Tuesday, November 26, 2013

Friday, November 22, 2013

:: Keraskan hatimu ::

Apakah??

=') Keraskan hatimu :

-untuk mengatakan tidak pada perkara yang syubuhat
-untuk mengatakan tidak pada perkara yang kita rasa 'tidak enak iman'
-untuk mengatakan tidak pada perkara yang melalaikan


-dengan niat untuk mencari Redha Ilahi
-dengan niat ingin menjaga iman,hati,maruah dan agama
-dengan harapan Allah mudahkan niat suci kamu itu


bukan semua insan mampu untuk mengeraskan hati demiNya...
bukan semua orang mampu mengatakan 'tidak'...
dan saya juga masih tergolong dalam golongan mereka yang belum
mampu itu...

T__T

kiriman seorang sahabat pada minggu yang lalu benar-benar menyebabkan
saya terfikir dan merenung kembali diri yang sering alpa dengan nikmat dunia
ini..juga untaian kata seorang ukht yang mengingatkan tentang kematian ='(


"Dikhuatiri sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman."

"Mati itu pasti,jodoh tengok rezeki..tapi yang sibuk dikejar2+dibincang2 sekarang adalah jodoh."


dan...

setiap kali melangkah masuk ke kelas Ahkam Tolabul 'Ilm , diri ini sering 
dinasihatkan mengenai kepentingan menuntut 'ilmu..penceritaan tentang
ketokohan ulama' kibar pada suatu masa dahulu benar2 membuatkan saya
berasa amat dan teramat kerdil , hina lagi menghinakan ='(

Allahu Allah...

Hanya Engkau yang Mengetahui betapa sakitnya hati ini tatkala mengoreksi
diri dari segala kelalaian , kejahilan , kealpaan , kemaksiatan yang pernah
dilakukan...

Namun...

Allah tidak pernah biar kita sendiri..
Allah tidak pernah membuang kita..
Allah tidak pernah membenarkan sesuatu terjadi di luar kemampuan kita..

isk..isk..isk.. *masih tidak sedarkah duhai hati ? akan hakikat ini? 

* seperti memerlukan penampar di pipi laju2 sebanyak 3 kali *

Bahkan...

Kita yang abaikan Allah..
Kita yang leka..lalai..
Hati gersang.. Ibadah kurang..
Iman terkontang-kanting..

masih sempatkah untuk berubah? ='(

KITA YANG TENTUKAN!!
SEMOGA SUKSES UNTUK MELALUI UJIAN DUNIA INI!!

=')





Monday, November 11, 2013

:: Homesick kah? ::


apabila hati rasa tidak enak....mula mengidam
macam-macam =D


Dari hari ke hari....jari ini ingin menaip dan mencoret....usai menulis,dipadam
semula....sampai bilakah harus begini? T__T

Andai hati ini bisa berkata-kata, tidak perlu lagi tangan dan jemari ini melakar
sesuatu pada dinding ruangan ini....biar tidak banyak kuantiti pengunjung di sini,
moga cebisan yang terkandung di dalam ruangan ini dimanfaatkan oleh mereka
yang diizinkan Allah untuk berkunjung dan meluangkan sejenak masa bersama~

Alhamdulillah, keputusan CT Scan yang dilalui oleh emak (-ve). Emak tidak
menghidap kanser hati cuma mengalami kesukaran pada salah satu salur
darahnya lantas mengakibatkan sedikit gangguan pada hati..mohon doa dari
semua agar semuanya baik-baik sahaja =')

Semenjak dua menjak ni, hati dan minda asyik terfikirkan mak dan ayah serta
adik-beradik di kampung.. petanda apakah? 55% keputusan memihak kepada
'pulang ke Malaysia 2014' manakala baki peratusnya masih difikirkan lagi...
kalau nak balik,kena plan dan mula berniaga start sekarang...

Perasaan nak balik membuak-buak pulak 2-3 hari ni ='(
Rasa nak kol mak hari-hari...
Rasa nak share cerita dgn adik sepanjang hari...
Rasa nak lari keluar Jordan..ngee~

Mak..ayah..whatever it is, redha kalian yang kakak harap =)
Kakak harap mak ayah doakan kakak kuat untuk menempuh beberapa tahun
yang masih tersisa di sini... Bukan senang nak jadi kuat tapi tidak mustahil..

..................fullstop............... mak ayah tak kan baca, moga zuuq nye sampai
di hati mereka hendaknya insyaAllah ~~~~~~

Beberapa hari lepas, saya menghantar kiriman ucapan berbentuk kata-kata
semangat buat seorang adik..Rasanya hari ni,kata-kata tu sesuai untuk digunakan
oleh diri sendiri T__T



Kekuatan itu bukan boleh diperoleh dengan hanya melihat rerumput menghijau di sebuah kawasan...


Bukan juga dengan hanya berkata "qowiy ! kuat ! hwaiting !" 

Batu asasnya adalah doa =')
Simennya pula adalah 'amal =')
Catnya pula adalah ikhlas+tawakal =')

Insan hanya mampu menjadi wasilah dariNya dan buatNya..
May Allah ease and bless..Redha Dia kita buru bersama insyaAllah ^^




Alhamdulillah..macam-macam yang Allah hadiahkan dalam satu masa =)
Bukan selalu dapat suprises macam ni...moga saya mampu mendepa tangan
seluasnya untuk terima hadiah-hadiah ni *hewhew*

Moga Allah permudah, Moga Allah redha, Moga Allah berkati
~ meneruskan langkah demi kembara ilmu ini~

Semoga beroleh jawapan yang dicari dan yang terbaik dariNya !


Friday, October 25, 2013

:: Super 10 ::



Salam Jumu'ah Barokah
Allahumma Solli 'Ala Muhammad
May Allah Ease and Bless
The Winter Season is coming!!
Putaran jam bagi seluruh negara yang mengalami 4 musim sudah berlaku~
Tapi tidak pada Jordan.Currently stay 5jam beza dengan Malaysia

Just wanna share something today bersempena dengan Hari Jumaat :

Dipetik dan disalin semula serta ditampal di ruangan blog ini..
From LangitIlahi.Com , coretan dari BroHamzah :


1.Berusaha untuk tahajjud
2.Melazimi bacaan Al-Quran dan zikir al-mathur sebelum terbit matahari
3.Memelihara kesempurnaan solat
4.Jaga solat dhuha
5.Sentiasa bersedekah setiap hari
6.Berusaha memelihara wudhu' terus-menerus
7.Amalkan istighfar setiap masa
8.Perbaharui azam dan tekad
9.Sentiasa berwajah ceria,manis dan berfikiran (+ve)
10.Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah

*struggling to implement this as soon as possible until the end of 
my life biiznillah
*moga Allah pelihara kita dari fitnah,dosa,zina dan kemungkaran
*moga Allah redhai kita,berkati hidup kita
*moga Allah jagakan kamu semua =)



Friday, October 18, 2013

:: لا بأس طهور إن شاءالله ::

Doa ketika menziarahi orang sakit
=')

Doakan kami cepat sembuh na
=')

*semangat sangat nak gi Mu'tah,balik2 catch a cold+coughing*
sobs T__T

Kami start exam awai ahad ni sampai 30/10 
then sambung balik exam kedua 10/11

~insyaAllah najah~
~moga Allah redha~

Sunday, October 13, 2013

:: Time To Reflect On Myself ::

9 Zulhijjah 1434 Hijrah.
Isnin.

Mu'tah,here I come insyaAllah!
moga Allah hadiahkan 'something' yang dicari itu.

=')
keep 'that' inside, expose this --> =') outside

اللّهم إني أحبك وإن كنت أعصيك
اللّهم لست بريئا فأعتذر
ولا قويّا فانتصر ولكن
لا حول ولا قوة ألا بك

Ya Allah,sesungguhnya aku mencintaiMu walaupun aku berbuat maksiat kepadaMu
Ya Allah aku bukanlah seorang yang berlepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunan
Dan aku bukanlah seorang yang kuat (dalam beribadah) maka aku memohon pertolongan
Dan tiada bantuan dan pertolongan kecuali denganMu



Semoga Allah permudahkan urusan jemaah haji di sana~
Selamat berusaha memeriahkan malam 10 Zulhijjah~
Selamat menyambut 'EidulAdha~
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah~

*next week mubasyarah ba3dal 'eid, 3indana imtihan al-awwal..do pray 4us! 


Tuesday, October 1, 2013

:: The process of Learning ::

Alhamdulillah...

Post ini sekadar ingin memenuhi ruangan 'Men are from Mars,Women are from Venus'

Setelah bekerja bersama dengan rakan2 sejawat, Encik Ketua (in any organisation),
i found that almost 90% the fact (hasil survey yang telah dilakukan John Grey) is TRUE!
Indeed! Tersengih-sengih je tiap kali ada perangai 'mereka' yang kena dengan fakta
yang saya baca.. =D

Bukan mudah tapi tidak mustahil..kita bekerja dengan manusia bukan dengan robot..
Maka,banyak perkara yang perlu dititikberatkan..Hubungan sekerja yang memerlukan
kerjasama dan sikap memahami antara satu sama lain. (penting kot!)

Banyak yang saya belajar sepanjang bekerja bersama seorang En.Ketua ni..
Mmmmm....

1.Control your anger
2.Jangan ambil langkah tergesa-gesa
3.Prepare for the worst
4.Jangan mudah bersangka buruk dengan orang lain

dan banyak lagi (saya dah ngantuk,nak tidur) maaf...

~salam perantauan dari bumi Jordan~