Saturday, September 29, 2012

:: Coretan Hati ::

~ Pengalaman mengajar erti kehidupan ~


Selepas pemergian si dia...diri ini belajar berdikari...rupa-rupanya selama ini aku bergantung padanya dalam banyak perkara...terima kasih Ya Allah...Engkau aturkan sesuatu itu memang ada hikmahnya kan?Alhamdulillah...perpisahan ini banyak mengajar daku erti sebuah pengorbanan,persahabatan,kesetiaan,
kekuatan dalam dan luar...ku percaya akan kata-kata ini akhirnya...

PERPISAHAN MENERBITKAN RINDU..
RINDU ITU MELAHIRKAN CINTA..
CINTA ITU MEMBUAHKAN UKHWAH..
MOGA PERSAHABATAN INI MENDAPAT REDHANYA..

Benarlah!!Sesungguhnya cinta itu buta..tidak mengenal paras rupa...tidak mengira warna kulit dan bangsa...
tidak perlu kepada harta..tidak memandang baik buruk seseorang..

BAHKAN...

Dengan cinta itulah,bermulanya kisah dan episod baru dalam kehidupan kita..perubahan ke arah yang lebih baik+penyatuan dua hati yang berbeza zahir dan batin+menerbitkan dan melahirkan kasih sayang buat mereka yang ikhlas dan besungguh -sungguh dalam berukhuwwah..Ya Allah manisnya cinta ini  (^_^)!!!!!!!!!

Banyak kot yang saya pelajari sepanjang ketiadaan awak di sisi..saya dah boleh borak-borak dengan 'ammu arab+akhowat-akhowat arab+mak cik-mak cik arab ^^ saya gembira sangat ...al maklumlah,selama ni kan,awak yang banyak cakap..awak yang jadi jurucakap saya..sekarang,saya mampu jadi jurucakap untuk diri sendiri alhamdulillah..

Saya minta maaf..sepanjang perkenalan kita ni,saya tak mampu jadi sahabat yang terbaik untuk awak..saya panas baran..saya emosional..saya tahu awak selalu sedih kan..apa pun yang saya lakukan terhadap awak,niat saya cuma satu je..saya sayang awak,saya nak jaga awak..*walaupun saya tahu saya tidaklah sebaik awak,tapi saya rasa tanggungjawab tu terpikul kat atas bahu saya ni..

Saya mengharapkan yang sama dari awak..tatkala saya berdukacita/bermuram durja...saya perlukan sokongan dan lontaran kata-kata semangat dari insan seperti awak..tatkala saya sedikit tersimpang dari landasan sebenar,saya perlukan orang untuk menegur dan mengingatkan saya..mungkin sekarang saya tak mampu menjadi insan yang menegur dan mengingatkan BILHIKMAH dan MAU3IZHOTIL HASANAH,tapi saya akan cuba sebaik mungkin insyaAllah..

Mohon tembakan doa dari kalian juga ^^
Semoga awak baik-baik sahaja di sana k..saya tahu awak ada benda nak ceritakan kat saya,tapi...
kita merancang Allah menentukan..mungkin sekarang bukan masa yang sesuai kan...Dia nak bagi satu masa yang akan kita manfaatkan sepenuhnya mungkin? kan3..sama-sama menantikan detik tersebut~

~ Allah pasti membantu kita ^_^ ,jom bantu hambaNya! ~


Kadang-kadang,kita rasa macam kita seorang sahaja yang penat/letih/sedih dll...tanpa kita sedari,masih ramai lagi orang yang berada di sekeliling kita yang mengalami nasib yang serupa bahkan mungkin lagi teruk/dahsyat dari kita..sebab Allah dah sediakan tiap-tiap dari kita ni ujian masing-masing kan?mengikut kemampuan individu tersebut

"Allah memberikan ujian buat hambaNya sesuai dengan kemampuannya " ~al-baqarah : 286 ~

Sejak memulakan tugas dan memikul amanah sebagai sukarelawan SPB 2012 (Sambutan Pelajar Baru ) ni,alhamdulillah mencurah-curah ilmu dan pengalaman yang saya peroleh..bukan senang tau kerja ni! itu komen yang pertama...serabut kot!! itu yang kedua..iiiisshhh!!! itu yang ketiga... dan terdapat seribu satu lagi komen-komen yang tidak mampu nak dikongsikan bersama pembaca.. hik3 ^^

Tapi kan,walaupun semua yang dinyatakan adalah -ve,pastinya ada!!! ada +ve nya kerja-kerja sebegini..kita dapat lihat bagaimana pihak pimpinan a.k.a senior mengendalikan program/menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang menguruskan pelajar-pelajar baru ini..

Selain itu,kerja sukarelawan ini sangat membantu kita to be professional in muamalah..what i meant is the interaction between syabab/ikhwah with the akhowat..juga cara yang efektif dalam berinteraksi dan berurusan dengan arab yang pelbagai ragam ni.. ngeh3 :') alhamdulillah,setakat ini semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kekalutan seperti : pelajar lambat sampai+urusan tasjil madah dan bayar rusum+exam markaz lughoh dan kafaah Quran dll..

Yang nak dikatakan -ve nya tu,part sibuk tu je..tapi,3adi la kan sibuk menguruskan pelajar baru..*agak-agaknya,dulu senior2 pon sibuk macam ni waktu nak uruskan kita,kan? hidup kan seperti roda..sekejap dekat atas,sekejap dekat bawah..sekejap dekat kiri..sekejap dekat kanan..semua tu Allah susun cantik-cantik+sweet-sweet je untuk kita..percayalah!Allah kan Maha Mengetahui.. :')

Alhamdulillah,buktinya saya telah lihat di depan mata dan rasai sendiri..dengan kesibukan menguruskan kafaah Quran untuk mahasiswa Yarmouk 12/13 kuliah Syariah,menyusul pula tugasan untuk menguruskan pengangkutan dan hadiah (Unit  Tugas-tugas Khas) untuk program Rehlah Kito-Kito (N9) di Sharhabil bin Hasan Ecopark..

Ya Rabb!! rasa nak nangis,tapi..Allah kata " janganlah kamu berasa lemah dan janganlah pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya ,jika kamu orang beriman" ~ali-imran : 139~
InsyaAllah ,kita cuba dulu mana yang mampu,selebihnya serahkan pada Allah..kalau sibuk nak nangis je,bilanya nak selesai?cuma...lumrahnya,manusia berasa lemah apabila ditimpa ujian kan..maka,kita ambil jalan tengah..kita kena sentiasa memotivasikan diri sendiri+cari sahabiah yang mampu memberi semangat dan menguatkan kita..most important,still Allah is the number ONE right? ^^

Semoga dianugerahkan kekuatan dalaman yang utuh dan kental untuk meneruskan misi-misi yang belum selesai.. insyaAllah.. :')

*sangat banyak nak dikongsi bersama,namun..masa tidak mengizinkan..insyaAllah lain kali saya akan sambung..
juga mengenai ringkasan tarbiyah aulad 1 tu,doakan agar dipermudahkan urusan agar dapat saya menaip dan menyiapkan entri tersebut  insyaAllah ^^

~salam mahabbah dan cinta buat semua,Allahu yu3tik al 3afiah insyaAllah ~






Monday, September 17, 2012

:: Ada Hikmah kan ^_^ ::

Assalamualaikum warahmatullah :')


                                  Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya :')


Setelah lama tidak meng'update' blog yang suam-suam kuku ini,kini I'M BACK!!!!! ^^

apa yang berlaku sepanjang ketiadaan saya disebabkan sedikit tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan di sini..we're in fatrah WELCOMING THE NEW STUDENTS TO YARMOUK AND JUST UNIVERSITY,JORDAN (^_^)

                suka an3??sebab...dah jadi senior..uhuk3 ><

semoga mereka yang terlibat dalam pengurusan pelajar baru ini dipermudahkan urusan dan diganjarkan dengan hadiah yang ter'special' dariNya insyaAllah =)

saya ditugaskan untuk menguruskan imtihan Quran (kafaah) bagi pelajar-pelajar Yarmouk..namun masih terlibat secara tidak langsung dengan pihak2 pengurusan yang lain seperti team iqamah+team pentasjilan+team markaz lughoh dan lain-lain..bak kata orang,ambil pengalaman bekerja bawah orang dan cara menyelesaikan sesuatu masalah..  =)

nak ceritanya pengalaman sewaktu mengisi borang-borang pelajar ( untuk didaftarkan masuk universiti )..
mula-mula ok je,tapi lama-lama dah mula operasi menyelidik..keh3 =D

habislah dikaji lahir tahun bila,tinggal dekat mana,orang negeri mana,dulu sekolah mana ( Ex-DQians ) ke*sambil berangan nak cari calon suami dalam kalangan al-hafiz..tinggi kan cita-cita?? ^^ astaghfirullah.. T_T
almaklum lah,turut disertakan gambar yang dikepilkan bersama borang tersebut..haa!!apa lagi?tengok muka suci je,terus cek umur bawah ke,sebaya ke,lebih tua..ngeh3

tapi..dah tak hairan dengan semua itu sekarang ini..sebab..alhamdulillah,sedikit demi sedikit Allah hilangkan perasaan yang 'tidak perlu' itu buat masa sekarang :') cumanya..Dia datangkan juga sekelumit ujian bersama dengan kesenangan itu..didatangkan seseorang yang boleh diibaratkan dengan 'si pelanduk dua serupa'..

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


ceritanya bermula begini..
balik dari jam'iah semalam,sedang asyik berjalan kaki menapak pulang ke rumah..kelihatan seorang insan (syabab) yang sedang menunggu di seberang jalan..*saat daku berjalan setentang dengannya di seberangnya pula,lantas dia menoleh..T_T erkk..sejibik  samanya muka!!!tak tahu nak zahirkan ekspresi muka yang bagaimana.. o_0 tergamam sebentar ..

*waktu dia toleh tu,saya terus tundukkan pandangan ok..hiii ^^ 

segala bagai mimik muka yang dinyatakan itu telah saya lakukan sambil memandang jalan raya > < (tunduk bawah ) tapi masih terkawal,tidaklah sampai terlanggar tiang mahupun terlanggar cermin kereta dan juga tidak sampai terlanggar dada arab*geli+takut kan? tapi,nak tak nak..ni kisah benar..pengalaman kawan lah,alhamdulillah saya masih selamat setakat ini..doakan T_T

nak nangis sebenarnya,tapi hari tu dah janji tak nak buat lagi..so,tahan dalam hati.. :'( pedih wooooo!!!
kadang-kadang..kita sudah cuba nak lupakan seseorang itu dengan sebaiknya kan?tapi..selalu sahaja gagal..actually,we're not..

“The only real failure is the failure to try. The measure of success is how we cope with disappointment.”-Evelyn.

this is one of the quotes that told us who's the real failure in this life ^^
no worries la you all,insyaAllah He'll help us soon..at least we're trying our best right? *sambil pujuk diri sendiri
semoga terus kuat buat semuanya!!!


just think that everyone that has entered our life is important..their presence or absence may be an inspire to us..and sometimes,when they left us behind,we can learnt something new..the value of friendship..the value of ukhuwwah..the value of sacrifice.. :')

Alhamdulillah,thanks to Allah The Mighty :')

sungguh!benar..kalimah ajaib yang sering dituturkan ini :

 "there's a blessing in disguise"
^_^

"dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"
~ Ar-Rum : 69~





Wednesday, September 5, 2012

:: Hati ::

Bismillah...


Raef -With You



Allahu...
I need Allahu..
                                                                                                 

Rab bighfirly..
Fantal kareemu..
Wa3fu ya Rabbee..
Fantar raheemu..
With you,with you,with you,with you,ya Rahman..
With you,with you,with you,ya Raheem..
Oh hoo..

"Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepadaNya" Ar-Ra'd : 27

"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" Ar-Ra'd : 28

  
                                                     ^_^

May Allah ease our way insyaAllah....



Wednesday, August 29, 2012

:: 'Aidilfitri di perantauan ::


Assalamualaikum..

Kali ini,saya hadir untuk menyapu debu-debu dan sarang labah-labah yang telah lama bertapak di halaman ini..maaf buat sekian kalinya kerana menyepi dari penghujung Ramadhan dan ke pertengahan Syawal.. :')
tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut 'Eidulfitr 1433H..maaf segala salah dan silap sepanjang tempoh kita berukhuwwah ~

Banyak peristiwa dan event2 yang berlaku sepanjang tempoh ketidakwujudan saya dalam dunia blogger ^^..antaranya : majlis pernikahan senior2 *bukan saya :),pemergian sahabat yang menyambung pelajaran ke Indonesia,perpindahan sahabat ke Jami'ah Al-Bayt,Mafraq,sesi ziarah sahabiah di seluruh mantiqah di bumi Urdun..alhamdulillah atas segala nikmat dan keizinanNya


                                                                      (^_^)

Antara senarai senior2 di Irbid yang telah melangsungkan pernikahan beberapa hari yang lepas adalah :

Kak Hamizah Abdul Rahman dan Abg Hashemi Razip

Ex-presiden PERMAI Dr.Hidayat Hasni dan Kak Afiqah Fuzai

Bakal menyusul insyaAllah 1/9 ni :

Kak Siti Fatimah Ismail , Abg Faiq Nabil

dan seorang lagi senior ITQAN yang sama-sama berkursus di PITT MAINS 2011 :

Abg Hafiz dan Kak Shakinah

Barakallahulakum!! May Allah ease all of your way amin..insyaAllah..

Pada 28/8=semalam,dua orang sahabat saya telah melangkahkan kaki meninggalkan kami untuk menyambung pelajaran di Indonesia dalam bidang pharmacist insyaAllah..manakala,yang lagi sorang berangkat ke Mafraq untuk urusan pertukaran jami'ah@universiti..semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya insyaAllah..

Untuk edisi Syawal 1433H ini pula,ingin saya titipkan sedikit foto kenang-kenangan bersama mereka yang turut beraya di perantauan :') 


raya kedua di Dar Alhamdulillah *tuan rumah=KEDAHians

raya ketiga di bayt minangkabau,Mutah..
anak-anak nogoghi 9 (^_^)

kakak2 ku..kak amrah-kak wani(YDPah)-kak paeh-
kak zurin-kak isma-

raya keempat di Karak,Mutah..*rumah seorang 
guru Math yang menumpangkan kami solat jama' :')

InsyaAllah,akan datang saya akan membuat sedikit ruangan untuk perkongsian mengenai buku-buku yang saya sedang baca dan akan baca insyaAllah..doakan agar dipermudahkan..Salah sebuahnya :
                    TARBIYAH AULAD JILID 1 DAN 11 - karangan دكتور عبد الله ناصح علوان -

Moga Allah izinkan saya untuk menghabiskan pembacaan dan diberi kefahaman keseluruhannya insyaAllah ^^ kerana العلم في الصدور ليس في السطور kan??   :')

Dan insyaAllah sem panjang saya akan bermula pada 16/9/2012 untuk pengajian Tahun 2 Sem 1..
hwaiting!!need to be more realistic and smart to plan my studies until nihaie examinations on winter time..

To my beloved friends that'll further your studies this Sept,do your best k!grab this chances to prove that we're the best among the best! (^_^)

"kerana itu Allah timpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu"... ~ ali imran: 153

Untuk kamu,kuatkan hati,bulatkan tekad..terus maju melangkah ke hadapan..kejar impian dan cita-cita..moga Allah permudahkan segalanya di sana.. terus ter :') tanda syukur dan redha ^^











Sunday, August 12, 2012

:: 'Ibrah tatkala berkelana mencari CINTA ::

Mencari-cari di manakah CINTA ??alunan zikrullah,tasbih,tahmid dah takbir dilafazkan ..membasahkan lidah dengan kalimah-kalimah cinta demi mengharap pengampunan dan keredhaanNya.. hanya itu yang mampu dilakukan tatkala ini selain mentadabbur ayat-ayat suciNya =)

"Apa yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" -Al-Hadid:1-

Ku berkelana mencari dan cuba mengenali siapakah diri ini sebenarnya..semoga ziarah ini memberi daku seribu satu rahmat dariNya..perjalanan musafir seorang hamba di bumi Syam ini tidaklah terlalu lama..4tahun cuma..itupun jika diizinkanNya sempat untuk menghabiskan saki-baki dirasah..jika tidak..hanya tinggal kenangan dan mungkin waktu-waktu yang telah dibazirkan dengan sia-sia sahaja..Ya Rabb!!izinkanla daku untuk kembali berada dalam landasan yang Engkau redhai..semoga kesempatan ini dapat ku manfaatkan sebaiknya..

Hati terusik tatkala merenung ke luar tingkap coaster..kini..aku di Bumi Syam..Bumi Barakah..Bumi Rahmah..Bumi di mana terdengar derap tapak kaki kuda milik pejuang islam serta para sahabat Baginda S.A.W suatu ketika dahulu..dan kini..bumi ini masih lagi seperti dahulu mungkin..tandus..kering..berdebu..cuma bezanya mungkin tidak sedahsyat dahulu ketika panji-panji islam dijulang tinggi

Ku mohon agar semangat jihad dan darah merah mereka para syuhada' turut mengalir dalam blood vessel ku..semoga ia sebati dalam diri agar tiap kali aku rasa 'futur', aku mudah bangkit dan kembali berjuang melakukan yang terbaik!!amin insyaAllah..



*kawasan di sekitar Irbid.. ^^

*yang putih2 kat hujung tu biri-biri..

Rasa bersyukur ++ sebab Allah dah pilih diriku untuk menjejakkan kai ke tanah yang gersang namun barakah ini..haza min fadhli robbi..Allahu Allah T_T

Dan..kembara Khamis yang lalu adalah demi menziarahi sahabat2 tercinta di Mafraq,Jordan..mereka sudah hendak pulang ke tanah air,Malaysia pada esok hari=13/8/2012 (Isnin bersamaan 25 Ramadhan 1433H)sejurus selepas selesai imtihan last paper on Thursday,i took a bus to get there as soon as possible because i really miss them!!and also,i brought with me a cake for them..Nura and Atin's birthday celebration (^_^) tangguh punye tangguh,pujuk punya pujuk baru hari ini dapat kembali ke Irbid,Jordan naik bas jam 11.30 tengah hari..*kalau ikutkan nak balik esok,lepas hantar mereka naik dengan faiz pergi airport :'(

Ramadhan masih berbaki lagi 5 hari..Ya Allah!!mohon Engkau beri keizinan agar dapat ku manfaatkan hari2 terakhir ini sebaiknya..amin..

Tuesday, August 7, 2012

:: Dia lebih Mengetahui yang Terbaik ::



"Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir" 

                     ~Ar-Rum : 21 ~

ok..dah masuk entry pasal cinta-cinta pula kali ini..hehe..*mula nak menggatal ooohh tidak2!!
bukan2!!entry ni saya buat khusus untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain..semoga kita terus terpelihara dari fitnah dunia dan tipuan hawa nafsu,ok?insyaAllah..

Wanita..

LEMAHnya hatimu dalam mengurus CINTA..
LEMAH
nya dirimu tatkala disapa CINTA..
MURAH
nya air matamu tika disalut duka CINTA..
MURAH
nya jua jiwamu untuk menyerah pada CINTA..


bukan semua..bukan semua wanita sebegini..jika ada wanita yang sebegini,maka ada jua lah yang sebaliknya..

Wanita itu..

LUARnya kelihatan kuat dan tabah..
Namun ketahuilah bahawa dia sedang berperang dengan perasaannya..

TAWAnya mempamerkan kebahagiaan..
Namun ketahuilah bahawa dia kini sedang menangis melawan perasaannya..

SENYUMANnya yang terukir menandakan dia tenang dan gembira..
Namun ketahuilah bahawa hatinya kini bergejolak dan meronta dalam diam..

Dan...

KEKUATAN untuk dia lakukan semua itu diperoleh dari kekuatan HATI dan JIWAnya dalam menghadapi lumrah dan fitrah yang dikurniakan olehNya buat semua insan iaitu.. CINTA..

*wanita sinonim dengan air mata,
biarkan ia mengalir..kerana dia peroleh
 KEKUATAN melaluinya.. ^_^

Ayuh para akhowat..kita bangkit sama-sama dari keasyikan-keasyikan dunia ini..pelihara hati dan iman dari terpedaya dengan cinta yang melalaikan tambahan pula tidak menjanjikan apa-apa..malah mungkin menambahkan kekecewaan?menjauhkan kita dari rahmatNya mungkin?Na'udzubillahi min zalik..kenapa kita perlu melakukan semua ini..

kerana..

hati kita mudah sakit..hati kita mudah merasa kecewa..hati kita cepat tersentuh..
itulah kenyataannya..Justeru,kita harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan-kemungkinan ini kelak/sedang melaluinya sekarang..detik ini.. (^_^) *yok,berjuang!semua kena kuat k?Allah lihat usaha kan..


Jika dibiarkan nescaya ia akan menjadi semakin parah..stay (+ve) ya!!
Bangkit dari kegagalan dan kekecewaan,ayuh semarakkan semangat kita!!


                                xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sedikit petikan lirik lagu :: Atas Nama Cinta ::

Tersedar aku dari terlena..
Dibuai lembut belaian cinta..
Rela aku pendamkan..
Impian yang tersimpan..
Enggan ku keasyikan..
Gusar keindahannya..
Merampas rasa cinta pada Dia yang lebih sempurna..


Prevention is better than cure,right?so,no matter what it is i'll try hardly to stand by myself..i've my 'strength' around me right now and in any time that i need them..they're all the reason why i need to stay strong and be tough..Ya Rabb!!do bless our friendship and ukhuwwah,i seek for your guidance and help..Alhamdulillah Ya Allah,you've already help me by sending them into my life.. =D

......Now i know how it's like..to have your precious love in my life..
......Now i know how it feels..to finally be at peace inside..
......I wish that everybody knew..how amazing feels to love you..
......I wish that everyone could see..how your love have set me free..
......Set me free..and made me strong..~i love you so : maher zain~

   "ربنا هب لنا من ازواجنا و ذرَيتنا قرة اعين واجعانا للمتقين اماما"
"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan:74)

Dan ingatlah! :

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

:: Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita..kerana hak mutlak hanya terletak padaNya..

:: Percayalah dengan janjiNya,nescaya kita tidak akan kecewa..

:: He knows the best for us!! ^_^ never forget that k..

:: There's blessing in disguise for what had happened..keep smiling and step moving forward eventhough you have to cry,just let it be..coz you need that spirit 'beside' that tears..

Saturday, August 4, 2012

:: Tika itu ::

Again..and again.. ='(


'ZN(bukan nama sebenar) posted on your wall'..

" Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu "






                                                                   T ________ T 
                                             
                                                                           ngee~

Bantuan Dia datang lagi..diutuskan seorang demi seorang untuk beri 'special gift' from Him..All praise to Allah,alhamdulillah..*ingat senang ke nak dapat sahabat-sahabat macam ni??jangan jeles =p!!


Setelah melakukan sedikit muhasabah semalam,rasanya diriku ini semakin mengetahui hikmah disebalik ujian yang ditimpakanNya semalam.. =) alhamdulillah again and again..memetik cebisan kalam dari sebuah karya iluvislam.com :


" Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi. Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi "

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/masalah-itu-bukan-saja-saja-allah-beri/#ixzz22cGlC0


                          ~ MASALAH ITU BUKAN SAJA-SAJA ALLAH BAGI ~

Antaranya Allah nak bagi signal supaya kerap 'berjumpa' denganNya..kerap 'merintih' padaNya..kerap 'mengadu' kepadaNya..dan semua kerap2 yang lain..*bukan KURAP.. err =='
Somebody said :


                                       BETTER LATE THAN NEVER!!!


So..show our appreciation and expression!! 




                                                         =)  ........ (^_^)  .........  (=


Thank you Allah !!


p/s : another two paper left for my final exam for this summer sem..do pray the best for me ya!
        after that,gonna proceed with the new 'project' for Eid.. ^_^
        
        17 Ramadhan 1433H = 5 Ogos 2012 (umat islam di Jordan dan kawasan yang sewaktu dengannya)
        16 Ramadhan 1433H = 5 Ogos 2012 (umat islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya)


JOM3!!SAMA-SAMA BERUSAHA MEMANFAATKAN MASA DENGAN IBADAH SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI  ~