Monday, November 12, 2012

:: MASA+API+GRAND DINNER+LIQO' ::



Assalamualaikum..maaf entri sebelum ni hanya mampu menitipkan sebuah lagu sahaja atas reason kesuntukan masa??? mm..berkait dengan kesuntukan masa ni,ingin saya kongsikan sedikit peringatan dari seorang sahabat a.k.a housemate, athirah fa'aizal yang berbunyi :


masa tu cukup je.
semua orang dapat 24 jam.
cume,ke mana? dan bagaimana? masa itu dihabiskan.


'' orang yang takde masa, orang yang tiada prioriti dalam hidup ''
-dr muhaya-

selamat meletakkan prioriti dalam masa kita semua sebaiknya.
 

(103 ; 2) sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.



thanks sahabat! T_T..bila rasa nak buat something,membuatkan saya berfikir adakah ianya penting?atau ada yang lebih penting?mungkin susunan ini yang dimaksudkan...



Bila kita menerima tugasan yang banyak secara serentak, kita susun tugasan itu mengikut keutamaan seperti  1 hingga 4 di bawah. 

Keutamaan Satu:  SEGERA DAN PENTING.
 
Keutamaan Dua:  SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING.

Keutamaan Tiga.  TIDAK SEGERA TAPI PENTING.

Keutamaan Empat.  TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.


walaupun update blog juga penting,namun ada yang lebih penting..maka,tergendala lah sebentar ruangan ini 


=')


dan minggu ini juga minggu bermulanya imtihan thani buat kami di sini..maka,terkejar-kejar sedikit dalam menguruskan masa..dengan nak kejar kelasnya,kelas tambahan lagi,kelas talaqqi lagi,mesyuarat dan lain-lain..tapi,kata orang..orang mukmin itu dilihat pada kehebatannya dalam menguruskan masa,kan?insyaAllah kheir :)


last week juga ada beberapa event.. Program API ( Akses Pemikiran Islam ) + Grand Dinner Batch 1115 + liqo' PINTAR..sedikit bingkisan kenangan  =)


 *poster program API (^_^)

* akhowat batch 1115 =')



 * syabab batch 1115 =')


*cebisan mutiara hati buat ahli usrah PINTAR ^^


inilah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian dari saya untuk program minggu lepas..insyaAllah,minggu ini akan menghadiri satu program bernama LANCER..nak tahu mengenainya??nantikan entri seterusnya insyaAllah.. ^_^


dan ku kirimkan sebuah lagu buat sahabat tersayang yang jauh di bumi tanah tumpah darah,Malaysia..




Aku hanyalah manusia
Insan biasa yang serba kekurangan
Aku manusia tiada sempurna
Kau sahabatku setialah
Walau kadang tak sejalan
Kau sahabatku setialah
Walau kadang berbeda dijiwa
Aku tak sempurna seperti nabiyalloh nabi Muhammad

Aku tak setaqwa nabiyalloh Ibrahim
Aku tidak semulia nabiyalloh Ismail
Aku tidak setampan seperti nabiyalloh nabi Yusuf
Ku tak setabah nabiyalloh nabi Ayub
Aku tidak segagah nabiyalloh nabi Musa
Setialah...







No comments:

Post a Comment