Sunday, July 1, 2012

Tersentak..terasa..tersedar..

Petunjuk apakah?? sudah dua kali rasanya diri ini dihambat kesentapan + kete'rasa'an .. kengkadang ,segala yang terjadi adalah dengan kemahuan kita sendiri namun acapkali kita mendengar dari lisan-lisan yang berbicara bahawa kesemuanya adalah takdir dan ketentuan dari Allah .. seakan-akan Allah yang kejam,tidakkah begitu?na'udzubillahi min zalik~

Bila saya menghadiri kelas talaqqi aqidah islamiyah bersama seorang syeikh ,Syeikh Hamam ya'ni anak murid kepada Syeikh Sa'id Fudah , kami menggunakan kitab  'حاشية على مختصر شرح الخريدة البهية' karangan Syeikh Ahmad Ad-Dardir.. saya akui ,sesungguhnya perasaan bersama dengan orang-orang yang soleh tambahan pula di bumi anbiya' ini sangat berbeza dan seperti mempunyai ruhul jadid yang tersendiri .. kalam-kalam serta butir mutiara yang terlafaz dari lisan mereka bisa menyentap jiwa dan bukan sahaja menarik hati ..menyentap yang dimaksudkan adalah memberi impak yang mendalam ibarat tersusuk sesuatu yang tajam ke dalam jasad .. Benarlah apa yang saya yakini selama ini ~ tuntutlah ilmu dengan ikhlas serta bukalah pintu hati kamu sebelum memulakan pencarian ilmu,semoga dengan niat sucimu itu Allah menunjukkan dan memberikan apa yang perlu buat dirimu ~ 

*ikhlas niat + bersihkan jiwa sebelum menerima ilmu...

Dan.....hari ini.....hati ini telah dikurniakan sesuatu yang amat berharga olehNya..dalam sedar tak sedar,air hangat itu telah tertitis menyembah bumi barakah..Allah telah mengurniakan hidayah berupa ketenangan serta kesedaran ke arah menuju perubahan dengan langkah baru dan insyaAllah beserta niat yang ikhlas semata-mata mengharap redhaNya.. AMBIL PELUANG +KEJAR HIDAYAH DAN REDHANYA !!! Berdoalah senantiasa agar diri kita dianugerahkan hadiah terhebat dariNya ini kerana hanya insan-insan terpilih yang bisa meraih this special gift ~ 


                    *mohon doa kalian lagi agar saya mampu memanfaatkan peluang yang telah diberiNya ini..


Sedikit perkongsian dari kelas talaqqi 'فقة المرأة' bersama Dr.Uqlah Ibrahim sebentar tadi mengenai amanah yang kita pikul sebagai khalifah di muka bumi  ini..Apakah amanah ini berupa kewajipan/pilihan?? Apabila ditanyakan kepada langit,bumi dan gunung-ganang,kesemuanya menolak untuk memikul amanah memakmurkan bumi ini..namun,kita yang bergelar INSAN..menyahut seruan itu..sahutan itu bererti kita telah membuat pilihan untuk memakmurkan bumi ini ,subhanallah!!besarnya tanggungjawab dan amanah yang kita pikul di bahu tatkala ini,kan?persoalan lagi..adakah pilihan ini satu kemuliaan? Ya..jawapannya benar..pilihan untuk memikul amanah ini suatu kemuliaan buat kita...buktinya??

Analogi : Situasi 1 ~ seorang ayah menetapkan anaknya belajar dalam pengkhususan ini dan ini...
                               mesti dapatkan pointer 3.5 dan ke atas...blah..blah..blah..
              Situasi 2 ~ seorang ayah yang bertanya kecenderungan si anak dalam bidang apa...
                               keputusan terletak di tangannya selagi dirasakan terbaik oleh si ayah..

Agak-agaknya lah , situasi manakah yang menjadi tarikan / kesukaan kalian? apabila  diberi pilihan kan?ini menunjukkan pilihan itu mulia..diberi pilihan itu satu kemuliaan..yang menjadi masalah pokok nya sekarang ini adalah bagaimana kita memanfaatkan pilihan yang telah sedia kita pilih dengan sendiri dan bukan secara paksaan?sama ada kita yang mengabaikan amanah[pilihan] atau masih salahkan takdir? tepuk dada,tanya hati dan iman..


                    *semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dan aplikasi ilmu yang diperoleh dalam kehidupan


Pesan Dr : 1. Perbanyakkan zikir kerana ia salah satu wasilah penghindar syaitan

                 2. Usaha sungguh-sungguh untuk mendirikan qiamullail ( mulakan dengan solat sunat 2rakaat
                    sebelum menutup kelopak mata + 2rakaat sebelum solat fajr/subuh )

                       3.Menjadi 'ahli' dalam amanah ayng dipertanggungjawabkan



note : 19days to go ~ Ramadhan Kareem!!We'll meet soon insyaAllah biiznillah....  =)





















        

No comments:

Post a Comment