Thursday, June 6, 2013

:: Pengenalan ::


Alhamdulillah thumma alhamdulillah...Allah izinkan diri ini untuk berkongsi sedikit
sebanyak perbahasan yang terkandung di dalam buku karangan John Gray ini =')



foto cover di atas ini adalah buku yang saya sedang baca..cetakan buku ini ada 
banyak version,corak,warna namun menggunakan asas dan penceritaan yang 
sama.Tanpa mengulas panjang,saya ingin menyentuh secara langsung pengenalan 
kepada tajuk yang dinyatakan di atas~


Penulis melakukan kajian ini apabila terjadinya suatu insiden di mana menurut
hematnya perkara inilah antara punca mengapa lelaki dan wanita sukar 
berkomunikasi dengan baik ='( ceritanya bermula begini...


Seminggu selepas isteri penulis bersalin,penulis kembali masuk bekerja seperti biasa.
Tanpa diduganya,sepanjang ketiadaannya di rumah pada hari tersebut,isterinya telah
mengalami kesakitan yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan dan bergerak..
Malangnya,ketika itu ubat penahan sakitnya 'painkiller' telah kehabisan.Lantas,
isteri penulis terus menghubungi salah seorang dari adik penulis instead of her 
husband kerana takut mengganggu suaminya yang sedang bekerja *this is us (women)



Namun........segalanya hampa........


Adik iparnya lupa untuk membeli ubat yang dipesan sehinggalah mengakibatkan 
kesakitan yang tidak terungkap..Kepulangan suami tetap dinanti dengan penuh 
kesabaran..Lewat malam tersebut,pulanglah si penulis ke rumah tanpa sedikit
pengetahuan akan perihal isterinya..Sesampainya penulis di rumah,alangkah 'shock'
terkejutnya beliau apabila mendapati isterinya berada dalam keadaan yang memilukan
hatinya...Isterinya dalam kesakitan!!!


" Kenapa ni sayang?Kenapa tak kol abang kalau sakit?? "
" Saya takut ganggu kerja abang jadi saya kol adik abang tadi..tapi dia lupa nak 
belikan painkiller"
" Eee!!! lain kali telefonlah abang!!" *MARSian dah mula merasakan dirinya tidak diperlukan


.........penulis mula mengatur langkah untuk keluar dari rumah..............


sebelum keluar dari pintu rumah,penulis terdengar panggilan isterinya....

" Abang....jangan pergi....saya tengah sakit....waktu macam ni,saya sangat 
perlukan abang......tolonglah.....saya dah beberapa hari tidak mampu tidur 
dengan lena....please come here and hold me,lend me your shoulder so that 
i can cry on.... "


.......air mata isterinya bergenang dan mula menitis sedikit demi sedikit.....


penulis seakan-akan tersedar dari mimpi..penulis mula pusing dan mengorak langkah
menuju isterinya lantas mendakapnya dengan penuh kasih sayang dan rasa 
bersalah yang menebal...


Bertitik tolak dari insiden tersebut,penulis menjadikannya sebagai 'inspiration for 
seven years of research to develop and refine the insights about men and women' 
dalam buku ini.Perbezaan cara pemikiran dan pemahaman antara lelaki dan wanita 
ini saya kira sebagai satu nikmat terhebat yang Allah ciptakan di dunia ini. =')


sebab...................


Melalui inilah,kita belajar...belajar...dan belajar untuk 'adapt' dengan suasana 
sekeliling,masyarakat,sahabat handai,teman sekuliah,rakan se'opis',mak cik tukang 
sapu sampah,mak cik tukang cuci toilet,pak cik kutip sampah,dan pelbagai jenis 
dan ragam manusia yang wujud melata atas muka bumi ni....Subhanallah!!! 
Tiada yang sia-sia Allah ciptakan atas muka bumi ni..tinggal kita sahaja yang perlu 
bertindak ~ mm....


Hakikat kehidupan bahawa "kita saling memerlukan atara satu sama lain" adalah 
asas kepada penyelesaian perbezaan ini...keperluan untuk memahami cara seseorang 
berfikir adalah satu tuntutan agar masing-masing peka dengan kondisi pasangan atau 
insan di sekeliling mahupun orang yang kita berurusan dengannya.


AWAS !!! sekali kita terlepas pandang,perkara kecil bisa menjadi besar,masalah 
yang mudah kian rumit,pertelingkahan demi pertelingkahan yang tiada penyelesaian..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kebanyakan hubungan lelaki dan wanita yang terkandas di tengah jalan sering 
dikaitkan dengan alasan 'tidak serasi bersama' , 'kami tidak sehaluan lagi' , dan 
yang sewaktu dengannya..Namun,pada batinnya hati mereka sudah menjauh by 
each other because of  miscommunication that happened between them~


Memetik kata-kata Imam Muda Nazrul dalam drama Warkah Cinta+ Cinta dan Wahyu
" Selamanya...kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan "

Juga kata-kata saya saya peroleh dari facebook yang berbunyi :

walaupun dua insan berada dalam jarak yang dekat...

" Apabila seseorang itu marah,dia mula meninggikan suara kerana tatkala itu 
hati mereka sudah menjauh dan memerlukan volume suara yang tinggi agar 
pihak yang lagi satu dapat mendengari panggilannya "


Pepatah melayu juga ada menyatakan :

" Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa "


errrr :/ dahsyat gila!! impak tak boleh bla..


Dan saya sertakan juga sedutan lirik lagu nasyid Bicara Kata nyanyian kumpulan 
In-Team :

Manis bicara indah tutur kata..
tak seindah rupa pengertiannya..
Lembutnya lidah mengata nista..
Lidah yang tiada bertulang mengadu domba..
Serta memfitnah sesama saudara..

Terkadang aku berfikir sendirian..
Perlukah amarah ku dibiar terus menyala..
Membakar membara dengan rasa bangga..
Mencela mereka dengan kata-kata..

c/o Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita..
Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia..
Jagalah bahasa kata kita jangan disalah guna..

Yang indah yang indah itu bahasa..
Yang cantik yang cantik  budi pekerti..
Yang merah itu saga yang kurik itu kendi..
Yang indah itu bahasa..
Yang cantik budi pekerti..

Terkadang aku mentaksir manusia..
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati..
Mencerca menghina dustanya bicara..
Menyusun nista dengan kata-kata..

ulang c/o x 2

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi..
Terlajak kata buruk padahnya..
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi..
Terlajak kata hilang percaya...
Hilang percaya..

hope you guys enjoying yourself for reading the introduction that i've made ^_^
see you in the first chapter insyaAllah..do pray for me,may Allah ease~


Tuesday, June 4, 2013

:: Catatan Kehidupan 5 ::



Allah...dah kenapa pulak ni...scary rasa bila mula buat something yang macam tak
masuk akal...errgghh..moga Allah pelihara rasa ini...


Ighfir zunubi Ya Allah... T___T


Adik..mohon jangan buat benda yang pelik-pelik...akak takut la...ngee~

Oooohh..by the way,semalam sempat berkongsi cerita dengan my dearest bro,
angah..superb!!supportive!!alhamdulillah..bersyukur sangat Allah hadirkan dia
dalam keluarga kami..penenang di kala stres,supporter di kala felt really down,
kaunselor terbaik di kala meminta nasihat darinya..

May Allah bles you angah =')

Mohon doanya moga urusan pernikahannya juga 'posting' nya dipermudahkan..
tak terbayang rasanya jika Allah uji beliau dengan 'something' tu..moga Allah
kurniakan pilihan terbaik buat dirinya insyaAllah..

*ni angah encem saya ^^


cuti berbaki 4 hari lagi sebelum summer sem starts!!! doakan another 'bedah buku' 
yang ingin dinukilkan itu disempatkan Allah insyaAllah~


Sunday, June 2, 2013

:: Bab 1- Perkahwinan mithali (qudwah) dan hubungannya dengan tarbiyah ::


^_^



Perkahwinan :

1. Fitrah insani
2. Kepentingan dalam masyarakat
3. Pemilihan

:: Secara amnya,perasaaan suka,saling menyayangi,cinta merupakan suatu fitrah
yang Allah hadiahkan buat semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini..
tidak hanya pada manusia juga pada haiwan..maka,menyanyangi dan rasa ingin
disayangi bukanlah suatu kesalahan kerana datangnya 'rasa' itu dari Ilahi =')

Apa yang dituntut di sini adalah bagaimana cara kita memandu 'rasa' dan perasaan
itu mengikut landasan yang ditetapkan syara' di samping menagih redha dan berkat
dariNya..islam hadir sebagai pelengkap dan pemandu dalam kita menjalani
kehidupan seharian,maka pastinya perkara ini ada peraturannya yang tersendiri
dalam islam..

Perkahwinan adalah solusi yang Allah tetapkan dalam syari'at islam ^^


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً
                                  ...وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون  


" Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah Dia menciptakan pasangan-
pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa cenderung dan tenteram 
kepadanya dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah 
bagi kaum yang berfikir " ~ Ar-Rum : 21 ~



روى البخاري ومسلم عن أنس رضي الله عنه  : " جاء رهط إلى بيوت أزواج النبي صلَى عليه وسلم
 يسألون عن عبادته , فلما أخبروا كأنهم تقالوها (وجدوها قليلة) فقالوا : وأين نحن من النبيَ صلَى الله
 عليه وسلم , قد غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر . قال  أحدهم  : أما أنا فإني أصلي الليل أبداً
 , وقال آخر : أنا أصوم الدهر ولا أفطر . وقال لآخر : أنا أعتزل النساء فلا أتزوج  أبداً .فجاء رسول اللَه
 صلَى عليه وسلم فقال : أنتم الذين قلتم كذا وكذا؟ أما واللَه إني لأخشاكم للَه , وأتقاكم له , لكني أصوم وأفطر ,
    وأصلي  وأرقد , وأتزوج النساء , فمن رغب عن سنتي فتيس مني 


Pernah suatu ketika tiga orang sahabat datang bertanya kepada isteri-isteri 
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang ibadah baginda, kemudian setelah 
diterangkan,berkatalah mereka : " Di manakah kedudukan kami berbanding 
Nabi yang telah diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang " 

Salah seorang berkata : Adapun saya, akan bangun setiap malam.. Dan 
sahabat lain berkata : Adapun saya akan berpuasa di siang hari dan tidak 
berbuka.. Dan sahabat yang lain berkata : saya akan menjauhi wanita, 
saya tidak akan berkahwin selamanya …. 

Ketika hal itu di dengari oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau keluar
 dan bersabda :

“Maksudnya: Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, Demi Allah,
 sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. 
Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur 
dan aku juga mengahwini wanita. Maka barangsiapa yang tidak menyukai 
sunnahku, maka ia tidak termasuk dalam golonganku”. 

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)




^^ dah tersenyum sendirian la pulak ~ hehe
........ Ya Rabb,jauhkan diriku dari terlalai dari matlamat sebenar penulisan berkaitan 
pernikahan ini........


:: Pernikahan merupakan permulaan perjalanan insan dalam mengendalikan kehidupan
mereka dengan sebenar-benar praktikal..kerana apa? kerana rumahtangga yang bakal 
dibina kelak di dalamnya terkandung insan-insan 'baru' yang bakal menentukan 
di manakah 'tempat' kita di padang mahsyar nanti..


Selain memastikan keberlangsungan kehidupan manusia atas muka bumi ini,pernikahan 
bertujuan untuk memelihara nasab keturunan juga menjauhkan masyarakat dari 
berterusan hanyut dengan masalah keruntuhan moral/akhlak...mm..
(belum masuk aqidah lagi ni)...


BEWARE!!!!!


Masalah berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan juga dapat dielakkan.
Sebagai contoh 'ikhtilat' atau pergaulan antara lelaki dan perempuan,masalah kelamin
seperti penyakit berbahaya AIDS,HIV,dan lain-lain..wa 'iya zubillah~


^_^ Pernikahan...

Sebagai wadah untuk ruh dan nafsu secara halal :)
Merujuk kalamullah di atas,Allah menjadikan antara suami isteri itu rasa kasih dan 
sayang..kebahagiaan dan kerahmatan..ketenangan dan kenikmatan..tidak hanya 
kerana mereka berdua,namun dengan hadirnya si cilik mujahid mujahidah sebagai
penyeri rumahtangga~




* gambar sebagai hiasan =')  amir+rohaizat = umar+ulya =') senyum lagi..cinta 
antara dua benua..

" walau jasad kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..bila kau rindu 
pejamkan matamu...aishiteru... "

Kerjasama..komunikasi yang baik..bertolak ansur..tolong-menolong dan yang
lain-lain..semuanya merupakan resepi kejayaan rumahtangga yang awesome
berlandaskan sunnah Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam~

Pentarbiyahan dalam rumahtangga bukan hanya kepada anak-anak tetapi turut
melibatkan pengemudi keluarga,suami dan isteri..ilmu keibubapaan tidak akan
pernah sempurna dan lengkap kerana hakikatnya kita sering belajar perkara
baru natijah dari apa yang berlaku sepanjang menempuhi alam rumahtangga.


 روى الترمذي عن رسول الله صلَى الله عليه وسلم أنه قال : 

(( إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوَجوه , إلا تفعلوا تكن   فتنة في الأرض , وفساد عريض ))  

" Jika datang kepadamu sesiapa yang baik agamanya,akhlaknya,maka 
nikahilah dia..jika kamu tidak melakukannya,nescaya akan berlakulah fitnah 
di atas muka bumi ini dan pelbagai kerosakan "


* yang BERAGAMA menjadi buruan....intabihiiii akhowatna =')

Sedikit perkongsian dari kelas 'Ulum Hadis bersama Syeikh Dr.Ibrahim Naijar
(Nigeria)..Beliau menyatakan terdapat satu kisah seorang lelaki yang ingin
bernikah dengan seorang wanita dari puak khawarij dengan niat ingin
memperbaikinya.Namun,pada akhirnya lelaki tersebut menjadi sebahagian dari
golongan khawarij.Wa 3iyazubillah~


1. Pentingnya bagi setiap lelaki mahupun wanita untuk mencari pasangan yang
terbaik buat mereka agar sama-sama dapat menuju redha dan jannahNya
insyaAllah =')

2. Amalkan pembacaan Al-Quran dan Hadis buat isteri dan anak-anak setiap hari
agar rumahtangga lebih harmoni dan terbina atas dasar islam yang menyeluruh.
Didikan seperti ini juga mampu melahirkan generasi umat islam yang hebat
biiznillah..


Syeikh kata,bacakan hadis berulang kali dan ajarkan dia dengan uslub yang
mudah agar mereka memahami dan dapat menghafaznya terus masuk ke dalam
kotak ingatan..

sekian sahaja perkongsian mengenai Bab 1 dalam buku ini,nantikan entri Bab 2
yang akan menyusul (entah ke bila nya tak tahu lagi) ^^ mohon doa semua agar semuanya
dipermudahkan Allah..

Jazakumullahu khairan jaza' :)


Thursday, May 23, 2013

:: 20 MEI ::


 ~ dimulakan dengan bismillah..


20 Mei 2013- 20 Mei 1959 = 54 tahun

umur mak saya yang tercinta dah mencecah 54 tahun..sama macam umur ayah
beza umur ayah dengan mak 15hari je..walau macam mana pon,ayah tetap lagi tua
=')

" mak,selamat ulangtahun..dah 54 tahun kan? bla bla bla.......ok la mak,jage diri
elok2 kat rumah tu,jage kesihatan,jangan masuk-masuk hospital lagi..nanti adik
dah nak masuk universiti,ayah,abang,angah,balang semua kerja..nanti tak ada
yang nak jage..kakak jauh..."  


T___T sobs sobs


air hangat itu gugur lagi.....
mematikan perbualan antara kami anak-beranak.....telefon dimatikan......


benarlah....genetik emak yang mudah mengalirkan air mata itu telah 'tumpah'
kepadaku 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'...kan? ^^
dan ke'lambat'an post mengenai ulangtahun kelahiran mak ini disebabkan oleh 
ke'sibuk'an saya dalam melalui fatrah imtihan final..


foto emak bersama dua anak daranya ^^



insyaAllah..cuti semester dua telah bermula..seeking for another episode of tarbiyah 
aulad dan new upcoming novel ( malay version ) biiznillah :

" Men are from Mars,Women are from Venus"

doakan moga Allah izinkan tubuh badan yang dipinjamkan ini untuk berbakti dan 
berkongsi :) moga cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya...all the best semua!!


* jangan lupa berKAHFI ^_^


ma3an najah buat semua..don't stop! don't give up ! keep trying..you get it right 
=') thanks kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan dan menyokong dari 
seluruh pelosok bumi..



Saturday, May 18, 2013

:: ku ingin capai impian itu,biiznillah ::


Bismillah..

Saya ingin mencapai impian dan cita-cita itu..ingin..ingin sekali..bukan mudah
tetapi tidak mustahil..semoga Allah izinkan langkah penulisan ini menjadi
lebih baik agar bermanfaat buat diri dan pembaca..


Cemburu..jealous..iri hati.. T__T


"Just be yourself " mm.. sometimes,i feel that it's necessary to change ourself
in order to be a better person,right? change ourself = attitude/way of life's before..
keep on trying and praying may Allah grants our du'a insyaAllah~


Mengambil ibrah dari setiap yang berlaku di sekeliling - jalan2 dalam universiti -
baca buku - menikmati suasana yang aman dan menenangkan -


Alhamdulillah...fresh!! segar!! ^^




* all the best!! its our choice !! " dengan mengingati Allah,hati akan tenang"- 
put your trust in Him ~




Wednesday, May 8, 2013

:: ........... ::

 


:/
:(


sukarnya melupakan
sukarnya menafikan
sukarnya nak berubah..



moga kuat
mohon sabar
tolong senyum
usaha lupakan..



besarnya impak
dalamnya kesan
sakitnya qalbi..



Allah yang pegang hati
doa banyak-banyak
moga dikurnia kebaikan..



jadikan ia panduan
untuk masa depan
jangan mudah mengalah
jangan berharap pada yang tak pasti
jangan manjakan diri anda!!



pesanan khidmat masyarakat : live to the fullest!!! ^_^

please remind it clearly in you mind :

sesiapa sahaja yang hadir ke dalam hidup kita,mendatangkan
kesenangan/kesusahan...mereka itu hakikatnya telah membawa 'sesuatu'
untuk kita...take it/leave it..the decision is in our hand!!


Sunday, May 5, 2013

:: 5 MEI ::

SANAH HELWAH AYAH!!


gambar hiasan *terbaik la design dia (Y) ...^^



" salam..selamat ulangtahun ke-54 ayah =') semoga dipermudahkan urusan+diberkati 

kehidupan+dilimpahkan rezeki+dikurniakan infiniti kebaikan insyaAllah.PRU13!!

pilihan terbaik :) moga Allah izin menang "




kiriman mesej buat ayah di hari ulangtahun beliau semalam..tidak mampu untuk 

melakukan panggilan telefon.. >< takut ='(




" terima kasih..semoga doa anak-anak ayah dimakbulkan Allah..tolong jaga diri,

belajar betul-betul demi kelangsungan hidup ...."



ayat 'belajar betul-betul' tu macam terasa berat sangat..sebelum ni guna ayat 'belajar 

elok-elok'...ayah...kisah suka duka bersama ayah~


~ rotan hinggap ditangan! pap! pap! pap!

air hangat itu mengalir..baca Al-Quran tak betul..ayah rotan..ayah tak bezakan anak

murid dan anak sendiri ketika mengajar mengaji..


~ ayah lantik jadi pembantu untuk semak bacaan anak murid kerana pertambahan 

bilangan kanak-kanak yang menyertai kelas mengaji Al-Quran..^_^


~ ayah tidak biasakan kami adik-beradik dengan perjalanan (melancong) dari kecil..

tapi,selepas tamat darjah enam...abang,angah dan saya melanjutkan pelajaran ke 

sekolah asrama..abang dan angah ke Maahad ------> ITQAN..saya pula dari 

SMKA Pedas ------> SMAPL



~ disebabkan itu,setiap kali perjalanan jauh (dekat pun sebenarnya)..contoh : 

nak balik asrama (kat Seremban..harap maklum) ^^..saya wajib MUNTAH...

err...malu..hewhew..selalu kena bahan dengan adik-beradik "ghayat ko ni kak,

jalan yo muntah,ntah pobondo eh ntah"..sobs sobs sobs... T______T 

nota kaki : hatta sampai Jordan pun habit tu tak hilang..otokke?


* dalam pado ghayat tu la,dapek sey smpai kek joden ni ha.. hehe (^_^) 


~ saya juga tidak dimanjakan sejak kecil...*bukan ayat merajuk/jeles..uhuk3 >< 

walaupun begitu,saya gembira kerana hasil didikan itu,kini saya bukanlah 

seorang yang 'cengeng'...thanks mak dan ayah!! 


~ tapi...sejak masuk Tingkatan 5,saya tersedar bahawa ayah seakan-akan memberi 

perhatian yang lebih kepada saya...sehinggakan mak dan adik-beradik saya meminta 

bantuan saya untuk cakap/mintak apa-apa dari ayah.. =( *dipergunakan untuk kepentingan 

mereka haha.. :D tapi,saya tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan dan 

keprihatinan ayah


~ kami juga (2 beradik perempuan) tidak dibenarkan keluar rumah..

*bukan kena kurung k.. ^^remaja seusia kami mungkin sudah menjengah PWTC untuk 

BookFair (pameran buku),mengadakan reunion di tempat-tempat seperti di Jaya 

JUSCO,Senawang/shopping mall,main bowling dan lain-lain...* first time main bowling 

kat jordan tau..isk3 betul..nasib main power!! ahaks


~ dan natijahnya,saya bukanlah seorang yang 'kaki jalan'..tapi macam mana adik 

saya boleh terlepas dari natijah yang sama?? musykil..i meant adik saya rajin 

berjalan..rajin merayau..suka shopping..selalu keluar dengan kawan-kawan dia..

 mm..mungkin keinginan yang tinggi dalam diri membantu proses perubahan 

'dari peroleh natijah yang sama dengan saya'..ngeh3 :)


~ ayah...kelihatan garang dan serius...tapi ramah...banyak kenalan...pantang 

berjalan,ada je yang tegur...xoxo..lupe pulak..faktor saya kurang berjalan itu 

sebenarnya lebih kepada mewarisi sifat mak...mak bukan kaki jalan...kesian ayah.

tiap kali jalan/attend weddings selalu orang tanya perihal keluarga.. "mano anak bini 

ko ni daud??soghang yo datang" bukan salah ayah..kami yang malas..haha =D


~ tapi,kadang-kadang ayah dah terlalu stres dengan persoalan tersebut makanya..

dia paksa kami untuk ikut..hehe..padan muka semua!! >< ayah ni jenis yang 

pentingkan hubungan dengan kerabat dan juga sahabat...alau boleh,semua insan 

yang berada dalam susur -galur salasilah keluarga akan diperkenalkan pada kami..

ditambah pula dengan adik-beradik ayah yang mencecah 13 orang semuanya..

*saya tak tahu ayah anak ke berapa ^^ tapi area 6-7 kot..



~ ayah pernah cakap "kalau ayah xdo sok,ni la oghang2+sedagho2 ko yang bulih 

nak dimintak tolong"  T______T ayah berfikir panjang...demi kami anak-anak...


~ kenangan paling pahit...walaupun ketika itu saya masih kecil tapi peristiwanya 

kemas tersimpan dalam kotak memori ini.. ='( didik hati saya untuk jadi kuat..

percaya dengan ayah..jauhi finah yang bisa membinasakan..


~ ayah...my supporter!! Tilawah Al-Quran...tiap kali ada musabaqoh,ayah akan 

pastikan saya masuk dan praktis dengan ustaz (bangcik)...ayah juga pengkritik tegar

haha..terkadang saya berputus asa dengan kata-katanya..tapi,saya tahu niat ayah 

untuk saya bangkit dan buktikan bahawa apa yang dia cakap tu semua salah..

saya mampu lakukan yang terbaik!! *ayah pernah cakap dulu,lepas grad nanti pon kalau boleh nak 

suruh teruskan penyertaan dalam MTAQ..dia tak tahu anak dia yang sorang ni dah pancit..nafas makin 

pendek untuk aktiviti 'tarik-menarik' lagu.. ^^ just wait and see!! =')


~ ok,panjang dah kan..saya tidak mempunyai simpanan foto ayah sendirian.. 

sobs sobs..apa punya anak.. T__T .. akhirul kalam,mari sama-sama sedekahkan 

al-fatihah untuk kesejahteraan ayah dan mak serta keluarga ....


p/s : road to final/nihaie..5days to go..will be starts on 11/5-23/5 insyaAllah.. ma3an najah~