Wednesday, August 29, 2012

:: 'Aidilfitri di perantauan ::


Assalamualaikum..

Kali ini,saya hadir untuk menyapu debu-debu dan sarang labah-labah yang telah lama bertapak di halaman ini..maaf buat sekian kalinya kerana menyepi dari penghujung Ramadhan dan ke pertengahan Syawal.. :')
tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut 'Eidulfitr 1433H..maaf segala salah dan silap sepanjang tempoh kita berukhuwwah ~

Banyak peristiwa dan event2 yang berlaku sepanjang tempoh ketidakwujudan saya dalam dunia blogger ^^..antaranya : majlis pernikahan senior2 *bukan saya :),pemergian sahabat yang menyambung pelajaran ke Indonesia,perpindahan sahabat ke Jami'ah Al-Bayt,Mafraq,sesi ziarah sahabiah di seluruh mantiqah di bumi Urdun..alhamdulillah atas segala nikmat dan keizinanNya


                                                                      (^_^)

Antara senarai senior2 di Irbid yang telah melangsungkan pernikahan beberapa hari yang lepas adalah :

Kak Hamizah Abdul Rahman dan Abg Hashemi Razip

Ex-presiden PERMAI Dr.Hidayat Hasni dan Kak Afiqah Fuzai

Bakal menyusul insyaAllah 1/9 ni :

Kak Siti Fatimah Ismail , Abg Faiq Nabil

dan seorang lagi senior ITQAN yang sama-sama berkursus di PITT MAINS 2011 :

Abg Hafiz dan Kak Shakinah

Barakallahulakum!! May Allah ease all of your way amin..insyaAllah..

Pada 28/8=semalam,dua orang sahabat saya telah melangkahkan kaki meninggalkan kami untuk menyambung pelajaran di Indonesia dalam bidang pharmacist insyaAllah..manakala,yang lagi sorang berangkat ke Mafraq untuk urusan pertukaran jami'ah@universiti..semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya insyaAllah..

Untuk edisi Syawal 1433H ini pula,ingin saya titipkan sedikit foto kenang-kenangan bersama mereka yang turut beraya di perantauan :') 


raya kedua di Dar Alhamdulillah *tuan rumah=KEDAHians

raya ketiga di bayt minangkabau,Mutah..
anak-anak nogoghi 9 (^_^)

kakak2 ku..kak amrah-kak wani(YDPah)-kak paeh-
kak zurin-kak isma-

raya keempat di Karak,Mutah..*rumah seorang 
guru Math yang menumpangkan kami solat jama' :')

InsyaAllah,akan datang saya akan membuat sedikit ruangan untuk perkongsian mengenai buku-buku yang saya sedang baca dan akan baca insyaAllah..doakan agar dipermudahkan..Salah sebuahnya :
                    TARBIYAH AULAD JILID 1 DAN 11 - karangan دكتور عبد الله ناصح علوان -

Moga Allah izinkan saya untuk menghabiskan pembacaan dan diberi kefahaman keseluruhannya insyaAllah ^^ kerana العلم في الصدور ليس في السطور kan??   :')

Dan insyaAllah sem panjang saya akan bermula pada 16/9/2012 untuk pengajian Tahun 2 Sem 1..
hwaiting!!need to be more realistic and smart to plan my studies until nihaie examinations on winter time..

To my beloved friends that'll further your studies this Sept,do your best k!grab this chances to prove that we're the best among the best! (^_^)

"kerana itu Allah timpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu"... ~ ali imran: 153

Untuk kamu,kuatkan hati,bulatkan tekad..terus maju melangkah ke hadapan..kejar impian dan cita-cita..moga Allah permudahkan segalanya di sana.. terus ter :') tanda syukur dan redha ^^











Sunday, August 12, 2012

:: 'Ibrah tatkala berkelana mencari CINTA ::

Mencari-cari di manakah CINTA ??alunan zikrullah,tasbih,tahmid dah takbir dilafazkan ..membasahkan lidah dengan kalimah-kalimah cinta demi mengharap pengampunan dan keredhaanNya.. hanya itu yang mampu dilakukan tatkala ini selain mentadabbur ayat-ayat suciNya =)

"Apa yang ada di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana" -Al-Hadid:1-

Ku berkelana mencari dan cuba mengenali siapakah diri ini sebenarnya..semoga ziarah ini memberi daku seribu satu rahmat dariNya..perjalanan musafir seorang hamba di bumi Syam ini tidaklah terlalu lama..4tahun cuma..itupun jika diizinkanNya sempat untuk menghabiskan saki-baki dirasah..jika tidak..hanya tinggal kenangan dan mungkin waktu-waktu yang telah dibazirkan dengan sia-sia sahaja..Ya Rabb!!izinkanla daku untuk kembali berada dalam landasan yang Engkau redhai..semoga kesempatan ini dapat ku manfaatkan sebaiknya..

Hati terusik tatkala merenung ke luar tingkap coaster..kini..aku di Bumi Syam..Bumi Barakah..Bumi Rahmah..Bumi di mana terdengar derap tapak kaki kuda milik pejuang islam serta para sahabat Baginda S.A.W suatu ketika dahulu..dan kini..bumi ini masih lagi seperti dahulu mungkin..tandus..kering..berdebu..cuma bezanya mungkin tidak sedahsyat dahulu ketika panji-panji islam dijulang tinggi

Ku mohon agar semangat jihad dan darah merah mereka para syuhada' turut mengalir dalam blood vessel ku..semoga ia sebati dalam diri agar tiap kali aku rasa 'futur', aku mudah bangkit dan kembali berjuang melakukan yang terbaik!!amin insyaAllah..



*kawasan di sekitar Irbid.. ^^

*yang putih2 kat hujung tu biri-biri..

Rasa bersyukur ++ sebab Allah dah pilih diriku untuk menjejakkan kai ke tanah yang gersang namun barakah ini..haza min fadhli robbi..Allahu Allah T_T

Dan..kembara Khamis yang lalu adalah demi menziarahi sahabat2 tercinta di Mafraq,Jordan..mereka sudah hendak pulang ke tanah air,Malaysia pada esok hari=13/8/2012 (Isnin bersamaan 25 Ramadhan 1433H)sejurus selepas selesai imtihan last paper on Thursday,i took a bus to get there as soon as possible because i really miss them!!and also,i brought with me a cake for them..Nura and Atin's birthday celebration (^_^) tangguh punye tangguh,pujuk punya pujuk baru hari ini dapat kembali ke Irbid,Jordan naik bas jam 11.30 tengah hari..*kalau ikutkan nak balik esok,lepas hantar mereka naik dengan faiz pergi airport :'(

Ramadhan masih berbaki lagi 5 hari..Ya Allah!!mohon Engkau beri keizinan agar dapat ku manfaatkan hari2 terakhir ini sebaiknya..amin..

Tuesday, August 7, 2012

:: Dia lebih Mengetahui yang Terbaik ::



"Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir" 

                     ~Ar-Rum : 21 ~

ok..dah masuk entry pasal cinta-cinta pula kali ini..hehe..*mula nak menggatal ooohh tidak2!!
bukan2!!entry ni saya buat khusus untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain..semoga kita terus terpelihara dari fitnah dunia dan tipuan hawa nafsu,ok?insyaAllah..

Wanita..

LEMAHnya hatimu dalam mengurus CINTA..
LEMAH
nya dirimu tatkala disapa CINTA..
MURAH
nya air matamu tika disalut duka CINTA..
MURAH
nya jua jiwamu untuk menyerah pada CINTA..


bukan semua..bukan semua wanita sebegini..jika ada wanita yang sebegini,maka ada jua lah yang sebaliknya..

Wanita itu..

LUARnya kelihatan kuat dan tabah..
Namun ketahuilah bahawa dia sedang berperang dengan perasaannya..

TAWAnya mempamerkan kebahagiaan..
Namun ketahuilah bahawa dia kini sedang menangis melawan perasaannya..

SENYUMANnya yang terukir menandakan dia tenang dan gembira..
Namun ketahuilah bahawa hatinya kini bergejolak dan meronta dalam diam..

Dan...

KEKUATAN untuk dia lakukan semua itu diperoleh dari kekuatan HATI dan JIWAnya dalam menghadapi lumrah dan fitrah yang dikurniakan olehNya buat semua insan iaitu.. CINTA..

*wanita sinonim dengan air mata,
biarkan ia mengalir..kerana dia peroleh
 KEKUATAN melaluinya.. ^_^

Ayuh para akhowat..kita bangkit sama-sama dari keasyikan-keasyikan dunia ini..pelihara hati dan iman dari terpedaya dengan cinta yang melalaikan tambahan pula tidak menjanjikan apa-apa..malah mungkin menambahkan kekecewaan?menjauhkan kita dari rahmatNya mungkin?Na'udzubillahi min zalik..kenapa kita perlu melakukan semua ini..

kerana..

hati kita mudah sakit..hati kita mudah merasa kecewa..hati kita cepat tersentuh..
itulah kenyataannya..Justeru,kita harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan-kemungkinan ini kelak/sedang melaluinya sekarang..detik ini.. (^_^) *yok,berjuang!semua kena kuat k?Allah lihat usaha kan..


Jika dibiarkan nescaya ia akan menjadi semakin parah..stay (+ve) ya!!
Bangkit dari kegagalan dan kekecewaan,ayuh semarakkan semangat kita!!


                                xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sedikit petikan lirik lagu :: Atas Nama Cinta ::

Tersedar aku dari terlena..
Dibuai lembut belaian cinta..
Rela aku pendamkan..
Impian yang tersimpan..
Enggan ku keasyikan..
Gusar keindahannya..
Merampas rasa cinta pada Dia yang lebih sempurna..


Prevention is better than cure,right?so,no matter what it is i'll try hardly to stand by myself..i've my 'strength' around me right now and in any time that i need them..they're all the reason why i need to stay strong and be tough..Ya Rabb!!do bless our friendship and ukhuwwah,i seek for your guidance and help..Alhamdulillah Ya Allah,you've already help me by sending them into my life.. =D

......Now i know how it's like..to have your precious love in my life..
......Now i know how it feels..to finally be at peace inside..
......I wish that everybody knew..how amazing feels to love you..
......I wish that everyone could see..how your love have set me free..
......Set me free..and made me strong..~i love you so : maher zain~

   "ربنا هب لنا من ازواجنا و ذرَيتنا قرة اعين واجعانا للمتقين اماما"
"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan:74)

Dan ingatlah! :

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

:: Jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita..kerana hak mutlak hanya terletak padaNya..

:: Percayalah dengan janjiNya,nescaya kita tidak akan kecewa..

:: He knows the best for us!! ^_^ never forget that k..

:: There's blessing in disguise for what had happened..keep smiling and step moving forward eventhough you have to cry,just let it be..coz you need that spirit 'beside' that tears..

Saturday, August 4, 2012

:: Tika itu ::

Again..and again.. ='(


'ZN(bukan nama sebenar) posted on your wall'..

" Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu "






                                                                   T ________ T 
                                             
                                                                           ngee~

Bantuan Dia datang lagi..diutuskan seorang demi seorang untuk beri 'special gift' from Him..All praise to Allah,alhamdulillah..*ingat senang ke nak dapat sahabat-sahabat macam ni??jangan jeles =p!!


Setelah melakukan sedikit muhasabah semalam,rasanya diriku ini semakin mengetahui hikmah disebalik ujian yang ditimpakanNya semalam.. =) alhamdulillah again and again..memetik cebisan kalam dari sebuah karya iluvislam.com :


" Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi. Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi "

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/masalah-itu-bukan-saja-saja-allah-beri/#ixzz22cGlC0


                          ~ MASALAH ITU BUKAN SAJA-SAJA ALLAH BAGI ~

Antaranya Allah nak bagi signal supaya kerap 'berjumpa' denganNya..kerap 'merintih' padaNya..kerap 'mengadu' kepadaNya..dan semua kerap2 yang lain..*bukan KURAP.. err =='
Somebody said :


                                       BETTER LATE THAN NEVER!!!


So..show our appreciation and expression!! 




                                                         =)  ........ (^_^)  .........  (=


Thank you Allah !!


p/s : another two paper left for my final exam for this summer sem..do pray the best for me ya!
        after that,gonna proceed with the new 'project' for Eid.. ^_^
        
        17 Ramadhan 1433H = 5 Ogos 2012 (umat islam di Jordan dan kawasan yang sewaktu dengannya)
        16 Ramadhan 1433H = 5 Ogos 2012 (umat islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya)


JOM3!!SAMA-SAMA BERUSAHA MEMANFAATKAN MASA DENGAN IBADAH SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI  ~     






Sunday, July 29, 2012

.

Terbanglah duhai hati yang rapuh..terbang bersama angin 
bayu yang berhembus..


Tinggalkan hati yang masih suci dan bersih..
yang disaluti iman yang utuh..


Pergilah menjauh wahai sang kesedihan..


Datanglah padaku sang kegembiraan dan cahaya senyuman..




Aku:Assalamualaikum..
Ayah:Waalaikumussalam..
Aku:Ayah ke ni??
Ayah:Ya Allah!!!anakanda!!!
Aku:Iye,ayah sihat??
Ayah:Sihat alhamdulillah..kakak camno kat sanun??
Aku:Ok je,alhamdulillah..lamo tak cakap dengan ayah,asyik kojo yo..malam ni ayah kojo laie ko??
Ayah:A'ah,ayah kojo malam ni..dah kughuih belum??
Aku:Dah la sikit..haha..eh eh..perasan lak ai..ntahla ayah..
Ayah:Haha..*dengan terbahak-bahak ei golak..
Aku:Ayah,mak masak apo arini??
Ayah:Ikan cencaru+kuah asam,gulai ghobung+udang,makaroni goreng..ado ko mak ko ghendam makaroni tu dengan air sojuk ??abih jadi topung balik..haha
AkuLaa..selamo kakak idup ni tak ponah2 buek makaroni..apo mimpi ei ge'e??
Ayah:Ontah..tetibo yo nak buek makaroni tu..
Aku:Yang dibantai ei ghendam dengan air sojuk tu dek apo??
mak ingat ghendam ei macam ghendam mihun ge'e..haha..mak..mak..
ayah,kakak tak boleh cakap lamo ni,kakak guno kredit joden,tak guno weinak@italk..
Ayah:Ooo..yoko??ok tak kek sanun??
Aku:Ok yo..
    

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxtuuuut..


Aku:Ayah..dah bebunyi pulak bondo ni..duit da nak abih..
ayah doakan kakak ei,exam 5/8..nanti kakak telipon lain kali..kirim salam kek sumo..
Ayah:Ha ha..ok2..leklok kek sanun,assalamualaikum..
Aku:Waalaikumussalam..

Usai telefon dan mendengar suara ayah,hatiku kembali diruntun pilu..ada sebab kenapa kakak tiba-tiba telefon rumah..kakak tengah ada masalah..cukuplah sekadar mendengar suara kalian sebagai penguat semangat..don't worry insyaAllah kullu kheir =)

Saat ini..hati ini dilanda kerinduan pada mereka yang tercinta..ayah,mak,abang,angah,balang dan adik..buat pertamanya,kita sedekahkan
 Al-Fatihah untuk mereka dulu..al-fatihah....
Amin alhamdulillah.. =) tidak lupa jua buat 'new' ahli bayt kak long ainee n si comel 
tasneem humaira' ..


*one big family exclude my sis in law n my cute niece.. ^_^


Maka,disebabkan kesedihan dan kerinduan yang melampau ini,saya ingin berkongsi sebuah inspire song buat diri ini kepada kalian..semoga sama-sama dapat mengambil ibrah dan semangat serta menambah keyakinan pada Dia sang Pencipta insyaAllah ~ 

      
                                                

      AdaMu ~Najwa Latif

      Merenung ke luar jendela..
      Melihat kebesaranNya..
      Mensyukuri segala nikmat..
     Yang dikurniaNya di dunia..

     Kau berikanku kekuatan..
     Tuk berpegang pada jalan..
     Walau penuh dengan cabaran..
     Ku tahu ku adaMu Tuhan..

c/o Kerna kau yang satu yang setia bersamaku..
      Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu..
      Ku tahu ku adaMu di sisiku selalu..
      Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu..

     ooooo...ku tahu ku adaMu...
     ooooo..ku adaMu selalu...

    ulang c/o

     Merenung ke luar jendela..
     Melihat kebesaranNya..
     Walau penuh dengan cabaran..
     Ku tahu ku adaMu Tuhan..

Ke'relese'an lagu ini sejajar dengan kondisi hatiku yang kini sedang terumbang-ambing dek pukulan ombak lautan dan deru angin kencang yang memukul pesisir pantai..semoga Allah menghadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri ini..aja..aja..fighting!

Semoga hari-hari mendatang lebih diberkati dan dipermudahkan jalan olehNya insyaAllah..

"ilmu itu tidak akan masuk kepada hati yang berbuat maksiat"

*always remember that and bear it in your mind solehah!
*beware of your 'niyyah'!! grab these chances to study hard + understand,do not do it just for examinations!!

p/s : loghat negeri sembilan ~

1.laie            = lagi
2.kughuih     = kurus
3.ghobung    = rebung
4.ghendam   = rendam
5.buek         = buat
6.ge'e           = agaknya
7.dek apo    = kenapa
8.kek           = di / kat
9.abih          = habis
10.sanun      = sana

=D selamat beramal!!








Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan oh Ramadhan...

Salam Ramadhan hari ke-5 buat umat islam di Jordan,Mesir dan kawasan yang sewaktu dengannya..dan Salam Ramadhan hari ke-4 buat umat islam di bumi tercinta Malaysia.. =)

Alhamdulillah 'ala kulli hal..semalam dan hari-hari sebelumnya,hampir kesemua sahabat-sahabat yang berada di Mesir sudah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing..Kini,sahabiah di Jordan pula yang sedang menghitung hari detik demi detik *lagu nora..menghitung hari...detik demi detik... =D..Walaupun sedang berada dalam fatrah imtihan thani dan menuju ke final,masing-masing sudah bersedia dengan kalendar di atas meja..

Tu belum kira yang dah mula mengumandangkan kompilasi lagu-lagu raya+takbir raya+lagu balik kampung dan pelbagai lagi.. *hehe.. =) nak cakap diri sendiri sebenarnya,padahal tak balik Malaysia pon..Nama je anak perantauan ni,tapi kehidupan macam tak duduk luar negara..kat Jordan ni,rasanya mantiqah IRBIDla paling meriah sekali..siap ada BAZAAR bagai..kalau dah kata bazaar,macam-macamlah yang dijual..cer tengok sikit ha ~


*ngee~ayam percik..nasib dah buat 2hari lepas :p

*kuih gula melaka/
kuih kolopong (bak kato oghang nismilan).. =)

*hah!kempunan punya pasal..sahur semalam buat roti john
terjaga ahli bayt semua untuk bersahur..hehe (^_^)

*rose bil halib/air bandung..
memang mantopp!!sedap weyh.. =D

Haa...ni baru sikit..belum kira gerai yang tiada gambar untuk pameran..best kan2?? *tak pernah jejak pon bazaar ni sebenarnya.. Tumpang ilham nak masak apa untuk buka puasa dan sahur je..yang indahnya ukhuwah ni kan..bila kita terasa nak makan something,akan ada je yang tolong buatkan dalam diam..tup tup!dah siap dah makanan yang diidam/dikempunankan waktu nak buka atau sahur..sweet kan? =)

Dan semalam..saya telah membeli sebuah buku kecil yang mengandungi tazkirah dan kata-kata hikmah..sedang-sedang membaca Al-Quran semalam dekat musolla Kuliah Syariah,tiba-tiba ada akhowat urdun yang offer buku ni..buku ni turut disertai dengan vcd (114 surah dalam Al-Quran)..harganya hanya 1 JD=RM5..murah2!!sangat berbaloi rasanya..alhamdulillah..di dalamnya juag terdapat senarai mutaba'ah mingguan..

*muka hadapan buku kecil tersebut..
bagi saya,dekorasinya sangat menarik dan kreatif ^_^

*muka surat untuk hari yang ke-5 puasa..

sedikit perkongsian tazkirah untuk hari ke-5 puasa ini :

            "Berkata 'Abdul Wahid bin Zaid :>>Wahai saudara  : Apakah tidak kamu menangis kerinduan kepada Allah?Sesungguhnya sesiapa yang menangis kerinduan kepada tuannya,maka dia tidak sabar-sabar untuk melihatnya ..Ya..Mengapakah kita menangis kepada kekasih  kita tetapi tidak menangis kepada Pencipta kita dan Pencipta kekasih kita??<<"

Jom!! sama-sama manfaatkan bulan yang penuh barakah dan rahmah ini sebaiknya dan sebanyak-banyaknya~

                      xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


mood : pergi ke mana-mana,terlihat dan teringat-ingat akan ketiga-tiga abang 
           dan adik perempuan tercinta di  bayt..
           bau minyak wangi  mereka terhidu-hidu di merata-rata,
           kata-kata,senyuman,emosi dan nasihat mereka 
           terngiang-ngiang di cuping telinga ini..
          ku doakan moga kalian gembira dan memperoleh kebaikan 
          sempena bulan suci yang mulia ini..InsyaAllah..


*lovely siblings (^_^) miss you all very much!!




Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Kareem ~ Masa itu telah tiba..

*sila approve friend2 request ni (^_^)

RAMADHAN KAREEM ~~~~~~~~~~~ ^_^

Ahlein ya Ramadhan!!!!!!!Alhamdulillah....usai menunaikan solat terawih di Masjid Nuh Qudoh,Yarmouk,Irbid pada malam pertama Ramadhan 1433H...Saya wakil dari mahasiswa-mahasiswa Jordan mengucapkan Selamat Berpuasa Kullu 'Am Wa Entu Bikheir buat semua umat islam seluruh dunia...




Harapan moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan dihayati dari sebelum-sebelumnya insyaAllah....Dan semoga terikan + sinaran mentari di siang hari hingga kadangkala bisa mencecah suhu 40 degree itu mampu dilewati dengan penuh kesabaran bukan dengan rungutan...hehe..*panas..panas..ya Rabb!panasnya..(biasanya ni la yang diucapkan ketika pergi dan pulang kuliah) ^_^

InsyaAllah,mari kita sama-sama pertingkatkan mutaba'ah sepanjang bulan suci penuh mulia ini..!!Rebut peluang yang sudah sedia terbentang di hadapan mata !!