Friday, November 2, 2012

:: =') ::

minggu yang dilalui terhias ceria .....


poster untuk sambutan Aidiladha anjuran PERMAI 2012..alhamdulillah..selesai sudah semalam..
akhirnya dapat merasa daging UNTA..sedap!!

dan semalam juga saya dapat ilmu baru..meh,saya kongsikan serba sedikit..


Memakan Daging Unta: Telah tetap dari Rasulullah SAW dari hadits Jabir bin Samuroh bahwasanya Beliau ditanya:

(يا رسول الله، أنتوضأ من لحوم الإبل؟ قال: “نعم” وقيل له: أنتوضأ من لحوم الغنم؟ قال: “إن شئت” (أخرجه مسلم كتاب الحيض باب الوضوء من لحم الإبل، برقم (360

“Ya Rasulullah, apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging unta? Beliau menjawab “Iya”. Dan ada yang bertanya kepadanya: Apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging kambing? Beliau menjawab: “jika kamu mau”. [HR: Muslim] Rasulullah memberi pilihan kepada orang yang bertanya mengenai wudhu setelah memakan daging kambing, akan tetapi tidak member pilihan mengenai wudhu setelah memakan daging unta, bahkan Beliau mewajibkannya. Juga terdapat hadits dari Al Bara’ bin Azib, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

(توضؤوا من لحوم الإبل, ولا توضؤوا من لحوم الغنم (أخرجه ابن ماجه في كتاب الطهارة وسننها، باب ما جاء في الوضوء من لحوم الإبل، برقم (497

“Berwudhulah dari (memakan) daging unta, dan tidak (wajib) berwudhu dari (memakan) daging kambing”. [HR: Ibnu Majah] *copypaste

banyak perbahasan ulama dalam permasalahan ini..samada wudhu yang dimaksudkan adalah wudhu keseluruhannya ataupun sekadar basuh mulut dan berkumur-kumur sahaja..saya tidak berniat untuk berbicara panjang lebar kerana kekurangan ilmu untuk berbahas mengenainya..maaf..*yang penting semalam saya makan daging ini sebelum solat,maka memang saya ambil wudhu' terlebih dahulu ^^


mm..sebelum itu,saya nak berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada raya keempat bersamaan  13 Zulhijjah 1433 H ( Isnin )..saya+3sahabat yang lain+2adik junior (all ex-SMAPians) berkunjung ke teratak kak Fatin Hamidah Mustafa (medic 3rd year)..senior SMAP juga.. =')


dan kebetulan pada hari tersebut adalah tanggal ulangtahun kelahiran sahabat terchenta... Nor Azizah Bt Md Abas (dentistry 2nd year)..alang-alang tu,sambutlah birthday sekali..saya beli kek kat MANGO..kecik je (kedekut)..ngeh3..

kecik-kecik pon sedap,tu yang penting! ^_^


kak tinmid masakkan kami nasi minyak dan ayam masak merah..turut serta kek coklat yang enak dan air yang manis..kenyang..alhamdulillah..apa yang saya nak cerita adalah..


seang asyik berbual bicara,tiba-tiba diajukan soalan oleh jieja dan fa..


jieja : leha busy ei?

saya : eh,takdelah..biase je..

fa :aah la leha..macam ade prob je

saya : erk =='

jieja : takdelah,jieja tengok leha cam tak fokus je..orang tengah cakap kat sini,tapi otak leha cam melencong kat tempat lain..fikir benda lain..

saya : erk==' kali kedua.. ^_^ *muke tersengih cam kerang busuk sambil fikir apa nak jawab..aa...aa..oo yeah?mm..ok je..mungkin sebab fikir sahabat sePINTAR kot..nak pergi potong daging kat PUSKOM petang ni..nampaknya leha kena belajar sorok ekspresi muke lagi ni..ingatkan dah berjaya tadi,tak rupenya.iiishhh..

fa : busy nye lehaaa...yela,naqibah kan..dengan jawatan macam-macam lagi..

saya : erk ==' kali ketiga..ni baru jadi naqibah fa..kalau saya pegang jawatan lain,agaknya habisla saya..tak macam korang,hebatt!!

fa dan jieja : alaaa lehaa...ye ye je..


waktu tu,serius! nak nangis sebab benda yang remeh tu pon tak mampu nak simpan dan semat dalam hati..masih tak mampu nak ikhlaskan hati dengan apa yang Allah bagi..actually,ingat nak mengadu kat Dia je,tak sangka ada yang perasan akan perubahan diriku.. =(


sesungguhnya aku masih buntu..keliru..apa yang harus aku perbuat agar diri ini tidak menjadi beban buat mereka yang berada di sekeliling..ighfirli ya Rabb..


dan semalam..saya terbaca sebuah artikel yang dikongsikan oleh seorang sahabat USIM..berbunyi :

Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”*copypaste


:'(     :'(      :'(



Saya terus menangis. Seorang naqibah? Ya, saya seorang naqibah. Apakah seorang naqibah seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan..ighfir zunubi ya Rabb..


semakin longlai...langkah semakin suram...di mana dan bagaimana harus ku mulakan derap langkah kaki ini??
solehah..find yourself!! seek for His help and guidance,insyaAllah kheir ^^


do pray for me...and thanks to Allah coz give me this really 'something' in my life..may this one lead me to your 'ridho' and paradise insyaAllah..


azizah (jieja) dan fakhirah (fa).... ^_^
ni time winter last year..


semalam ada seorang kakanda yang mengirimkan hadiah yang berbentuk :





:')       :')        :')


thanks kak!!! hati terkedu seketika..*semakin sayu dan sedih


semakin jelaslah bahawa diri ini masih tidak berubah... :'(


emosiku masih seperti dahulu..kemarahanku tidak mampu dibendung dan disisip kemas....


aku tewas...aku kalah...aku malu...


janjiku untuk berubah semakin dilupakan mungkin...mm..


mohon berdas-das tembakan doa dari kalian agar saya terus kuat di sini..meniti liku-liku hidup yang mendatang dengan tenang dan sabar insyaAllah..


kosa kata :

PINTAR = kumpulan usrah (intelectual circle=bulatan ilmiah/gembira) under PERMAI
PERMAI = badan penggerak PERsatuan MAhasiswa Irbid,Jordan..
MANGO = kedai kek tersedap di Irbid (mungkin di Jordan) hehe..




No comments:

Post a Comment