Saturday, October 6, 2012

:: Dia tahu yang terbaik ::

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

                                              :')

hasbunallahu wani3mal wakil..........."cukuplah Allah sebaik-baik penolong"

Hari-hari yang berlalu sepanjang minggu ini ditempuhi dengan gagah alhamdulillah..demi menepati sebuah janji dan azam dalam menuntut 'ilmu,saya cuba sedaya upaya untuk tidak 'ghiab' dari menghadiri kelas-kelas pengajian di jami'ah..Hanya padaNya berhak dialunkan  pujian dan kesyukuran :')

Dan alhamdulillah,hasil dari ujian tersebut..saya telah dianugerahkan berjambak-jambak bunga cinta dan kasih sayang dari insan yang berada di sekeliling..tak sangka sangat T_T !!!!!thanks to Allah and you all..
saya sangat SAYANG kalian..tapi..saya bukanlah seseorang yang mampu menzahirkan rasa cinta dan sayang yang bergelojak di dalam hati dan jiwa ini..saya tak mampu berdepan dengan perasaan sendiri..minta maaf  :'(

Saya hanya mampu menghadiahkan sekuntum doa dan rasa keprihatinan saya melalui uslub yang lain..

Dulu...

Saya selalu rasa saya tak layak untuk memiliki sahabat baik yang memahami diri saya *yang banyak kerenah dan emosional ni...

Tapi...akhirnya

Kini..

Saya menyedari hakikat bahawa Allah pasti menghadirkan seseorang *mungkin lebih :) dalam hidup kita..sebab kita ni tak sempurna dan tidak akan pernah sempurna..NAMUN,kita mampu berusaha untuk menjadi sesempurna yang boleh insyaAllah!! mediumnya?uslubnya?kaedahnya?

Allah anugerahkan 'mereka2' di samping kita..tika kita susah dan senang,hakikatnya mereka sentiasa ada di samping kita..percaya atau tidak..satu perkara/kata-kata yang saya pegang sehingga kini :

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


mungkin tanpa kita sedari,selama ini urusan kita dipermudahkan Allah atas doa orang lain untuk kita..
kan3?doa kita dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberi kekuatan,dikurniakan kesabaran,dilimpahi kejayaan demi kejayaan dan sebagainya..Rupa-rupanya,Allah makbulkan doa 'mereka2' tersebut,bukan doa kita yang dimakbulkan itu..jadi,tak perlu nak membangga diri mahupun berasa puas / senang dengan segala anugerah yang Allah bagi tika ini..

Mak dan ayah,guru-guru,sahabat-sahabat,umat islam yang lainnya,orang yang pernah kita jumpa di jalanan,orang yang kita senyum padanya ketika membeli-belah dan ramai lagi kebarangkalian 'mereka2' inilah insan yang sering mendoakan kita tiap kali mereka mengangkat dan menadah tangan memohon pada Sang Pencipta :')

sweet kan 'mereka2' ni? =D

Dan untuk awak,terima kasih..saya terharu..tapi,saya tak pernah mengharapkan apa-apa dari awak..cuma,sejak perkenalan kita dahulu saya sudah bersedia untuk berkongsi suka dan duka dengan awak..mungkin...masanya belum tiba..ukhuwah ini belum mantap sehingga kita mampu berkongsi dan bercerita dari hati ke hati..kan2?tak apa,saya tak kisah pon..insyaAllah,kehadiran 'waktu' itu akan tetap saya tunggu..

Moga awak dikurniakan kekuatan ya sahabat, insyaAllah!!saya tahu awak kuat dan tabah..beruntunglah dikau kerana dipilih olehNya untuk menjadi ahli huffaz..moga dipermudahkan jalan menggapai redhaNya~
ku doakan agar dikau menjadi pakar dalam bidang kedoktoran,peneraju ummah tidak lama lagi..amin..
ku ingin dikau tahu apa yang ku rasakan selama ini..walau pada zahirnya kita seakan-akan tidak rapat,tapi....hati saya seolah-olah telah terikat dengan hati awak....apakah perasaan ini,saya sendiri tidak pasti..mungkin Allah telah aturkan 'something' untuk kita kelak..namun,apa yang pasti...

saya tak sabar menanti detik itu!!!  (^_^)  

Dan untuk dia di bumi Malaysia...

"Ya Rabb,ku mohon jagakan dia untukku,permudahkan urusannya,limpahkan kasih sayangMu padanya,sampaikan salam cinta dan rinduku buatnya,dan semoga Engkau berikan yang terbaik buat dirinya demi mencapai cita-citanya yang tinggi ya3ni menjadi seorang doktor muslimah kelak insyaAllah"


~sekian luahan rasa cinta dan bersyukur atas limpahan nikmat dan kasih sayang dari Dia Sang Pencipta~



No comments:

Post a Comment