Sunday, August 12, 2012

:: 'Ibrah tatkala berkelana mencari CINTA ::

Mencari-cari di manakah CINTA ??alunan zikrullah,tasbih,tahmid dah takbir dilafazkan ..membasahkan lidah dengan kalimah-kalimah cinta demi mengharap pengampunan dan keredhaanNya.. hanya itu yang mampu dilakukan tatkala ini selain mentadabbur ayat-ayat suciNya =)

"Apa yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" -Al-Hadid:1-

Ku berkelana mencari dan cuba mengenali siapakah diri ini sebenarnya..semoga ziarah ini memberi daku seribu satu rahmat dariNya..perjalanan musafir seorang hamba di bumi Syam ini tidaklah terlalu lama..4tahun cuma..itupun jika diizinkanNya sempat untuk menghabiskan saki-baki dirasah..jika tidak..hanya tinggal kenangan dan mungkin waktu-waktu yang telah dibazirkan dengan sia-sia sahaja..Ya Rabb!!izinkanla daku untuk kembali berada dalam landasan yang Engkau redhai..semoga kesempatan ini dapat ku manfaatkan sebaiknya..

Hati terusik tatkala merenung ke luar tingkap coaster..kini..aku di Bumi Syam..Bumi Barakah..Bumi Rahmah..Bumi di mana terdengar derap tapak kaki kuda milik pejuang islam serta para sahabat Baginda S.A.W suatu ketika dahulu..dan kini..bumi ini masih lagi seperti dahulu mungkin..tandus..kering..berdebu..cuma bezanya mungkin tidak sedahsyat dahulu ketika panji-panji islam dijulang tinggi

Ku mohon agar semangat jihad dan darah merah mereka para syuhada' turut mengalir dalam blood vessel ku..semoga ia sebati dalam diri agar tiap kali aku rasa 'futur', aku mudah bangkit dan kembali berjuang melakukan yang terbaik!!amin insyaAllah..



*kawasan di sekitar Irbid.. ^^

*yang putih2 kat hujung tu biri-biri..

Rasa bersyukur ++ sebab Allah dah pilih diriku untuk menjejakkan kai ke tanah yang gersang namun barakah ini..haza min fadhli robbi..Allahu Allah T_T

Dan..kembara Khamis yang lalu adalah demi menziarahi sahabat2 tercinta di Mafraq,Jordan..mereka sudah hendak pulang ke tanah air,Malaysia pada esok hari=13/8/2012 (Isnin bersamaan 25 Ramadhan 1433H)sejurus selepas selesai imtihan last paper on Thursday,i took a bus to get there as soon as possible because i really miss them!!and also,i brought with me a cake for them..Nura and Atin's birthday celebration (^_^) tangguh punye tangguh,pujuk punya pujuk baru hari ini dapat kembali ke Irbid,Jordan naik bas jam 11.30 tengah hari..*kalau ikutkan nak balik esok,lepas hantar mereka naik dengan faiz pergi airport :'(

Ramadhan masih berbaki lagi 5 hari..Ya Allah!!mohon Engkau beri keizinan agar dapat ku manfaatkan hari2 terakhir ini sebaiknya..amin..

No comments:

Post a Comment