Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengentahui, Mahateliti.

Al Hujurat : 13

--

Berukhuwwah itu perlu.
Dan ada dalam sesetengah perkara ikhtilat,tidak perlu untuk kita terlalu jumud.

Tapi pada pandangan saya yang faqir lagi marhaen ini,
tidak perlu rasanya ditambah MSG mesra mesra atau serasa dengannya meskipun si dia yang ajnabi itu adalah kawan kipas susah mati kita.
Tegurlah seadanya dan secukupnya atas dasar ukhuwwah. Kerana ketegasan itu akan lebih dihormati dan akan lebih dimengerti. 

Kerana bilamana kita menyentuh soal dua gender berbeza ini usah dikata yang lama kenal,yang baru kenal juga akan teruji.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" 
(Al-Isra' 17:32)

Mendekati sudah haram. Apatah melakukankannya? 

Berusahalah untuk kita tidak membuka jalan jalan zina itu.

Moga Allah menjagai kita semua.
Serta menjaga kehormatan kita dan anak anak kita.

Kerana dizaman fitnah ini,apa yang dimakan murka Tuhan,
Terkadang nampak indah dan 'tak mengapa'.

Wallahu'alam.

p/s : petikan telah diedit untuk tujuan kebaikan..untuk petikan asal boleh 
rujuk link ikhtilat

seolah-olah Allah memberinya petunjuk melalui insan yang bertanyakan soalan 
tersebut kepada adik yang menjawab.. akalnya menimbang tara jawapan yang 
diberikan.. kelihatannya sofiy sedikit sebanyak bersetuju dengan jawapan itu..

teringat akan pesan seniornya satu ketika dahulu..


" tertutup jangan sampai jumud, terbuka jangan sampai hanyut "

 
satu lagi.. sofiy sering terbaca berkenaan isu ikhtilat ini dalam kalangan ' budak usrah '
kelihatannya mereka terlalu jumud mengenai perbincangan ini. benarkah begitu? 
berdosakah dirinya yang tidak menyertai usrah namun berhajat akan kebaikan ? 

............................................


No comments:

Post a Comment