Saturday, July 7, 2012

Sangat perlu untuk di HAPUSKAN!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ini masih dikurniakan kesihatan dan peluang olehNya untuk bertaubat dan meneruskan misi menyampaikan dakwah walaupun sekadar sepotong ayat :

" Maka berkat rahmat Allah ,engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan buat mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu(politik,ekonomi,kemasyarakatan dll).Kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh,Allah mencintai orang yang bertawakal "  ~Ali 'Imran:159~


Sejak dua tiga hari ini,rasa macam dilemparkan dengan teguran demi teguran...and of course,'this' one thing memang akan menyebabkan saya terasa *memang sikap yang tidak mampu dibendung + diperbaiki hingga kini
MARAH..bila baca status2 kat fb *ala ala macam ni la lebih kurang.. 'lihatlah reaksi dan sikap sahabatmu apabila marah' sentap2...ngee~ sebab kita takut orang menilai kita dalam diam.dan hakikatnya...saya seorang yang pe'marah'...bukan pe'ramah'..Namun,alhamdulillah 'ala kulli hal sejak melangkahkan kaki ke bumi anbiya' ini,hati ini sering diterpa rasa bersalah dan sedih tiap kali menghadapi 'emosi' yang satu ini... 


*tengok lidah dah tau peritnya anak tekak menjerit *_*    

Impak nya emosi MARAH ini adalah kepada diri dan orang serta *harta benda sekeliling.. ^ ^
kadang-kadang tanpa kita sedar sifat kita yang satu ini telah mengguris hati-hati mereka yang berdekatan dengan kita..sedangkan sahabat kita pon mungkin akan terkena tempias api kemarahan ini,apatah lagi dengan insan yang lain =(  na'udzubillahi min zalik...maka,perlunya kita atau lebih spesifiknya SAYA untuk mengawal emosi dan merasionalkan fikiran dalam menghadapi situasi-situasi yang genting dalam kehidupan..
jangan disebabkan sifat ini,hubungan dan ukhuwah kita bisa jadi renggang,mohon dijauhkan ~

*nanti bila da sudah marah-marah,mesti nangis
so,tak nak emosi2 lagi ,arasso??



Jom ikuti sedikit tips sempena peringatan buat diri sendiri yang sering dibelenggu masalah emosi ini :


1. Perbanyakkan istighfar استغفر الله العظيم..الذي لا إله إلا..هو الحي القيوم و أتوب اليه

2.Membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

3.Mengambil wudhu' 

4.Mengubah posisi.jika dalam keadaan berdiri,duduk.jika dalam keadaan duduk,baring.jika dalam keadaan    baring,ubah posisi kiri ke kanan dan sebaliknya.pengakhirnya,lelapkan mata ^_^

5.Membaca ayat-ayat suci Al-Quran (semoga diberi ketenangan )

6.Apa-apa yang dirasakan membantu-ikut individu- cth: makan,tapi tidak baik untuk kesihatan kerana lazimnya sewaktu tengah emosi,kita cenderung untuk makan tanpa henti terutamanya golongan wanita yang menjadikan coklat sebagai penenang *kononnya..tidur,bersiar-siar hirup udara segar,beriadhah,dll......

p/s : do pray for my strengthness to face all these mehnah in fatrah imtihan + summer sem  (^_^)

No comments:

Post a Comment