Monday, June 24, 2013

:: 'ibrah dan hikmah buat diri yang lalai ::

Yallah bismillah..

[susulan kemalangan yang melibatkan pelajar Malaysia di Jordan]

niat di hati ingin berkongsi blog seorang senior yang menceritakan detik2 bersama
mereka di hospital beberapa hari yang lepas,,tapi.................

dah tak boleh bukak..xtau kenapa.. T_____T

maka dengan itu,saya bercadang untuk meluahkan sedikit rasa di jiwa dan sanubari
ini entah mengapa...penceritaan dalam blog itu ditambah lagi dengan soundtracknya
benar-benar membuatkan diri ini menangis teresak-esak...bukan kerana sedihnya
kisah mereka tetapi....kekuatan yang mereka peroleh dariNya sangat luar biasa....
dengan ujian yang saya kira berat sebagai insan biasa,,namun alhamdulillah mereka
sepertinya sudah bersedia dengan 'kehilangan' itu..

T_______T

sang suami : aku risaukan umai..mesti dia sakit,,mesti dia sedih,,sebab dia yang 
tanggung rasa tu sorang-sorang... ='(

sang isteri : aku risaukan nazirul..dia patah tangan dengan kaki kiri..aku tak 
sanggup tengok dia macam tu..

kalian adalah sumber inspirasi terhebat!! masyaAllah!! 'kehilangan' si kecil bagai
tidak menggugat hati kalian,,walaaupun hakikatnya ianya sangat perit tapi kalian
redha dan tahu Allah telah susun yang terbaik..


Allah tahu kitorang tak bersedia lagi nak jadi parents yang baik untuk baby 
ni kot......


sobs sobs ='( 
pergantungan dan kepercayaan kalian pada janji Allah sangat tinggi!!!
teringat kembali bicaranya setelah sedar dan mengetahui akan 'kehilangan' itu :

mira,baby dah takde..
kelu lidah sang sahabat..hanya mampu memberi kata semangat :
baby tunggu kat syurga..untung korang dah ada yang tunggu kat syurga..

never stop crying when reading that part........

                            xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

about allahyarhamah Sumayyah Bt Romli

aku dengan Sumayyah naik satu ambulan sebab orang Arab selamatkan 
siapa yang tercampak keluar dari kereta dulu..aku dengar sendiri dia 
mengucap tanpa ada siapa-siapa yang ajar..

='( 

kali ni rasa paling sedih...paling sedih untuk diri sendiri..tapi paling gembira buat 
dirinya,,moga Allah tempatkan akak di syurgaNya Allahumma Amin...Al-Fatihah..

yang telah pergi ini telah menemuiNya dalam keadaan husnul khotimah....kita?????
adakah lafaz terakhir kita adalah syahadah??mudah-mudahan...insyaAllah..

peristiwa ini benar-benar memberi tamparan dan peringatan yang sangat dekat di 
hati insan yang sering alpa dan lalai ini :( ighfir zunubi ya Allah......
"sebaik-baik peringatan adalah kematian"

list persediaan :

1.selesaikan hutang
2.minta maaf dengan semua sebelum tidur/musafir
3.percaya dengan janji Allah
4.tingkatkan amalan sunat
5.tinggalkan angan-angan panjang
6.melakukan yang terbaik dalam setiap perkara
7.jangan bertangguh

semoga peristiwa ini menjadi pedoman,,panduan,,buat kita yang masih diberi peluang
untuk hidup atas muka bumi Allah ini......sekian,jazakumullahu khairal jaza'

*mungkin ada kesilapan fakta/penambahan cerita,,mohon dimaafkan


No comments:

Post a Comment