Sunday, August 4, 2013

:: 27 Ramadhan 1434H ::

Dia kian pergi.. menjauh, entah kan sempat aku berjumpanya lagi selepas ini...
masa kian suntuk sepertinya tidak sanggup untuk melepaskan dikau pergi... andai ini
peluang terakhir ku bertemu denganmu, moga Allah menjadikan pertemuan kali ini
yang terbaik dari yang sebelumnya insyaAllah..

Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui, Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pengampun

Tatkala seluruh umat manusia berkejar-kejar mengejar si 'Laila' pada malam
27 Ramadhan, si dia, hamba yang hina itu turut menagih pengampunan dari
Tuhannya. Terdetik di hatinya apakah mampu dia menandingi 'abidullah yang lain?

T__T

Selangkah demi selangkah dia melangkah... dengan penuh hati-hati agar tidak jatuh
ke lubang yang sama buat kesekian kalinya.. kerana orang mukmin itu tidak akan
mengulangi kesilapannya buat kali kedua.. kata-kata itu sungguh pedih dan terkesan
di hatinya!! menampar-nampar dadanya sebagaimana orang syiah yang bertindak
memukul diri dan menyeksa tubuh badan mereka dalam sebahagian perayaan mereka.

Tidak adakah jalan keluar dari Tuhanmu, Tuhan aku, Tuhan kamu bagi mereka yang 
mengulangi kesilapan yang sama? Allah tidak zalim terhadap hamba-hambaNya,
percayalah! Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman :

" Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Jika dia 
menghampiriKu sehasta, Aku akan menghampirinya sedepa. Jika dia datang berjalan 
kepadaKu, Aku akan berlari kepadanya (segera menyahutsegala permintaannya) "

Rasulullah 'alaihissalam pernah bersabda :

Seseorang hamba melakukan dosa dan dia berkata " Wahai Tuhanku,aku telah berbuat dosa
maka ampunilah aku! " Tuhannya berfiman :" HambaKu tahu dia mempunyai Tuhan yang akan
mengampunkan dosanya " Hamba tersebut mengulangi dosanya dan Allah mengampunkannya
sehinggalah hamba itu mengulangi dosanya buat kali ketiga, Allah berfirman :" HambaKu tahu 
dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosanya, buatlah apa yang dia suka maka Aku akan 
ampunkan " - Riwayat Bukhari dan Muslim -

='(
Baiknya Allah!!!
Maluuu......

Sedangkan kita.. jika manusia seringkali mengulangi kesilapan yang sama
(walaupun sudah meminta maaf ), kita pasti akan melenting a.k.a tidak mampu
menahan sabar.. tapi Allah.....


اغفر ذنوبي يا الله.. اللهم لاتدع لنا ذنبا إلا غفرته, ولا هما إلا فرجته, ولا دينا إلا قضيته, ولا حاجة من حوائج الدنيا والآخرة إلا قضيتها..

Jangan pernah berputus asa untuk berubah!! Selagi matahari tidak terbit dari arah
Barat, kita masih punya masa insyaAllah... bertaubatlah! bertaubatlah!
bertaubatlah! tanpa jemu.. Taubat tidak merugikan apa-apa malah menguntungkan
=') Anything happened/ feeling down because of others ( المخلوقات أو الظروف ),
stay calm and cool.. you have Him beside ^_^ tell Him everything and slowliness
the 'peaceful' feeling will comes into your heart..

Have your faith in Him!! Keep smiling and be strong!! Hwaiting!! Go leha go!! :')
Jangan lupa mohon selitkan saya dalam doa-doa kalian,jzkk~


No comments:

Post a Comment