Wednesday, October 17, 2012

:: Sabar itu INDAH ::



Bismillahirrahmanirrahim....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

:')   :')   :')   :')    :')

Setelah meninggalkan laman luahan hati dan rasa ini,kali ini saya rasa terpanggil untuk mengukir dan melakar sesuatu dalam entry ini..moga memberi manfaat biarpun sekadar secebis dan sebesar zarah manfaatnya buat semua insyaAllah...

قال الله تعالى في كتابه العزيز,سورة آل عمران : 139
......بسم االه الرحمن الرحيم

"ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتممؤمنين"

~ Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang beriman ~

Alhamdulillah,hari-hari yang saya lalui sepanjang fatrah imtihan ini dilimpahi dengan pelbagai mehnah..Alhamdulillah again and again coz He never left me and always be with me whenever i need Him.. =) and alhamdulillah lagi dan lagi dan lagi...sebab Allah tak pernah lupa nak hadiahkan ujian dan dugaan agar saya sentiasa ingat kepadaNya...ujian yang pastinya membuatkan kita kembali berserah dan menyerah kepadaNya Sang Pencipta yang Berkuasa dan Mengetahui segala isi hati,kan2? :)

Orang selalu kata, "hidup ini kalau tiada ujian,maka tiadalah kemanisan dalam kehidupan itu..."
saya sokong kata-kata tersebut! tapi......ingat senang ke nak hadapi/tempuhi keadaan dan situasi tersebut ?
*ayat saya ni membuatkan kalian terasa give up/lemah ke?tak kan? maaf andai ada yang tidak bersetuju..

Secara peribadi,saya beranggapan bahawa sememangnya ujian dan dugaan inilah yang telah mematangkan kita dalam menjalani hidup ini..banyak ibrah dan juga pelajaran yang kita peroleh melalui ujianNya ini..percayalah! Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian itu di luar kemampuan hambaNya...sweet kan Allah? sebab Allah kan Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang..

Jika difikirkan semula apa hikmah Allah bagi ujian ini,suka saya memetik sepotong ayat cintaNya dari surah An-Nisa' : 79 yang mafhumnya berbunyi :

"Kebajikan apa pun yang kamu peroleh adalah dari sisi Allah,dan keburukan apa pun yang menimpamu,itu adalah dari kesalahan kamu sendiri..."

lagi satu ayat cintaNya dari surah Al-A'raf : 168 mafhumnya :

"Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk,agar mereka kembali kepada kebenaran.."


erk =.='..direct kot Allah tegur dan beritahu jawapan kepada persoalan kita selama ini tentang hikmah musibah yang ditimpakan ke atas kita..mm..terkadang ujian yang Allah bagi ini adalah sebagai salah satu petanda bahawa kita semakin melupakanNya..na'udzubillah min zalik..

Lazimnya,manusia yang bergelar hamba akan kembali kepada Dia tatkala ditimpa musibah /masalah..kerana apa?Fitrah manusia itu meminta pertolongan pada yang lebih Hebat,berKuasa dan sebagainya..dan sebagai seorang umat islam,kita seharusnya sedar bahawa kita ada Dia untuk mengadu dan bermadu kasih serta berkongsi rasa meskipun pada hakikatnya,Allah sudah Mengetahui segala-segalanya...cuma..dilemparkan ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya,sekuat mana pegangan kita pada janjiNya..


*thanks to her (^_^) for sharing this quote with me
it really inspiring me sis!!!alhamdulillah...



Kadangkala air mata itu PERLU..
dan kadangkala TIDAK PERLU..means?


Bagi saya,air mata itu PERLU untuk memberi kekuatan dan inspirasi demi mengorak kembali langkah yang  'ter'bantut dan 'ter'stop dek 'kerenah-kerenah' yang berada di sekeliling kita.. =') dan bagi saya air mata itu TIDAK PERLU jika kita berada dalam keadaan seperti tidak bersalah,difitnah,dicaci-maki dan sebagainya..kerana perkara itu hanya akan membuatkan kita tampak lemah.. *sebab kita kan tak bersalah..kita kena fitnah..dizalimi..

Alhamdulillah,dengan masalah-masalah yang ada ini saya dapat mempelajari ilmu tentang sifat manusia secara tidak langsung..dan bagi saya ilmu ini sangat penting dalam konteks perhubungan ketika muamalah dan interaksi efektif dalam ikatan ukhwah..insyaAllah,segala yang berlaku di sekeliling kita ini jika dilihat dengan mata hati dan minda yang terbuka+sihat,insyaAllah kita akan beroleh manfaat daripadanya.. =D



~SALAM 1 ZULHIJJAH buat semua pembaca ~ saya akhiri entry kali ini dengan sepotong hadis :

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.
* dan yang dimaksudkan dengan hari yang 10 adalah 10 hari pertama Zulhijjah..
yok! =) try to grab the chances sebaiknya k..














No comments:

Post a Comment