Saturday, October 27, 2012

:: Masih Men'cari' ::




"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka ( yang telah ada ) "~ 48:2~

Salam 'eid mubarak sa3ed buat semua..kullu 3am wa entum bi alfi kheir :')

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji,niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki,atau mengendarai setiap unta yang kurus,merka datang dari segenap penjuru yang jauh..agar mereka menyaksikan berbagai -bagai menfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditetapkan  ( 10,11,12,13 Zulhijjah ) atas rezeki yang telah diberikan kepada mereka berupa haiwan ternak..Maka makanlah sebahagian darinya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh  orang-orang yang sengsara dan fakir.. "   Al-Hajj : 27-28


Jadual program korban mantiqah Irbid  ( 27-29/11 ) :

hari pertama : 3ekor lembu
hari kedua : 3ekor lembu
hari ketiga : 30ekor kambing+1ekor unta


banyak kan?alhamdulillah..rezeki tahun ni melimpah ruah sehingga kami di sini mampu menumbangkan seekor unta insyaAllah ahad ini..moga Allah memberi ganjaran yang hebat buat mereka yang menyumbang dan mempunyai saham dalam korban kali ini (^_^)


dan raya haji kali ini sangat meriah.. dengan jemputan 9 buah rumah terbuka untuk raya pertama..disusuli dengan 6 buah rumah untuk raya kedua dan raya ketiga + keempat 1 buah rumah insyaAllah..erk =='
berat naik ++ T_T


bagi saya...raya kali ini memberi seribu satu makna dalam catatan kehidupan saya sepanjang 19 tahun ini..all praises to Allah for this blessful and wonderful nikmat =') bak kata orang,kasih sayang mak dan ayah tidak akan pernah terbalas walau dengan apa cara sekalipun..tapi........

KASIH SAYANG ALLAH????  bukan tidak akan terbalas bahkan mustahil untuk dibalas......namun,Allah hanya menyuruh kita untuk patuh dan beribadah kepadaNya sahaja..seperti firmanNya :



surat:51 ayat:56
surat:51 ayat:56
"Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadah) kepadaKu" (Adz Dzaariyaat : 56)


Subhanallah!! Allahu Allah !!


Dan Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud : 


"Wahai umat manusia! sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"(Al-Hujurat:13)


Ukhuwah keranaNya memang indah sebenarnya..rugilah mereka-mereka yang tidak merasainya..insyaAllah,saya akan cuba menghargai tiap seorang dari 'mereka' itu..saya akan..saya pasti..cuba untuk melakukan yang terbaik..doakan ^^


Allah kurniakan kalian untuk membantu diri ini menuju ke arah yang lebih baik..maka,wajib dan haruslah saya menerima hadiah dan anugerah ini sebaiknya..akan saya manfaatkan dan gunakan sesuai dengan keperluan insyaAllah.. *ok,macam barang pulak ^_^


Rasanya ingin menitipkan sedikit kenangan dan memori 'Eiduladha 1433 Hijrah/2012 :

*usai solat 'eid di luar masjid (jumlah lengkap ahli bayt redha)
^_^


Berbumbungkan langit dan berlantaikan simen2 dan laluan pejalan kaki,kami meraikan seruan solat 'eid bersama-sama jemaah yang lain..alhamdulillah..*walaupun berlari-lari anak (konsep sa'ie di safa dan marwah), sempat juga kami menunaikan solat pada pagi 10Zulhijjah..lewat datang sebenarnya,tu yang jemaah semua melimpah-ruah ke luar kawasan masjid..maaf,tidak berkesempatan mengambil foto untuk dipertontonkan pada kalian akan suasana di sini..


Dan,Zulhijjah kali ini berbeza dengan yang sebelumnya..sungguh T_T..

Seakan Dia sedang mentarbiyah ku..mendidik hatiku..menguatkan jiwaku..mengajar aku..erti sebuah pengorbanan...nikmat...ujian...dan kasih sayang...



"I believe in Him! The times will come soon insyaAllah =) "


"Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki mereka memberi makan kepadaKu..Sungguh,Allah Dialah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh "
Surah Az-Zariyat : 57-58  


Saya percaya rezeki itu datangnya dari Allah,maka tiada apa yang harus ditakutkan dan dirisaukan,kan?mm..kadang-kadang bila diuji dengan dugaan berkenaan duit ni,saya lemah sikit..sebab saya tahu saya bukanlah dari golongan yang berada apatah lagi yang kaya-raya..tapi alhamdulillah.. ^^ dengan rezeki yang Allah titipkan serta limpahkan buat keluarga saya,hingga kini kami adik beradik mampu untuk meneruskan pengajian + lengkap dengan keperluan yang sepatutnya..


Rezeki tu Allah yang bagi solehah..never mind sama ada cepat/lambat,kalau Allah nak bagi,Allah akan bagi..BUT!!with an effort k..Allah cakap apa dalam Surah Al-Anfal ayat 53 :



ذلك بانّ الله لم يك مغيّرًانّعمة انعمها على قومٍ حتّى يغيّروامابفسهم وانّ الله سميعٌ عليم

ertinya:

"(Siksaan) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Bermaksud,jangan sampai nikmat yang sedia ada ini membawa kepada kekufuran..na'udzubillah..bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk memperoleh yang terbaik dari sisiNya insyaAllah..Allah tidak akan menguji hambaNya jika dia tidak mampu kan?so..just wait for the moment k ><


And,one more thing..do pray for solehah as she will never get a  cry just because of  MONEY,k..

SAYA SABAR..
SAYA KUAT....
SAYA TABAH..
SAYA TAK CENGENG..
SAYA KENA BERJUANG..
FIGHT TILL THE END,SOLEHAH!!


p/s : 2 papers left,it'll be on 1st and 4th of November 2012..do pray for me guys ^_^







Wednesday, October 17, 2012

:: Sabar itu INDAH ::



Bismillahirrahmanirrahim....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

:')   :')   :')   :')    :')

Setelah meninggalkan laman luahan hati dan rasa ini,kali ini saya rasa terpanggil untuk mengukir dan melakar sesuatu dalam entry ini..moga memberi manfaat biarpun sekadar secebis dan sebesar zarah manfaatnya buat semua insyaAllah...

قال الله تعالى في كتابه العزيز,سورة آل عمران : 139
......بسم االه الرحمن الرحيم

"ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتممؤمنين"

~ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman ~

Alhamdulillah,hari-hari yang saya lalui sepanjang fatrah imtihan ini dilimpahi dengan pelbagai mehnah..Alhamdulillah again and again coz He never left me and always be with me whenever i need Him.. =) and alhamdulillah lagi dan lagi dan lagi...sebab Allah tak pernah lupa nak hadiahkan ujian dan dugaan agar saya sentiasa ingat kepadaNya...ujian yang pastinya membuatkan kita kembali berserah dan menyerah kepadaNya Sang Pencipta yang Berkuasa dan Mengetahui segala isi hati,kan2? :)

Orang selalu kata, "hidup ini kalau tiada ujian,maka tiadalah kemanisan dalam kehidupan itu..."
saya sokong kata-kata tersebut! tapi......ingat senang ke nak hadapi/tempuhi keadaan dan situasi tersebut ?
*ayat saya ni membuatkan kalian terasa give up/lemah ke?tak kan? maaf andai ada yang tidak bersetuju..

Secara peribadi,saya beranggapan bahawa sememangnya ujian dan dugaan inilah yang telah mematangkan kita dalam menjalani hidup ini..banyak ibrah dan juga pelajaran yang kita peroleh melalui ujianNya ini..percayalah! Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian itu di luar kemampuan hambaNya...sweet kan Allah? sebab Allah kan Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang..

Jika difikirkan semula apa hikmah Allah bagi ujian ini,suka saya memetik sepotong ayat cintaNya dari surah An-Nisa' : 79 yang mafhumnya berbunyi :

"Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari sisi Allah,dan keburukan apa pun yang menimpamu,itu adalah dari kesalahan kamu sendiri..."

lagi satu ayat cintaNya dari surah Al-A'raf : 168 mafhumnya :

"Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk,agar mereka kembali kepada kebenaran.."


erk =.='..direct kot Allah tegur dan beritahu jawapan kepada persoalan kita selama ini tentang hikmah musibah yang ditimpakan ke atas kita..mm..terkadang ujian yang Allah bagi ini adalah sebagai salah satu petanda bahawa kita semakin melupakanNya..na'udzubillah min zalik..

Lazimnya,manusia yang bergelar hamba akan kembali kepada Dia tatkala ditimpa musibah /masalah..kerana apa?Fitrah manusia itu meminta pertolongan pada yang lebih Hebat,berKuasa dan sebagainya..dan sebagai seorang umat islam,kita seharusnya sedar bahawa kita ada Dia untuk mengadu dan bermadu kasih serta berkongsi rasa meskipun pada hakikatnya,Allah sudah Mengetahui segala-segalanya...cuma..dilemparkan ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya,sekuat mana pegangan kita pada janjiNya..


*thanks to her (^_^) for sharing this quote with me
it really inspiring me sis!!!alhamdulillah...



Kadangkala air mata itu PERLU..
dan kadangkala TIDAK PERLU..means?


Bagi saya,air mata itu PERLU untuk memberi kekuatan dan inspirasi demi mengorak kembali langkah yang  'ter'bantut dan 'ter'stop dek 'kerenah-kerenah' yang berada di sekeliling kita.. =') dan bagi saya air mata itu TIDAK PERLU jika kita berada dalam keadaan seperti tidak bersalah,difitnah,dicaci-maki dan sebagainya..kerana perkara itu hanya akan membuatkan kita tampak lemah.. *sebab kita kan tak bersalah..kita kena fitnah..dizalimi..

Alhamdulillah,dengan masalah-masalah yang ada ini saya dapat mempelajari ilmu tentang sifat manusia secara tidak langsung..dan bagi saya ilmu ini sangat penting dalam konteks perhubungan ketika muamalah dan interaksi efektif dalam ikatan ukhwah..insyaAllah,segala yang berlaku di sekeliling kita ini jika dilihat dengan mata hati dan minda yang terbuka+sihat,insyaAllah kita akan beroleh manfaat daripadanya.. =D



~SALAM 1 ZULHIJJAH buat semua pembaca ~ saya akhiri entry kali ini dengan sepotong hadis :

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
* dan yang dimaksudkan dengan hari yang 10 adalah 10 hari pertama Zulhijjah..
yok! =) try to grab the chances sebaiknya k..














Saturday, October 6, 2012

:: Dia tahu yang terbaik ::

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

                                              :')

hasbunallahu wani3mal wakil..........."cukuplah Allah sebaik-baik penolong"

Hari-hari yang berlalu sepanjang minggu ini ditempuhi dengan gagah alhamdulillah..demi menepati sebuah janji dan azam dalam menuntut 'ilmu,saya cuba sedaya upaya untuk tidak 'ghiab' dari menghadiri kelas-kelas pengajian di jami'ah..Hanya padaNya berhak dialunkan  pujian dan kesyukuran :')

Dan alhamdulillah,hasil dari ujian tersebut..saya telah dianugerahkan berjambak-jambak bunga cinta dan kasih sayang dari insan yang berada di sekeliling..tak sangka sangat T_T !!!!!thanks to Allah and you all..
saya sangat SAYANG kalian..tapi..saya bukanlah seseorang yang mampu menzahirkan rasa cinta dan sayang yang bergelojak di dalam hati dan jiwa ini..saya tak mampu berdepan dengan perasaan sendiri..minta maaf  :'(

Saya hanya mampu menghadiahkan sekuntum doa dan rasa keprihatinan saya melalui uslub yang lain..

Dulu...

Saya selalu rasa saya tak layak untuk memiliki sahabat baik yang memahami diri saya *yang banyak kerenah dan emosional ni...

Tapi...akhirnya

Kini..

Saya menyedari hakikat bahawa Allah pasti menghadirkan seseorang *mungkin lebih :) dalam hidup kita..sebab kita ni tak sempurna dan tidak akan pernah sempurna..NAMUN,kita mampu berusaha untuk menjadi sesempurna yang boleh insyaAllah!! mediumnya?uslubnya?kaedahnya?

Allah anugerahkan 'mereka2' di samping kita..tika kita susah dan senang,hakikatnya mereka sentiasa ada di samping kita..percaya atau tidak..satu perkara/kata-kata yang saya pegang sehingga kini :

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


mungkin tanpa kita sedari,selama ini urusan kita dipermudahkan Allah atas doa orang lain untuk kita..
kan3?doa kita dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberi kekuatan,dikurniakan kesabaran,dilimpahi kejayaan demi kejayaan dan sebagainya..Rupa-rupanya,Allah makbulkan doa 'mereka2' tersebut,bukan doa kita yang dimakbulkan itu..jadi,tak perlu nak membangga diri mahupun berasa puas / senang dengan segala anugerah yang Allah bagi tika ini..

Mak dan ayah,guru-guru,sahabat-sahabat,umat islam yang lainnya,orang yang pernah kita jumpa di jalanan,orang yang kita senyum padanya ketika membeli-belah dan ramai lagi kebarangkalian 'mereka2' inilah insan yang sering mendoakan kita tiap kali mereka mengangkat dan menadah tangan memohon pada Sang Pencipta :')

sweet kan 'mereka2' ni? =D

Dan untuk awak,terima kasih..saya terharu..tapi,saya tak pernah mengharapkan apa-apa dari awak..cuma,sejak perkenalan kita dahulu saya sudah bersedia untuk berkongsi suka dan duka dengan awak..mungkin...masanya belum tiba..ukhuwah ini belum mantap sehingga kita mampu berkongsi dan bercerita dari hati ke hati..kan2?tak apa,saya tak kisah pon..insyaAllah,kehadiran 'waktu' itu akan tetap saya tunggu..

Moga awak dikurniakan kekuatan ya sahabat, insyaAllah!!saya tahu awak kuat dan tabah..beruntunglah dikau kerana dipilih olehNya untuk menjadi ahli huffaz..moga dipermudahkan jalan menggapai redhaNya~
ku doakan agar dikau menjadi pakar dalam bidang kedoktoran,peneraju ummah tidak lama lagi..amin..
ku ingin dikau tahu apa yang ku rasakan selama ini..walau pada zahirnya kita seakan-akan tidak rapat,tapi....hati saya seolah-olah telah terikat dengan hati awak....apakah perasaan ini,saya sendiri tidak pasti..mungkin Allah telah aturkan 'something' untuk kita kelak..namun,apa yang pasti...

saya tak sabar menanti detik itu!!!  (^_^)  

Dan untuk dia di bumi Malaysia...

"Ya Rabb,ku mohon jagakan dia untukku,permudahkan urusannya,limpahkan kasih sayangMu padanya,sampaikan salam cinta dan rinduku buatnya,dan semoga Engkau berikan yang terbaik buat dirinya demi mencapai cita-citanya yang tinggi ya3ni menjadi seorang doktor muslimah kelak insyaAllah"


~sekian luahan rasa cinta dan bersyukur atas limpahan nikmat dan kasih sayang dari Dia Sang Pencipta~



Wednesday, October 3, 2012

:: 1 Oktober 2012 ::


ku lihat manusia...ku lihat mereka yang berada di sekelilingku..kerenah dan perangai mereka..mm..terfikir sejenak.. "adakah aku tergolong dalam golongan mereka?"
golongan yang bagaimanakah yang dimaksudkan?

1..penilai dan penghukum manusia..
2..pemerhati yang diibaratkan melukut di tepi gantang..

adakah aku ini antara insan yang sering mentertawakan orang lain?insan yang memperlekehkan usaha orang lain?   MUHASABAH di siang hari 0_o..

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat, tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!
                                                              
                                                                       -copy paste-


mencuba dan terus mencuba untuk memperbaiki kelemahan yang nyata ini..benarlah ! biar manusia mahupun hamba..Allah HANYA menilai kita melalui ukuran TAQWA..bukan pada paras rupa/warna kulit/bangsa/bahasa atau  lain-lain..T_T moga Allah sudi memandang diri yang kerdil,hina lagi bergelumang dengan dosa ini insyaAllah.

*doakan! dah dekat seminggu migrain berlanjutan..terpaksa ambil ubat 2-3 kali sehari walaupun tahu side effect nye kelak.. T_T.


Saturday, September 29, 2012

:: Coretan Hati ::

~ Pengalaman mengajar erti kehidupan ~


Selepas pemergian si dia...diri ini belajar berdikari...rupa-rupanya selama ini aku bergantung padanya dalam banyak perkara...terima kasih Ya Allah...Engkau aturkan sesuatu itu memang ada hikmahnya kan?Alhamdulillah...perpisahan ini banyak mengajar daku erti sebuah pengorbanan,persahabatan,kesetiaan,
kekuatan dalam dan luar...ku percaya akan kata-kata ini akhirnya...

PERPISAHAN MENERBITKAN RINDU..
RINDU ITU MELAHIRKAN CINTA..
CINTA ITU MEMBUAHKAN UKHWAH..
MOGA PERSAHABATAN INI MENDAPAT REDHANYA..

Benarlah!!Sesungguhnya cinta itu buta..tidak mengenal paras rupa...tidak mengira warna kulit dan bangsa...
tidak perlu kepada harta..tidak memandang baik buruk seseorang..

BAHKAN...

Dengan cinta itulah,bermulanya kisah dan episod baru dalam kehidupan kita..perubahan ke arah yang lebih baik+penyatuan dua hati yang berbeza zahir dan batin+menerbitkan dan melahirkan kasih sayang buat mereka yang ikhlas dan besungguh -sungguh dalam berukhuwwah..Ya Allah manisnya cinta ini  (^_^)!!!!!!!!!

Banyak kot yang saya pelajari sepanjang ketiadaan awak di sisi..saya dah boleh borak-borak dengan 'ammu arab+akhowat-akhowat arab+mak cik-mak cik arab ^^ saya gembira sangat ...al maklumlah,selama ni kan,awak yang banyak cakap..awak yang jadi jurucakap saya..sekarang,saya mampu jadi jurucakap untuk diri sendiri alhamdulillah..

Saya minta maaf..sepanjang perkenalan kita ni,saya tak mampu jadi sahabat yang terbaik untuk awak..saya panas baran..saya emosional..saya tahu awak selalu sedih kan..apa pun yang saya lakukan terhadap awak,niat saya cuma satu je..saya sayang awak,saya nak jaga awak..*walaupun saya tahu saya tidaklah sebaik awak,tapi saya rasa tanggungjawab tu terpikul kat atas bahu saya ni..

Saya mengharapkan yang sama dari awak..tatkala saya berdukacita/bermuram durja...saya perlukan sokongan dan lontaran kata-kata semangat dari insan seperti awak..tatkala saya sedikit tersimpang dari landasan sebenar,saya perlukan orang untuk menegur dan mengingatkan saya..mungkin sekarang saya tak mampu menjadi insan yang menegur dan mengingatkan BILHIKMAH dan MAU3IZHOTIL HASANAH,tapi saya akan cuba sebaik mungkin insyaAllah..

Mohon tembakan doa dari kalian juga ^^
Semoga awak baik-baik sahaja di sana k..saya tahu awak ada benda nak ceritakan kat saya,tapi...
kita merancang Allah menentukan..mungkin sekarang bukan masa yang sesuai kan...Dia nak bagi satu masa yang akan kita manfaatkan sepenuhnya mungkin? kan3..sama-sama menantikan detik tersebut~

~ Allah pasti membantu kita ^_^ ,jom bantu hambaNya! ~


Kadang-kadang,kita rasa macam kita seorang sahaja yang penat/letih/sedih dll...tanpa kita sedari,masih ramai lagi orang yang berada di sekeliling kita yang mengalami nasib yang serupa bahkan mungkin lagi teruk/dahsyat dari kita..sebab Allah dah sediakan tiap-tiap dari kita ni ujian masing-masing kan?mengikut kemampuan individu tersebut

"Allah memberikan ujian buat hambaNya sesuai dengan kemampuannya " ~al-baqarah : 286 ~

Sejak memulakan tugas dan memikul amanah sebagai sukarelawan SPB 2012 (Sambutan Pelajar Baru ) ni,alhamdulillah mencurah-curah ilmu dan pengalaman yang saya peroleh..bukan senang tau kerja ni! itu komen yang pertama...serabut kot!! itu yang kedua..iiiisshhh!!! itu yang ketiga... dan terdapat seribu satu lagi komen-komen yang tidak mampu nak dikongsikan bersama pembaca.. hik3 ^^

Tapi kan,walaupun semua yang dinyatakan adalah -ve,pastinya ada!!! ada +ve nya kerja-kerja sebegini..kita dapat lihat bagaimana pihak pimpinan a.k.a senior mengendalikan program/menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang menguruskan pelajar-pelajar baru ini..

Selain itu,kerja sukarelawan ini sangat membantu kita to be professional in muamalah..what i meant is the interaction between syabab/ikhwah with the akhowat..juga cara yang efektif dalam berinteraksi dan berurusan dengan arab yang pelbagai ragam ni.. ngeh3 :') alhamdulillah,setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan seperti : pelajar lambat sampai+urusan tasjil madah dan bayar rusum+exam markaz lughoh dan kafaah Quran dll..

Yang nak dikatakan -ve nya tu,part sibuk tu je..tapi,3adi la kan sibuk menguruskan pelajar baru..*agak-agaknya,dulu senior2 pon sibuk macam ni waktu nak uruskan kita,kan? hidup kan seperti roda..sekejap dekat atas,sekejap dekat bawah..sekejap dekat kiri..sekejap dekat kanan..semua tu Allah susun cantik-cantik+sweet-sweet je untuk kita..percayalah!Allah kan Maha Mengetahui.. :')

Alhamdulillah,buktinya saya telah lihat di depan mata dan rasai sendiri..dengan kesibukan menguruskan kafaah Quran untuk mahasiswa Yarmouk 12/13 kuliah Syariah,menyusul pula tugasan untuk menguruskan pengangkutan dan hadiah (Unit  Tugas-tugas Khas) untuk program Rehlah Kito-Kito (N9) di Sharhabil bin Hasan Ecopark..

Ya Rabb!! rasa nak nangis,tapi..Allah kata " janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang beriman" ~ali-imran : 139~
InsyaAllah ,kita cuba dulu mana yang mampu,selebihnya serahkan pada Allah..kalau sibuk nak nangis je,bilanya nak selesai?cuma...lumrahnya,manusia berasa lemah apabila ditimpa ujian kan..maka,kita ambil jalan tengah..kita kena sentiasa memotivasikan diri sendiri+cari sahabiah yang mampu memberi semangat dan menguatkan kita..most important,still Allah is the number ONE right? ^^

Semoga dianugerahkan kekuatan dalaman yang utuh dan kental untuk meneruskan misi-misi yang belum selesai.. insyaAllah.. :')

*sangat banyak nak dikongsi bersama,namun..masa tidak mengizinkan..insyaAllah lain kali saya akan sambung..
juga mengenai ringkasan tarbiyah aulad 1 tu,doakan agar dipermudahkan urusan agar dapat saya menaip dan menyiapkan entri tersebut  insyaAllah ^^

~salam mahabbah dan cinta buat semua,Allahu yu3tik al 3afiah insyaAllah ~






Monday, September 17, 2012

:: Ada Hikmah kan ^_^ ::

Assalamualaikum warahmatullah :')


                                  Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya :')


Setelah lama tidak meng'update' blog yang suam-suam kuku ini,kini I'M BACK!!!!! ^^

apa yang berlaku sepanjang ketiadaan saya disebabkan sedikit tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan di sini..we're in fatrah WELCOMING THE NEW STUDENTS TO YARMOUK AND JUST UNIVERSITY,JORDAN (^_^)

                suka an3??sebab...dah jadi senior..uhuk3 ><

semoga mereka yang terlibat dalam pengurusan pelajar baru ini dipermudahkan urusan dan diganjarkan dengan hadiah yang ter'special' dariNya insyaAllah =)

saya ditugaskan untuk menguruskan imtihan Quran (kafaah) bagi pelajar-pelajar Yarmouk..namun masih terlibat secara tidak langsung dengan pihak2 pengurusan yang lain seperti team iqamah+team pentasjilan+team markaz lughoh dan lain-lain..bak kata orang,ambil pengalaman bekerja bawah orang dan cara menyelesaikan sesuatu masalah..  =)

nak ceritanya pengalaman sewaktu mengisi borang-borang pelajar ( untuk didaftarkan masuk universiti )..
mula-mula ok je,tapi lama-lama dah mula operasi menyelidik..keh3 =D

habislah dikaji lahir tahun bila,tinggal dekat mana,orang negeri mana,dulu sekolah mana ( Ex-DQians ) ke*sambil berangan nak cari calon suami dalam kalangan al-hafiz..tinggi kan cita-cita?? ^^ astaghfirullah.. T_T
almaklum lah,turut disertakan gambar yang dikepilkan bersama borang tersebut..haa!!apa lagi?tengok muka suci je,terus cek umur bawah ke,sebaya ke,lebih tua..ngeh3

tapi..dah tak hairan dengan semua itu sekarang ini..sebab..alhamdulillah,sedikit demi sedikit Allah hilangkan perasaan yang 'tidak perlu' itu buat masa sekarang :') cumanya..Dia datangkan juga sekelumit ujian bersama dengan kesenangan itu..didatangkan seseorang yang boleh diibaratkan dengan 'si pelanduk dua serupa'..

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


ceritanya bermula begini..
balik dari jam'iah semalam,sedang asyik berjalan kaki menapak pulang ke rumah..kelihatan seorang insan (syabab) yang sedang menunggu di seberang jalan..*saat daku berjalan setentang dengannya di seberangnya pula,lantas dia menoleh..T_T erkk..sejibik  samanya muka!!!tak tahu nak zahirkan ekspresi muka yang bagaimana.. o_0 tergamam sebentar ..

*waktu dia toleh tu,saya terus tundukkan pandangan ok..hiii ^^ 

segala bagai mimik muka yang dinyatakan itu telah saya lakukan sambil memandang jalan raya > < (tunduk bawah ) tapi masih terkawal,tidaklah sampai terlanggar tiang mahupun terlanggar cermin kereta dan juga tidak sampai terlanggar dada arab*geli+takut kan? tapi,nak tak nak..ni kisah benar..pengalaman kawan lah,alhamdulillah saya masih selamat setakat ini..doakan T_T

nak nangis sebenarnya,tapi hari tu dah janji tak nak buat lagi..so,tahan dalam hati.. :'( pedih wooooo!!!
kadang-kadang..kita sudah cuba nak lupakan seseorang itu dengan sebaiknya kan?tapi..selalu sahaja gagal..actually,we're not..

“The only real failure is the failure to try. The measure of success is how we cope with disappointment.”-Evelyn.

this is one of the quotes that told us who's the real failure in this life ^^
no worries la you all,insyaAllah He'll help us soon..at least we're trying our best right? *sambil pujuk diri sendiri
semoga terus kuat buat semuanya!!!


just think that everyone that has entered our life is important..their presence or absence may be an inspire to us..and sometimes,when they left us behind,we can learnt something new..the value of friendship..the value of ukhuwwah..the value of sacrifice.. :')

Alhamdulillah,thanks to Allah The Mighty :')

sungguh!benar..kalimah ajaib yang sering dituturkan ini :

 "there's a blessing in disguise"
^_^

"dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"
~ Ar-Rum : 69~





Wednesday, September 5, 2012

:: Hati ::

Bismillah...


Raef -With You



Allahu...
I need Allahu..
                                                                                                 

Rab bighfirly..
Fantal kareemu..
Wa3fu ya Rabbee..
Fantar raheemu..
With you,with you,with you,with you,ya Rahman..
With you,with you,with you,ya Raheem..
Oh hoo..

"Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepadaNya" Ar-Ra'd : 27

"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" Ar-Ra'd : 28

  
                                                     ^_^

May Allah ease our way insyaAllah....