Wednesday, March 12, 2014

:: Catatan Kehidupan 12 ::


Seharian dihiasi dengan kuntuman bunga-bunga peringatan dari Sang Pencipta =')
melalui perantaraan pengamal 'ilmuNya yakni guru-guru yang diibaratkan sebagai
pewaris para Nabi dalam menyambung dakwah dan menyebarkan cintaNya ke
seluruh pelosok dunia insyaAllah

Tidak mampu menyiapkan tugasan a.k.a amanah yang diberikan oleh doktor di
universiti. Kesesakan di dada tidak dapat dinafikan lagi tatkala menjejakkan kaki
ke dalam kelas bernombor 201, Kuliah Syariah, Universiti Yarmouk pada hari ini..

Bagaimana mungkin mampu ku siapkan tugasan a.k.a ringkasan yang perlu dibuat
dalam 10 mukasurat (?) Isnin ( tugasan diberi ) --> Selasa+Rabu (peperiksaaan).
Hari Rabu yang sama dikehendaki menghantar tugasan tersebut ='(
Adakah aku hanya beralasan (?) Allahu Rabbi...

Melangkah masuk dengan niat untuk memperoleh sesuatu dari sang penyebar ilmu.
Boleh saja aku memilih untuk 'ghiab' kerana takut dimarahi atas keculasanku
menyiapkan amanah yang diberikan. Namun, aku percaya Allah akan memberikan
sesuatu kepadaku pada hari ini. Takutkan manusia (?) atau takutkan Ilahi (?)
Atas persoalan yang berlegar inilah menyebabkan aku mampu melangkah  masuk
ke dalam kelas pada hari ini.

Ditambah dengan firmanNya dalam Hadis Qudsi :
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala
telah berfirman :

" Sesungguhnya aku menurut sangkaan hambaKu ...."

Subhanalllah ! Allah benar-benar Maha Mengetahui dan 'Adil (Tidak Menzalimi)

Pensyarah tersebut tidak memarahi sesiapa pun malah hari ini kami dihidangkan
dengan infiniti butir-butir mutiara yang berharga yang keluar dari lisan insan mulia
yang sarat dengan ilmu itu ^_^

" Tugasan yang saya berikan itu tidak lebih tidak bukan hanya sebagai suatu amanah buat kalian. Tidak berkait dengan saya sedikitpun. Saya tidak punya hak untuk menghukum kerana niat saya untuk membantu kamu agar lebih memahami tajuk yang dipelajari + mengajar erti tanggungjawab dalam menunaikan amanah dll...kamu jangan datang jumpa saya mintak saya tarik balik tugasan tersebut (mengharap belas kasihan saya) agar memahami bahawa kalian tidak mampu melakukan tugasan tersebut. tapi mintalah pada Allah, jangan sesekali kamu minta pertolongan pada manusia (pertolongan dalam erti kata sepenuh pengharapan)..... "

Antara sebab kita jadi begini pada hari ini adalah kerana :

HATI KITA TERIKAT DENGAN AHWAL (PERIHAL KEHIDUPAN) BUKAN DENGAN A3MAL (PERBUATAN/AMAL).....

kalimah yang berulang kali dipesan oleh sang guru ini akan disematkan sebaiknya insyaAllah
^_^ jazahullah buat pensyarah subjek Adyan Firoq, Dr. 'Alaa Hilat

Satu jam setengah masa yang diperuntukkan itu ku kira tidak cukup untuk
merembeskan segala air mata yang terkumpul dari lubuk hati yang paling
dalam. Namun, infiniti kesyukuran ku panjatkan kepadaNya atas peluang
dan nikmat yang masih dikurniakan hingga ke saat ini untuk merenung sejenak
tujuan penciptaan diriku ke muka bumi ini T_T 

~ Pengorbanan hamba untuk Tuhannya :

> Korbankan harta demi meraih redhaNya
>Korbankan masa untuk menyebar cintaNya
>Korbankan diri untuk dimanfaatkan oleh insan lain
>Korbankan kenikmatan kita demi 'mereka' dan Dia, for sure =')

p/s : korban a.k.a kongsi (?)

Sering menjaja dan mencanang akan diri yang sibuk mengalahkan
Perdana Menteri, tidup cukup masa, dibebani dengan masalah ummah yang
 pelbagai dan macam-macam lagi... puiii!!!! ( bahasa untuk mereka yang
tahan maki ) Maka, bergembiralah 'mereka' yang telah berjanji dengan Dia
sejak awal penciptaan manusia dahulu kerana berjaya memusnahkan bani adam
dengan perasaan dan penyakit seperti itu .. Na'udzubillahi min zalik..

Semoga Allah ganjari mereka yang telah berusaha menyebarkan tauhid dan
dakwah serta cintaNya kepada insan-insan seperti aku yang sering alpa dan
terleka dengan dunia. Amin...

i just wanna be hugged like this for a moment because it's too hurt inside..
homesick..exam mood..losing an inspire and supporter..
please come back dear.. *as soon as possible (?)*




No comments:

Post a Comment