Saturday, September 29, 2012

:: Coretan Hati ::

~ Pengalaman mengajar erti kehidupan ~


Selepas pemergian si dia...diri ini belajar berdikari...rupa-rupanya selama ini aku bergantung padanya dalam banyak perkara...terima kasih Ya Allah...Engkau aturkan sesuatu itu memang ada hikmahnya kan?Alhamdulillah...perpisahan ini banyak mengajar daku erti sebuah pengorbanan,persahabatan,kesetiaan,
kekuatan dalam dan luar...ku percaya akan kata-kata ini akhirnya...

PERPISAHAN MENERBITKAN RINDU..
RINDU ITU MELAHIRKAN CINTA..
CINTA ITU MEMBUAHKAN UKHWAH..
MOGA PERSAHABATAN INI MENDAPAT REDHANYA..

Benarlah!!Sesungguhnya cinta itu buta..tidak mengenal paras rupa...tidak mengira warna kulit dan bangsa...
tidak perlu kepada harta..tidak memandang baik buruk seseorang..

BAHKAN...

Dengan cinta itulah,bermulanya kisah dan episod baru dalam kehidupan kita..perubahan ke arah yang lebih baik+penyatuan dua hati yang berbeza zahir dan batin+menerbitkan dan melahirkan kasih sayang buat mereka yang ikhlas dan besungguh -sungguh dalam berukhuwwah..Ya Allah manisnya cinta ini  (^_^)!!!!!!!!!

Banyak kot yang saya pelajari sepanjang ketiadaan awak di sisi..saya dah boleh borak-borak dengan 'ammu arab+akhowat-akhowat arab+mak cik-mak cik arab ^^ saya gembira sangat ...al maklumlah,selama ni kan,awak yang banyak cakap..awak yang jadi jurucakap saya..sekarang,saya mampu jadi jurucakap untuk diri sendiri alhamdulillah..

Saya minta maaf..sepanjang perkenalan kita ni,saya tak mampu jadi sahabat yang terbaik untuk awak..saya panas baran..saya emosional..saya tahu awak selalu sedih kan..apa pun yang saya lakukan terhadap awak,niat saya cuma satu je..saya sayang awak,saya nak jaga awak..*walaupun saya tahu saya tidaklah sebaik awak,tapi saya rasa tanggungjawab tu terpikul kat atas bahu saya ni..

Saya mengharapkan yang sama dari awak..tatkala saya berdukacita/bermuram durja...saya perlukan sokongan dan lontaran kata-kata semangat dari insan seperti awak..tatkala saya sedikit tersimpang dari landasan sebenar,saya perlukan orang untuk menegur dan mengingatkan saya..mungkin sekarang saya tak mampu menjadi insan yang menegur dan mengingatkan BILHIKMAH dan MAU3IZHOTIL HASANAH,tapi saya akan cuba sebaik mungkin insyaAllah..

Mohon tembakan doa dari kalian juga ^^
Semoga awak baik-baik sahaja di sana k..saya tahu awak ada benda nak ceritakan kat saya,tapi...
kita merancang Allah menentukan..mungkin sekarang bukan masa yang sesuai kan...Dia nak bagi satu masa yang akan kita manfaatkan sepenuhnya mungkin? kan3..sama-sama menantikan detik tersebut~

~ Allah pasti membantu kita ^_^ ,jom bantu hambaNya! ~


Kadang-kadang,kita rasa macam kita seorang sahaja yang penat/letih/sedih dll...tanpa kita sedari,masih ramai lagi orang yang berada di sekeliling kita yang mengalami nasib yang serupa bahkan mungkin lagi teruk/dahsyat dari kita..sebab Allah dah sediakan tiap-tiap dari kita ni ujian masing-masing kan?mengikut kemampuan individu tersebut

"Allah memberikan ujian buat hambaNya sesuai dengan kemampuannya " ~al-baqarah : 286 ~

Sejak memulakan tugas dan memikul amanah sebagai sukarelawan SPB 2012 (Sambutan Pelajar Baru ) ni,alhamdulillah mencurah-curah ilmu dan pengalaman yang saya peroleh..bukan senang tau kerja ni! itu komen yang pertama...serabut kot!! itu yang kedua..iiiisshhh!!! itu yang ketiga... dan terdapat seribu satu lagi komen-komen yang tidak mampu nak dikongsikan bersama pembaca.. hik3 ^^

Tapi kan,walaupun semua yang dinyatakan adalah -ve,pastinya ada!!! ada +ve nya kerja-kerja sebegini..kita dapat lihat bagaimana pihak pimpinan a.k.a senior mengendalikan program/menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang menguruskan pelajar-pelajar baru ini..

Selain itu,kerja sukarelawan ini sangat membantu kita to be professional in muamalah..what i meant is the interaction between syabab/ikhwah with the akhowat..juga cara yang efektif dalam berinteraksi dan berurusan dengan arab yang pelbagai ragam ni.. ngeh3 :') alhamdulillah,setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan seperti : pelajar lambat sampai+urusan tasjil madah dan bayar rusum+exam markaz lughoh dan kafaah Quran dll..

Yang nak dikatakan -ve nya tu,part sibuk tu je..tapi,3adi la kan sibuk menguruskan pelajar baru..*agak-agaknya,dulu senior2 pon sibuk macam ni waktu nak uruskan kita,kan? hidup kan seperti roda..sekejap dekat atas,sekejap dekat bawah..sekejap dekat kiri..sekejap dekat kanan..semua tu Allah susun cantik-cantik+sweet-sweet je untuk kita..percayalah!Allah kan Maha Mengetahui.. :')

Alhamdulillah,buktinya saya telah lihat di depan mata dan rasai sendiri..dengan kesibukan menguruskan kafaah Quran untuk mahasiswa Yarmouk 12/13 kuliah Syariah,menyusul pula tugasan untuk menguruskan pengangkutan dan hadiah (Unit  Tugas-tugas Khas) untuk program Rehlah Kito-Kito (N9) di Sharhabil bin Hasan Ecopark..

Ya Rabb!! rasa nak nangis,tapi..Allah kata " janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang beriman" ~ali-imran : 139~
InsyaAllah ,kita cuba dulu mana yang mampu,selebihnya serahkan pada Allah..kalau sibuk nak nangis je,bilanya nak selesai?cuma...lumrahnya,manusia berasa lemah apabila ditimpa ujian kan..maka,kita ambil jalan tengah..kita kena sentiasa memotivasikan diri sendiri+cari sahabiah yang mampu memberi semangat dan menguatkan kita..most important,still Allah is the number ONE right? ^^

Semoga dianugerahkan kekuatan dalaman yang utuh dan kental untuk meneruskan misi-misi yang belum selesai.. insyaAllah.. :')

*sangat banyak nak dikongsi bersama,namun..masa tidak mengizinkan..insyaAllah lain kali saya akan sambung..
juga mengenai ringkasan tarbiyah aulad 1 tu,doakan agar dipermudahkan urusan agar dapat saya menaip dan menyiapkan entri tersebut  insyaAllah ^^

~salam mahabbah dan cinta buat semua,Allahu yu3tik al 3afiah insyaAllah ~






No comments:

Post a Comment