Monday, September 30, 2013

:: اللّهم أصلح قلبي ::


kakleha,

untuk saya gak nih! 


---


bila kita banyak buat baik.

kadang kita rasa syurga sangat.
kita rasa kita dah suci.
kita rasa baik ahhhh.

tapi lupa.

ada nota untuk kita,
(18:103-104)

ko nak tahu ke,
sape yang paling rugi.

orangnya ialah,

dia ingat dia dah buat,
semua benda baik.
tapi rupanya sia sia je semua tuh.

---

semoga hati kita,
kembali pada Yang Esa.

bersih dan basuhkan.
sental segala benda merepek.
sucikan sungguh sunguh.

nak persembahkan nanti,
depan pemilik sebenar,
takkan nak bagi yang buruk?

*nanges laju laju*

---


Kiriman seorang adik terchenta dan selalu terinspirasi dengannya..
Pengubat hati dan jiwa yang kian gersang..
Penguat diri untuk terus berusaha mencari cintaNya..

Akan tiba satu masa di mana kita merasakan dunia ini kelam,
suram,,Hati merasa tidak tenteram..tanpa sebab..
Puas mencari-cari adakah keserabutan itu datangnya dari 
anasir luar? Berkerut-kerut dahi memikirkan puncanya..

KETAHUILAH!

Di saat itu Allah sedang menyapa pintu hatimu untuk kembali kepadaNya..
Di saat itu Allah sedang menganugerahkan HIDAYAH buat kamu..
Di saat itu Allah sedang memakbulkan doa-doamu..
Di saat itu Allah sedang merindui kamu,mendengar tangis esak kamu..

Ucapkanlah---> الحمدلله لا حول ولا قوة إلا بالله

Tiba masa untuk kita kembali menyungkur diri padaNya..
Tiba masa untuk kita hamburkan segala macam rasa yang terpendam..
Tiba masa untuk kita mengadu,merengek,mengada2 seperti anak kecil..

Kerana YAKINLAH!

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA DALAM APA JUA KEADAAN~~

Moga kita dapat merasai nikmat iman dan islam yang betul2 suatu kenikmatan~
Moga kita peroleh dakapan kasih sayangNya agar sentiasa diredhai~

CINTA adalah perasaan bagi yang sudah merasainya.....
KEJARLAH! CARILAH! BERTEBARANLAH!

" Apabila solat telah dilaksanakan,maka bertebaranlah kamu di bumi,mencari 
kurnia Ilahi dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung "
62 : 9

QOWIYY INSYAALLAH !! =')


No comments:

Post a Comment