Wednesday, January 9, 2013

:: Nikmat Seputih Salju ::


Bismillah..Subhanallah..Alhamdulillah..LailahaillaAllah..Allahuakbar..




(^_^)



9 Januari 2013....


Nikmat dan pertolonganNya datang bertalu-talu ibarat hujan lebat yang mencurah-curah ke atas bumi~



“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. " (An-Nur: 43)




It's snowing in Irbid,Jordan!!!!!!!!!! ^^




*pokok belakang rumah > <



penantian yang sudah sekian lama dipendam dan ditahan ^^ hehe..*tipu,baru setahun kot.. 

bukan apa,just wanna say that the snow rarely falls on my place,Irbid..last year,we went to 

Ajloun just wanna play the snow..tak sama la main salji dekat tempat sendiri..but,alhamdulillah

today the snow falls dengan lebatnya..rasa ,macam....Subhanallah!!!geram je..^_^

petang tadi keluar tengok-tengok je salji..tak sompek nk bogamba tekau~




MasyaAllah!!!but,right after maghrib,salji turun lagi..rasa dah tak mampu nak tahan perasaan 

waktu tu..speechless T_T.. i just ran into the house and told my housemates@ahlibayt to get

prepared..we're going to play outside!! *plan nak main kat sutuh(rooftop)

punya la semangat bawak mangkuk *besen nak letak nasik sebenarnya..hehe..(besar la saiznya) naik 

tingkat 2,main kat kawasan yang terbuka tu..tengok keadaan kat luar,syabab ramai-ramai keluar

main salji,lepak'ing' tepi jalan..kami dengan girang gembiranya tidak menghiraukan keadaaan 

sekeliling..main kepal ais dan menjalankan misi baling-membaling..anak-anak tuan 

rumah+dak arab join sekaki..



sambil main-main tu,tunggu syabab turun dari tingkat atas (solat isya' jemaah kat masjid),lepas tu

baru kami naik bumbung..woooaaaa!!! penuh dengan salji yang keputihan ditemani cahaya yang 

samar-samar ^^ apa lagi,kami teruskan bermain + bergambar*wajib la kan.. bila azan isya' 

kedengaran dari masjid berhampiran,saya memulakan misi membuat 'snowman'..

alhamdulillah,tercapai cita-cita nak buat snowman sendiri..tidak lama kemudian,ramai sahabat 

yang sudah kecundang dan tewas dalam menghadapi 'kelebatan' salji putih itu..tinggallah daku 

bersama seorang adik arab,'GHEIDAK' namanya..



kami bermain baling snow paling jauh..berbual-bual sebentar perihal salji dan dirinya..

me: di sini salji tidak selalu turun kan?
she :aah,jika ada pun,sikit-sikit sahaja..yang lebat macam ni pun sekitar 3tahun lepas
me:ooo ..orang arab semua suka salji kan?
she : suka! tapi sejuk sangat ! ^^
me:kami kat Malaysia tiada salji,cuma hujan sahaja..
she : walaupun sekali?? *muka tanda meminta kepastian
me: yup,not even once..
she : next week saya ingin menunaikan umrah
me : iya?oergi dengan mak ayah ke?
she : tak,dengan baba je
me : bestnya!! ^_^

.....................................................................................................



selepas perbualan tersebut,diri yang kerdil ini mengambil sedikit masa untuk mentadabbur dan 

menghayati keindahan dan nikmatNya yang awesome ini..tatkala itu,si putih itu kian mencurah-

curah ke atas bumi,lantas sekaligus ku dongakkan kepala dan membiarkan ia mengenai 

mukaku..tertitis juga makhluk yang terdapat di sebalik kelopak mata itu T_T

"tidak akan pernah sama salji yang dicipta manusia dan salji yang dihadiahkan olehNya" bisik hati 

kecilku..Allahu Allah T_T...



*kawasan luar rumah ><






and another thing that Allah anugerahkan buat kami adalah :



Assalamualaikum w.b.t
[TA'JIL IMTIHAN HARI KHAMIS 10/1/2013]
IKLAN KALI KE-2

Dukacita dimaklumkan, peperiksaan yang dijadualkan pada hari KHAMIS 10/1/2013 juga akan ditangguh pada hari SELASA 15/1/2013 disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Harap maklum. 


*copypaste



nah!! ^^ actually,i'm gonna sit for an examination tomorrow but then,this advertisement@iklan

pop up..alhamdulillah,He knows the best for me,for all..*buku tak habis baca lagi..kalau jadi exam 

esok hari,memang tiadalah kisah cerita seperti yang tertera di atas =') actually,there's a reason 

why we can't sit for an examination tomorrow..based on the jordanweather.com,there were

certain places@ mantiqah which were flooded since 2-3 days behind..so,the actions made by

the Department of Students Affairs was based on 'maslahah' umum..




*malam kejadian ^^





sejurus selepas turun dari bumbung tu,my dearest housemates bergegas-gegas beli 

susu+jagung+jerang air gula dll..nak buat apa???? AIR BATU CAMPUR@AIS KACANG..nama ais 

kacang tak sesuai sebab kacangnya tiada..><.. when I got home,everything's ready!! tinggal nak 

'ngap' je..hasil decoration my ahlibayt redha :

*dah macam aiskrim pun ada jugak,kan?




Alhamdulilllah,jika nak hitung nikmat yang Allah bagi untuk hari ni sahaja,sudah tidak terkira..

Allahu Allah T_T..



 "Allah pencipta langit dan bumi. Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, Jadilah! , Maka jadilah sesuatu itu"... (Al-baqarah:117)

maka 
"nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"
(Ar-rahman)



Nak katanya..dekat Irbid ni between 3-4 years once,baru turun salji..dan,rezeki itu Allah kurniakan 

pada tahun ini..alhamdulillah..Allah punya perancangan kan pasti yang terbaik (^_^)~

nak tulis panjang-panjang tapi baru tersedar yang Allah menuntut kita untuk berfikir apakah 

hikmah di sebalik semua yang dikurniakan ini..moga hamba yang hina dan kerdil ini mampu 

menjadikan semua ini sebagai sebuah bukti penghambaan padaMu Ya Allah,amin..



p/s : neglect my english+malay language coz i just wanna practice it~


1.buat-buat faham bahasa yang cuba disampaikan (n9+melayu+omputih)

2.mohon kirimkan doa buat hamba yang bakal exam pada 13 dan 15hb ni insyaAllah..

3.saya doakan agar Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat kita semua insyaAllah

Saturday, December 29, 2012

:: Lamanya....... ::



بسم الله الرحمن الرحيم

ولا تستوى الحسنة ولا السيئة إدفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم .. و إما ينزغنك من الشيطان نزغ فاستعذ با لله إنه هو السميع العليم
-فصلت : 34-35-

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia.Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar" ~fussilat : 34-35~


Alhamdulillah...


InsyaAllah,kali ini saya ingin bawakan sedutan sebuah cerita ataupun sedikit perkongsian pengalaman perihal seorang insan yang saya cemburui di sini =')



Dia....seorang insan yang sederhana akhlak dan perilakunya
Dia....seorang yang 'biasa-biasa' pada luarannya
Dia....seorang yang menghormati dan melayani tetamu sebaiknya
Dia....seorang yang garang dan tegas namun lembut hatinya

dan dialah yang menjadi peneman suka dan duka diri ini

there's something about her that i wanna share with you all..suka saya memetik kata-kata seseorang yang pernah mengatakan bahawa "jika kita ingin mengenali seseorang itu dengan sebenarnya,tinggallah bersamanya di dalam sebuah rumah/mabit/bermalam"

maksudnya kita berada bersama dengan si dia di rumah/tempat tinggal untuk mengetahui sikap,akhlak,amalan dan segalanya mengenai dirinya..kini,baru saya sedari hakikat dan kebenaran kata-kata itu.. ^_^

selama saya berkenalan dengan dia,banyak yang saya dapat pelajari dari dirinya *tanpa dia sedari ^^
seawal usia perkenalan kami,apa yang saya lihat dia seorang yang panas baran dan kurang peramah @ kurang mesra dengan masyarakat sekeliling..tambahan pula mereka yang baru dikenali..mm..

sungguh! tidak saya sangka hubungan kami akan menjadi sebegini erat.. ^^ * blushing sebentar
bukan apa,pada awalnya saya sudah (-ve) bahawa kami tidak akan pernah serasi sebab dua-dua PANAS BARAN...err :/

dan saya sering mabit/bermalam di rumahnya sebab jarak antara rumah saya dan rumah dia bolehlah nak dikatakan 'eleh,dokek bona,duo tigo jongka sampaila'...hehehe...ukhuwwah ini semenjak kami tinggal di sakan/asrama lagi...bilik menghadap antara satu sama lain..di situlah bermulanya kisah kami berdua..

dan kini,walaupun kami tinggal berasingan alhamdulillah kami kerap berziarah *ala-ala merapatkan ukhuwwah gitu ...  HAA!!! benda 'something' yang saya kira menarik untuk dikongsi tentang beliau ini adalah.....

Ujian yang mengiringi kehidupannya dan Ibadah yang dia lakukan...






Dia ni seorang yang sangat rajin,pengemas dan pembersih...nak katanya,kalau study tu memang tahap maksimum la..kalau dia tak faham,dia akan tanya orang sampai dia faham tentang perkara tu..bilik dia tak payah cakaplah..memang pantang la nak semak/sepah-sepah ni.. ><


But,Allah sering uji dia dengan kegagalan dalam pelajaran..not so 'gagal' lah,tapi low marks la..kadang-kadang,saya terfikir kenapa Allah bagi ujian ni kat dia sampailah satu hari dia macam nak give-up..sebab,sebelum2 ni dia cuba (+ve) dengan apa yang Allah bagi..manusia...lumrahnya,kita tak mampu nak tanggung kesusahan tu bersendirian..


dia cerita la dekat saya kenapa Allah bagi dia ujian sampai macam ni...bila terasa ayat dia seakan-akan menyerah,saya cuba susun kata-kata berunsur semangat dan nasihat *ayat tu semua saya perli diri sendiri sebenarnya,tapi disampaikan pada dia dalam bentuk (bajet saya budak mumtaz yang tak pernah gagal).. ^^


bukanlah macam tu,tapi sekadar sampaikan kalam yang boleh masuk dalam hati dia insyaAllah..apa yang saya jelesnya dengan dia ni adalah hubungan dia dengan Sang Pencipta... ='(
Masya Allah, daebak!!! tiap kali saya pulang dari bermalam di rumahnya,saya muhasabah diri...alangkah indahnya dan bestnya hidup dia!!!


Allah bagi ujian bertimpa-timpa,tapi diiringi dengan kekuatan untuk bermujahadah menunaikan 'duty as a muslim'..ujian-ujian tersebut tidak sesekali mematahkan semangatnya dan melemahkan imannya untuk terus beribadah dan terus bermohon yang terbaik dariNya...malamnya terisi dengan qiamullail...masa lapangnya dengan bacaan quran...subhanallah (^_^)


alhamdulillah..saya memang berpegang pada satu prinsip ni " nobody's perfect except Muhammad صلى الله عليه وسلم"

siapalah kita hendak menilai seseorang sedangkan kita sendiri banyak kekurangan ,kan??so,saya sendiri secara peribadi memandang seseorang dari semua sudut..kita ambil yang baik darinya,dan kekurangan yang terdapat pada dirinya kita elakkan...yang bestnya,kalau kita dapat sama-sama menasihati dan cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.kan2??insyaAllah,kalau ukhuwwah itu berteraskan keikhlasan dan kejujuran,Allah akan bantu kita untuk menuju redhaNya (sama-sama berpimpin tangan demi mengejar syurgaNya insyaAllah)




Healing -Sami Yusuf

It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing


There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order
There is a hidden force
Pulling us closer


It's pulling you and I
It's pulling us up high


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed



قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً


LET US HEALS EACH OTHER!!! ^^

p/s : road to final exam this January insyaAllah..gonna be start on 6hb till 13hb insyaAllah,keep on praying the best for me here,k??jazakumullah khairan kathir~

kamus rujukan :

1.mabit=bermalam
2.dokek bona=dekat sangat
3.duo tigo jongka=dua tiga jengkal (hiperbola untuk jarak yang dekat) ^^

Wednesday, December 5, 2012

:: THANKS ::



Debu-debu yang kian menebal ini harus dibersihkan!!!!

=(

Alhamdulillah...masih diberi nafas dan kesempatan untuk mencoret di dinding blog ini =')





قال ابو الطيب :

من يهن يسهل الهوان عليه, ما لجرح بميت إيلام



Berkata Abu Thayyib :


" Barangsiapa yang terbiasa dengan meletakkan dirinya di tempat yang rendah/di bawah,maka dia akan terbiasa (lali) dengan penghinaan ke atas dirinya.begitu juga dengan mayat,dia tidak lagi dapat merasakan kesakitan tatkala dilukai "


so truee ^^

Sebahagian daripada kita mungkin tergolong dalam golongan mereka yang merendah-rendahkan orang lain yang mungkin kurang dari sudut kecantikan,kecerdikan,kewangan,dan lain-lain..


Sehingga kita tidak menyedari hakikat 'nobody's perfect' in this world .. kecuali Baginda Muhammad صلى الله عليه وسلم..

Dan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis syair bukanlah meletakkan diri kita di bawah sehingga maruah diinjak sewenang-wenangnya..Bait syair ini lebih merujuk kepada makna yang positif iaitu berusaha meletakkan diri kita di bawah dalam erti kata lain merendah diri dan tidak bongkak/takabur..Selain itu,turut berkongsi maksud demi mengelakkan diri kita daripada 'panas baran' ataupun 'menggila' jika dihina,dimaki atau dicemuh..


Dan bagi saya,maksud tersirat di sebalik bait ini adalah :

1.Never say never for something new/something that we afraid of

2.Keep on moving forward even there's obstacle along our journey


And....always keep and hold this quote inside ourself :


THANKS to those who hated me,you made me stronger

THANKS to those who loved me,you made my heart go fonder

THANKS to those who cared,you made me feel important

THANKS to those who entered into my life,you made who i am today

THANKS to those who left,you showed me that nothing lasts forever

THANKS to those who stayed,you showed me true friendship

THANKS to those who listened,you made me like i was worth it


p/s: thanks to all.. ^^ leha,keep on hwaiting!! do pray for my upcoming final exam this JAN insyaAllah =')



Wednesday, November 21, 2012

:: HATI ( DUNIA vs AKHIRAT ) ::

Assalamualaikum warahmatullah...Alhamdulillah,Allah masih memberi keizinan untuk menukilkan secebis kalam yang moga-moga dipandang olehNya walaupun hanya sekadar sebesar zarah manfaatnya buat semua..



Hati ini sering merasai kegelisahan dan keresahan..rasa kekurangan..entah mengapa..entah di mana silapnya..


Hati ini meronta-ronta mencari penyebab utama akan fenomena hati yang sedang melanda ini..

T_T


Hati ini sayu dan semakin sayu..sedih mengenangkan dosa-dosa silam..sedih memikirkan apakah yang telah dilakukan untukNya..


ke mana hilangnya 'zuuq' itu??

ke mana perginya 'hati' yang dulu??


Allahu Allah!! T_T..i've neglect and left HIM behind!! Astaghfirullah...


sedikit perkongsian melalui pengisian rohani sebentar tadi bersama ustaz mohamad ridhauddin (ustaz yang mengajar sahabat2 di INTEC)..


me : assalamualaikum ustaz..bagaimana kita hendak mengubat rasa hati yang tidak tenang serta gelisah memikirkan ibadah + hubungan dgn Allah yang kian gersang dan tandus? sedikit mengganggu kehidupan seharian


ustaz : kita ibaratkan seorang doktor dan pesakitnya..


doktor : awak sakit apa?
pesakit : mm..entahla..tak tahu sakit apa..saja-saja nak datang..rasa macam sakit..
doktor : erk ==' *macam mana nak bagi ubat kalau tak tahu sakit apa?mm..


macam tu juga kita..alhamdulillah,solehah dah tahu di mana sakitnya,cuma memerlukan ubat untuk mengubatinya..


hati ini ada satu dan kecil saiznya..ustaz nak cerita sebuah kisah masa ustaz di sekolah tahfiz..ustaz ana ada bertanya " jika diberi pilihan,quran dan persatuan/something else yang manakah akan kamu pilih? jika kamu pilih persatuan,quran akan tinggalkan kamu"..


sebab Al-Quran ini jealous apabila kita melebihkan orang/perkara lain melebihinya..same goes to Allah..bila hati kita mula dipenuhi dengan dunia,maka terhapuslah sedikit demi sedikit bahagian untuk akhirat dan berkemungkinan tiada langsung kedudukannya dalam hati kamu..na'udzubillah


dan mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan menyebabkan Allah tidak redha dengan kita..cepat-cepatlah mohon ampun dan kajilah di mana silapnya..


T_T  again and again...


semakin kerdil rasa diri ini apabila Allah memberi jawapan mubasyarah..astaghfirullah,ighfir zunubi ya Allah ~





study..study..study..

makan..makan..makan..

ketawa..ketawa..ketawa..

semuanya..tanpa disedari telah mengganggu gugat hubunganku dengan Allah..again and again,i left HIM behind..


please guide me all YOUR ways,Ya Rabb!!

Monday, November 12, 2012

:: MASA+API+GRAND DINNER+LIQO' ::



Assalamualaikum..maaf entri sebelum ni hanya mampu menitipkan sebuah lagu sahaja atas reason kesuntukan masa??? mm..berkait dengan kesuntukan masa ni,ingin saya kongsikan sedikit peringatan dari seorang sahabat a.k.a housemate, athirah fa'aizal yang berbunyi :


masa tu cukup je.
semua orang dapat 24 jam.
cume,ke mana? dan bagaimana? masa itu dihabiskan.


'' orang yang takde masa, orang yang tiada prioriti dalam hidup ''
-dr muhaya-

selamat meletakkan prioriti dalam masa kita semua sebaiknya.
 

(103 ; 2) sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.



thanks sahabat! T_T..bila rasa nak buat something,membuatkan saya berfikir adakah ianya penting?atau ada yang lebih penting?mungkin susunan ini yang dimaksudkan...



Bila kita menerima tugasan yang banyak secara serentak, kita susun tugasan itu mengikut keutamaan seperti  1 hingga 4 di bawah. 

Keutamaan Satu:  SEGERA DAN PENTING.
 
Keutamaan Dua:  SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING.

Keutamaan Tiga.  TIDAK SEGERA TAPI PENTING.

Keutamaan Empat.  TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.


walaupun update blog juga penting,namun ada yang lebih penting..maka,tergendala lah sebentar ruangan ini 


=')


dan minggu ini juga minggu bermulanya imtihan thani buat kami di sini..maka,terkejar-kejar sedikit dalam menguruskan masa..dengan nak kejar kelasnya,kelas tambahan lagi,kelas talaqqi lagi,mesyuarat dan lain-lain..tapi,kata orang..orang mukmin itu dilihat pada kehebatannya dalam menguruskan masa,kan?insyaAllah kheir :)


last week juga ada beberapa event.. Program API ( Akses Pemikiran Islam ) + Grand Dinner Batch 1115 + liqo' PINTAR..sedikit bingkisan kenangan  =)


 *poster program API (^_^)

* akhowat batch 1115 =')



 * syabab batch 1115 =')


*cebisan mutiara hati buat ahli usrah PINTAR ^^


inilah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian dari saya untuk program minggu lepas..insyaAllah,minggu ini akan menghadiri satu program bernama LANCER..nak tahu mengenainya??nantikan entri seterusnya insyaAllah.. ^_^


dan ku kirimkan sebuah lagu buat sahabat tersayang yang jauh di bumi tanah tumpah darah,Malaysia..




Aku hanyalah manusia
Insan biasa yang serba kekurangan
Aku manusia tiada sempurna
Kau sahabatku setialah
Walau kadang tak sejalan
Kau sahabatku setialah
Walau kadang berbeda dijiwa
Aku tak sempurna seperti nabiyalloh nabi Muhammad

Aku tak setaqwa nabiyalloh Ibrahim
Aku tidak semulia nabiyalloh Ismail
Aku tidak setampan seperti nabiyalloh nabi Yusuf
Ku tak setabah nabiyalloh nabi Ayub
Aku tidak segagah nabiyalloh nabi Musa
Setialah...







Thursday, November 8, 2012

:: بالصلاة ::


Assalamualaikum warahmatullah :)

nak share satu lagu arab+english yang sangat menarik dan indah liriknya =')


nyanyian Humood Alkhudher - Keep Me True -

KEEP ME TRUE (LYRICS)

بالصلاة
تطيب لي الحياة
وأرضي بها الإله
يحلو الوصال
راحتي
إن ضاقت كربتي
توجهت لقبلتي
قم يا بـلال
فالأذان
يُشعرني الأمـان
والصـلاة
تعيـد لي الحيـاة

I see Your light
five times everyday
melting my fears away
Oh when I pray
I hear the call
it led me to Your door
I want my heart to soar
to You my Lord
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

للإلـه
سعيت إلى الصلاة
منـاجاةً نجـاة
فـله المـآل
عزّتي
بركوعي وسجدتي
بها حريتي
لك ذا الجـلال
فالأذان
يشعرني الأمـان
والصـلاة
تعـيد لي الحيـاة

When I'm sad
and wipe away a tear
I know You're always near
my pain You hear
Oh I was lost
and no one was with me
I was blind but now I see
by Your mercy
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

تعيــد لي الحيــاة

nice,isn't it?? =)
hope you enjoy to hear it insyaAllah...

Friday, November 2, 2012

:: =') ::

minggu yang dilalui terhias ceria .....


poster untuk sambutan Aidiladha anjuran PERMAI 2012..alhamdulillah..selesai sudah semalam..
akhirnya dapat merasa daging UNTA..sedap!!

dan semalam juga saya dapat ilmu baru..meh,saya kongsikan serba sedikit..


Memakan Daging Unta: Telah tetap dari Rasulullah SAW dari hadits Jabir bin Samuroh bahwasanya Beliau ditanya:

(يا رسول الله، أنتوضأ من لحوم الإبل؟ قال: “نعم” وقيل له: أنتوضأ من لحوم الغنم؟ قال: “إن شئت” (أخرجه مسلم كتاب الحيض باب الوضوء من لحم الإبل، برقم (360

“Ya Rasulullah, apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging unta? Beliau menjawab “Iya”. Dan ada yang bertanya kepadanya: Apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging kambing? Beliau menjawab: “jika kamu mau”. [HR: Muslim] Rasulullah memberi pilihan kepada orang yang bertanya mengenai wudhu setelah memakan daging kambing, akan tetapi tidak member pilihan mengenai wudhu setelah memakan daging unta, bahkan Beliau mewajibkannya. Juga terdapat hadits dari Al Bara’ bin Azib, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

(توضؤوا من لحوم الإبل, ولا توضؤوا من لحوم الغنم (أخرجه ابن ماجه في كتاب الطهارة وسننها، باب ما جاء في الوضوء من لحوم الإبل، برقم (497

“Berwudhulah dari (memakan) daging unta, dan tidak (wajib) berwudhu dari (memakan) daging kambing”. [HR: Ibnu Majah] *copypaste

banyak perbahasan ulama dalam permasalahan ini..samada wudhu yang dimaksudkan adalah wudhu keseluruhannya ataupun sekadar basuh mulut dan berkumur-kumur sahaja..saya tidak berniat untuk berbicara panjang lebar kerana kekurangan ilmu untuk berbahas mengenainya..maaf..*yang penting semalam saya makan daging ini sebelum solat,maka memang saya ambil wudhu' terlebih dahulu ^^


mm..sebelum itu,saya nak berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada raya keempat bersamaan  13 Zulhijjah 1433 H ( Isnin )..saya+3sahabat yang lain+2adik junior (all ex-SMAPians) berkunjung ke teratak kak Fatin Hamidah Mustafa (medic 3rd year)..senior SMAP juga.. =')


dan kebetulan pada hari tersebut adalah tanggal ulangtahun kelahiran sahabat terchenta... Nor Azizah Bt Md Abas (dentistry 2nd year)..alang-alang tu,sambutlah birthday sekali..saya beli kek kat MANGO..kecik je (kedekut)..ngeh3..

kecik-kecik pon sedap,tu yang penting! ^_^


kak tinmid masakkan kami nasi minyak dan ayam masak merah..turut serta kek coklat yang enak dan air yang manis..kenyang..alhamdulillah..apa yang saya nak cerita adalah..


seang asyik berbual bicara,tiba-tiba diajukan soalan oleh jieja dan fa..


jieja : leha busy ei?

saya : eh,takdelah..biase je..

fa :aah la leha..macam ade prob je

saya : erk =='

jieja : takdelah,jieja tengok leha cam tak fokus je..orang tengah cakap kat sini,tapi otak leha cam melencong kat tempat lain..fikir benda lain..

saya : erk==' kali kedua.. ^_^ *muke tersengih cam kerang busuk sambil fikir apa nak jawab..aa...aa..oo yeah?mm..ok je..mungkin sebab fikir sahabat sePINTAR kot..nak pergi potong daging kat PUSKOM petang ni..nampaknya leha kena belajar sorok ekspresi muke lagi ni..ingatkan dah berjaya tadi,tak rupenya.iiishhh..

fa : busy nye lehaaa...yela,naqibah kan..dengan jawatan macam-macam lagi..

saya : erk ==' kali ketiga..ni baru jadi naqibah fa..kalau saya pegang jawatan lain,agaknya habisla saya..tak macam korang,hebatt!!

fa dan jieja : alaaa lehaa...ye ye je..


waktu tu,serius! nak nangis sebab benda yang remeh tu pon tak mampu nak simpan dan semat dalam hati..masih tak mampu nak ikhlaskan hati dengan apa yang Allah bagi..actually,ingat nak mengadu kat Dia je,tak sangka ada yang perasan akan perubahan diriku.. =(


sesungguhnya aku masih buntu..keliru..apa yang harus aku perbuat agar diri ini tidak menjadi beban buat mereka yang berada di sekeliling..ighfirli ya Rabb..


dan semalam..saya terbaca sebuah artikel yang dikongsikan oleh seorang sahabat USIM..berbunyi :

Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”*copypaste


:'(     :'(      :'(



Saya terus menangis. Seorang naqibah? Ya, saya seorang naqibah. Apakah seorang naqibah seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan..ighfir zunubi ya Rabb..


semakin longlai...langkah semakin suram...di mana dan bagaimana harus ku mulakan derap langkah kaki ini??
solehah..find yourself!! seek for His help and guidance,insyaAllah kheir ^^


do pray for me...and thanks to Allah coz give me this really 'something' in my life..may this one lead me to your 'ridho' and paradise insyaAllah..


azizah (jieja) dan fakhirah (fa).... ^_^
ni time winter last year..


semalam ada seorang kakanda yang mengirimkan hadiah yang berbentuk :





:')       :')        :')


thanks kak!!! hati terkedu seketika..*semakin sayu dan sedih


semakin jelaslah bahawa diri ini masih tidak berubah... :'(


emosiku masih seperti dahulu..kemarahanku tidak mampu dibendung dan disisip kemas....


aku tewas...aku kalah...aku malu...


janjiku untuk berubah semakin dilupakan mungkin...mm..


mohon berdas-das tembakan doa dari kalian agar saya terus kuat di sini..meniti liku-liku hidup yang mendatang dengan tenang dan sabar insyaAllah..


kosa kata :

PINTAR = kumpulan usrah (intelectual circle=bulatan ilmiah/gembira) under PERMAI
PERMAI = badan penggerak PERsatuan MAhasiswa Irbid,Jordan..
MANGO = kedai kek tersedap di Irbid (mungkin di Jordan) hehe..