Tuesday, March 25, 2014

:: Allah izinkanku untuk mengecapinya lagi ::


الحمد لله ثم الحمد لله على كل حال و نعمة التي يعطيه الله سبحانه و تعالى على نفسي في هذا اليوم المبارك و السعيد

# kopipasta dari fb #



Officially turn to 21 year old 25/03/93-25/03/14

Semoga langkah seterusnya diiringi redhaNya
Semoga terus semangat untuk menerima 'hadiah' dariNya

Terima kasih buat semua yang pernah melakar sesuatu
dalam hidup ini..
Terima kasih kepada insan yang mendoakan dalam diam..
Terima kasih kerana menjadi guru saya melalui akhlak kalian..
Terima kasih mak+ayah kerana menjadi yang pertama..
Terima kasih awak kerana menjadi yang terakhir..

كل نفس ذائقة الموت
Sungguh, kematian adalah sebaik-baik peringatan.
Hari ulangtahun yang penuh dengan perihal kematian.
Infiniti kemaafan saya pohon dari kalian atas keterlanjuran
dan kesilapan yang pernah saya lakukan..
Mohon doa kalian agar saya menjadi+peroleh yang terbaik!

Biar luka di sini, jangan luka di sana~

#roadtobeabettermuslimahinsyaAllah


Beberapa hari menjelang hari ulangtahun aritu, aku membuat panggilan ke rumah
berulang-ulang kali. Niat di hati ingin bercakap dengan ayah terpaksa dimatikan
apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi walaupun setelah dicuba 5-6 kali.
Maka, ku sambungkan talian ke rumah dengan harapan dapat mengetahui
keberadaan ayah. 2-3 kali panggilanku ke rumah disambut oleh emak.. Esakan tangis
yang ku hamburkan ku kira menimbulkan kerisauan di hatinya. Manakan tidak, saban
hari aku bermimpi ayah terasa hati atas sikapku, dia kecewa denganku lantas
meninggalkan aku terkapai-kapai sendirian..

Dan akhirnya, sekitar jam 9 pagi (Jordan) sementara menanti kelas yang seterusnya,
panggilan yang dibuat ke rumah disambut olehh ayah!! ^_^ Setelah bertanya khabar,
aku memohon maaf andai aku membuatkannya marah kerana tidak membalas
mesejnya juga tidak menjawab panggilannya dahulu. Juga ku selitkan kemaafan
kerana menyusahkan dirinya dari kecil sehingga kini dengan kerenah, perbelanjaan
dan segala-galanya.. Dan...Cukuplah kalimah yang diucapkannya ini sebagai
penenang diri :

ayah tak pernah marah kakak..ayah risau je kakak tak balas mesej, tak angkat talipon semua..kakak tak payah risau, semua tu tanggungjawab ayah..kalau ada duitnya, ayah bagi semampu ayah..kalau takde, ayah tak bagilah..kakak kat sana bukan ada sesiapa..ada kawan-kawan pon diorang pon belajar jugak..adik aritu ayah dah bawak pegi umrah, untuk kakak ayah bagi duit jelah yang mampu..kakak belajar jela elok-elok eh..

='(

i just love him the way he is

Tahun ini, seperti biasa.. senarai pengwish birthday (dari sahabat handai) akan 
disenaraikan namun ada penambahan insan yang tidak boleh dinyatakan :p

1. Fadzlin Najwa Anuar
2. Nur Syuhaida Mohd Peril
3. Qararatuljannati Adnin Rithuan
4. Adik Atiqah Yusri
5. .................

Semoga Allah berkati dan sayangi mereka =')
Bagi yang mendoakan dalam diam, moga rahmat Allah dilimpahkan buat kalian 
juga! Jzkk !

 I wanna wrote some other stories but....I just can't.. Do pray 4my strengthness,
barokah in study and everything which is good :)


No comments:

Post a Comment