Sunday, June 2, 2013

:: Bab 1- Perkahwinan mithali (qudwah) dan hubungannya dengan tarbiyah ::


^_^



Perkahwinan :

1. Fitrah insani
2. Kepentingan dalam masyarakat
3. Pemilihan

:: Secara amnya,perasaaan suka,saling menyayangi,cinta merupakan suatu fitrah
yang Allah hadiahkan buat semua makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini..
tidak hanya pada manusia juga pada haiwan..maka,menyanyangi dan rasa ingin
disayangi bukanlah suatu kesalahan kerana datangnya 'rasa' itu dari Ilahi =')

Apa yang dituntut di sini adalah bagaimana cara kita memandu 'rasa' dan perasaan
itu mengikut landasan yang ditetapkan syara' di samping menagih redha dan berkat
dariNya..islam hadir sebagai pelengkap dan pemandu dalam kita menjalani
kehidupan seharian,maka pastinya perkara ini ada peraturannya yang tersendiri
dalam islam..

Perkahwinan adalah solusi yang Allah tetapkan dalam syari'at islam ^^


وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً
                                  ...وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون  


" Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya adalah Dia menciptakan pasangan-
pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa cenderung dan tenteram 
kepadanya dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah 
bagi kaum yang berfikir " ~ Ar-Rum : 21 ~



روى البخاري ومسلم عن أنس رضي الله عنه  : " جاء رهط إلى بيوت أزواج النبي صلَى عليه وسلم
 يسألون عن عبادته , فلما أخبروا كأنهم تقالوها (وجدوها قليلة) فقالوا : وأين نحن من النبيَ صلَى الله
 عليه وسلم , قد غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر . قال  أحدهم  : أما أنا فإني أصلي الليل أبداً
 , وقال آخر : أنا أصوم الدهر ولا أفطر . وقال لآخر : أنا أعتزل النساء فلا أتزوج  أبداً .فجاء رسول اللَه
 صلَى عليه وسلم فقال : أنتم الذين قلتم كذا وكذا؟ أما واللَه إني لأخشاكم للَه , وأتقاكم له , لكني أصوم وأفطر ,
    وأصلي  وأرقد , وأتزوج النساء , فمن رغب عن سنتي فتيس مني 


Pernah suatu ketika tiga orang sahabat datang bertanya kepada isteri-isteri 
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang ibadah baginda, kemudian setelah 
diterangkan,berkatalah mereka : " Di manakah kedudukan kami berbanding 
Nabi yang telah diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang " 

Salah seorang berkata : Adapun saya, akan bangun setiap malam.. Dan 
sahabat lain berkata : Adapun saya akan berpuasa di siang hari dan tidak 
berbuka.. Dan sahabat yang lain berkata : saya akan menjauhi wanita, 
saya tidak akan berkahwin selamanya …. 

Ketika hal itu di dengari oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau keluar
 dan bersabda :

“Maksudnya: Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, Demi Allah,
 sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. 
Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur 
dan aku juga mengahwini wanita. Maka barangsiapa yang tidak menyukai 
sunnahku, maka ia tidak termasuk dalam golonganku”. 

(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)




^^ dah tersenyum sendirian la pulak ~ hehe
........ Ya Rabb,jauhkan diriku dari terlalai dari matlamat sebenar penulisan berkaitan 
pernikahan ini........


:: Pernikahan merupakan permulaan perjalanan insan dalam mengendalikan kehidupan
mereka dengan sebenar-benar praktikal..kerana apa? kerana rumahtangga yang bakal 
dibina kelak di dalamnya terkandung insan-insan 'baru' yang bakal menentukan 
di manakah 'tempat' kita di padang mahsyar nanti..


Selain memastikan keberlangsungan kehidupan manusia atas muka bumi ini,pernikahan 
bertujuan untuk memelihara nasab keturunan juga menjauhkan masyarakat dari 
berterusan hanyut dengan masalah keruntuhan moral/akhlak...mm..
(belum masuk aqidah lagi ni)...


BEWARE!!!!!


Masalah berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan juga dapat dielakkan.
Sebagai contoh 'ikhtilat' atau pergaulan antara lelaki dan perempuan,masalah kelamin
seperti penyakit berbahaya AIDS,HIV,dan lain-lain..wa 'iya zubillah~


^_^ Pernikahan...

Sebagai wadah untuk ruh dan nafsu secara halal :)
Merujuk kalamullah di atas,Allah menjadikan antara suami isteri itu rasa kasih dan 
sayang..kebahagiaan dan kerahmatan..ketenangan dan kenikmatan..tidak hanya 
kerana mereka berdua,namun dengan hadirnya si cilik mujahid mujahidah sebagai
penyeri rumahtangga~




* gambar sebagai hiasan =')  amir+rohaizat = umar+ulya =') senyum lagi..cinta 
antara dua benua..

" walau jasad kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..bila kau rindu 
pejamkan matamu...aishiteru... "

Kerjasama..komunikasi yang baik..bertolak ansur..tolong-menolong dan yang
lain-lain..semuanya merupakan resepi kejayaan rumahtangga yang awesome
berlandaskan sunnah Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam~

Pentarbiyahan dalam rumahtangga bukan hanya kepada anak-anak tetapi turut
melibatkan pengemudi keluarga,suami dan isteri..ilmu keibubapaan tidak akan
pernah sempurna dan lengkap kerana hakikatnya kita sering belajar perkara
baru natijah dari apa yang berlaku sepanjang menempuhi alam rumahtangga.


 روى الترمذي عن رسول الله صلَى الله عليه وسلم أنه قال : 

(( إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوَجوه , إلا تفعلوا تكن   فتنة في الأرض , وفساد عريض ))  

" Jika datang kepadamu sesiapa yang baik agamanya,akhlaknya,maka 
nikahilah dia..jika kamu tidak melakukannya,nescaya akan berlakulah fitnah 
di atas muka bumi ini dan pelbagai kerosakan "


* yang BERAGAMA menjadi buruan....intabihiiii akhowatna =')

Sedikit perkongsian dari kelas 'Ulum Hadis bersama Syeikh Dr.Ibrahim Naijar
(Nigeria)..Beliau menyatakan terdapat satu kisah seorang lelaki yang ingin
bernikah dengan seorang wanita dari puak khawarij dengan niat ingin
memperbaikinya.Namun,pada akhirnya lelaki tersebut menjadi sebahagian dari
golongan khawarij.Wa 3iyazubillah~


1. Pentingnya bagi setiap lelaki mahupun wanita untuk mencari pasangan yang
terbaik buat mereka agar sama-sama dapat menuju redha dan jannahNya
insyaAllah =')

2. Amalkan pembacaan Al-Quran dan Hadis buat isteri dan anak-anak setiap hari
agar rumahtangga lebih harmoni dan terbina atas dasar islam yang menyeluruh.
Didikan seperti ini juga mampu melahirkan generasi umat islam yang hebat
biiznillah..


Syeikh kata,bacakan hadis berulang kali dan ajarkan dia dengan uslub yang
mudah agar mereka memahami dan dapat menghafaznya terus masuk ke dalam
kotak ingatan..

sekian sahaja perkongsian mengenai Bab 1 dalam buku ini,nantikan entri Bab 2
yang akan menyusul (entah ke bila nya tak tahu lagi) ^^ mohon doa semua agar semuanya
dipermudahkan Allah..

Jazakumullahu khairan jaza' :)


Thursday, May 23, 2013

:: 20 MEI ::


 ~ dimulakan dengan bismillah..


20 Mei 2013- 20 Mei 1959 = 54 tahun

umur mak saya yang tercinta dah mencecah 54 tahun..sama macam umur ayah
beza umur ayah dengan mak 15hari je..walau macam mana pon,ayah tetap lagi tua
=')

" mak,selamat ulangtahun..dah 54 tahun kan? bla bla bla.......ok la mak,jage diri
elok2 kat rumah tu,jage kesihatan,jangan masuk-masuk hospital lagi..nanti adik
dah nak masuk universiti,ayah,abang,angah,balang semua kerja..nanti tak ada
yang nak jage..kakak jauh..."  


T___T sobs sobs


air hangat itu gugur lagi.....
mematikan perbualan antara kami anak-beranak.....telefon dimatikan......


benarlah....genetik emak yang mudah mengalirkan air mata itu telah 'tumpah'
kepadaku 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'...kan? ^^
dan ke'lambat'an post mengenai ulangtahun kelahiran mak ini disebabkan oleh 
ke'sibuk'an saya dalam melalui fatrah imtihan final..


foto emak bersama dua anak daranya ^^



insyaAllah..cuti semester dua telah bermula..seeking for another episode of tarbiyah 
aulad dan new upcoming novel ( malay version ) biiznillah :

" Men are from Mars,Women are from Venus"

doakan moga Allah izinkan tubuh badan yang dipinjamkan ini untuk berbakti dan 
berkongsi :) moga cuti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya...all the best semua!!


* jangan lupa berKAHFI ^_^


ma3an najah buat semua..don't stop! don't give up ! keep trying..you get it right 
=') thanks kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan dan menyokong dari 
seluruh pelosok bumi..



Saturday, May 18, 2013

:: ku ingin capai impian itu,biiznillah ::


Bismillah..

Saya ingin mencapai impian dan cita-cita itu..ingin..ingin sekali..bukan mudah
tetapi tidak mustahil..semoga Allah izinkan langkah penulisan ini menjadi
lebih baik agar bermanfaat buat diri dan pembaca..


Cemburu..jealous..iri hati.. T__T


"Just be yourself " mm.. sometimes,i feel that it's necessary to change ourself
in order to be a better person,right? change ourself = attitude/way of life's before..
keep on trying and praying may Allah grants our du'a insyaAllah~


Mengambil ibrah dari setiap yang berlaku di sekeliling - jalan2 dalam universiti -
baca buku - menikmati suasana yang aman dan menenangkan -


Alhamdulillah...fresh!! segar!! ^^




* all the best!! its our choice !! " dengan mengingati Allah,hati akan tenang"- 
put your trust in Him ~




Wednesday, May 8, 2013

:: ........... ::

 


:/
:(


sukarnya melupakan
sukarnya menafikan
sukarnya nak berubah..



moga kuat
mohon sabar
tolong senyum
usaha lupakan..



besarnya impak
dalamnya kesan
sakitnya qalbi..



Allah yang pegang hati
doa banyak-banyak
moga dikurnia kebaikan..



jadikan ia panduan
untuk masa depan
jangan mudah mengalah
jangan berharap pada yang tak pasti
jangan manjakan diri anda!!



pesanan khidmat masyarakat : live to the fullest!!! ^_^

please remind it clearly in you mind :

sesiapa sahaja yang hadir ke dalam hidup kita,mendatangkan
kesenangan/kesusahan...mereka itu hakikatnya telah membawa 'sesuatu'
untuk kita...take it/leave it..the decision is in our hand!!


Sunday, May 5, 2013

:: 5 MEI ::

SANAH HELWAH AYAH!!


gambar hiasan *terbaik la design dia (Y) ...^^



" salam..selamat ulangtahun ke-54 ayah =') semoga dipermudahkan urusan+diberkati 

kehidupan+dilimpahkan rezeki+dikurniakan infiniti kebaikan insyaAllah.PRU13!!

pilihan terbaik :) moga Allah izin menang "




kiriman mesej buat ayah di hari ulangtahun beliau semalam..tidak mampu untuk 

melakukan panggilan telefon.. >< takut ='(




" terima kasih..semoga doa anak-anak ayah dimakbulkan Allah..tolong jaga diri,

belajar betul-betul demi kelangsungan hidup ...."



ayat 'belajar betul-betul' tu macam terasa berat sangat..sebelum ni guna ayat 'belajar 

elok-elok'...ayah...kisah suka duka bersama ayah~


~ rotan hinggap ditangan! pap! pap! pap!

air hangat itu mengalir..baca Al-Quran tak betul..ayah rotan..ayah tak bezakan anak

murid dan anak sendiri ketika mengajar mengaji..


~ ayah lantik jadi pembantu untuk semak bacaan anak murid kerana pertambahan 

bilangan kanak-kanak yang menyertai kelas mengaji Al-Quran..^_^


~ ayah tidak biasakan kami adik-beradik dengan perjalanan (melancong) dari kecil..

tapi,selepas tamat darjah enam...abang,angah dan saya melanjutkan pelajaran ke 

sekolah asrama..abang dan angah ke Maahad ------> ITQAN..saya pula dari 

SMKA Pedas ------> SMAPL



~ disebabkan itu,setiap kali perjalanan jauh (dekat pun sebenarnya)..contoh : 

nak balik asrama (kat Seremban..harap maklum) ^^..saya wajib MUNTAH...

err...malu..hewhew..selalu kena bahan dengan adik-beradik "ghayat ko ni kak,

jalan yo muntah,ntah pobondo eh ntah"..sobs sobs sobs... T______T 

nota kaki : hatta sampai Jordan pun habit tu tak hilang..otokke?


* dalam pado ghayat tu la,dapek sey smpai kek joden ni ha.. hehe (^_^) 


~ saya juga tidak dimanjakan sejak kecil...*bukan ayat merajuk/jeles..uhuk3 >< 

walaupun begitu,saya gembira kerana hasil didikan itu,kini saya bukanlah 

seorang yang 'cengeng'...thanks mak dan ayah!! 


~ tapi...sejak masuk Tingkatan 5,saya tersedar bahawa ayah seakan-akan memberi 

perhatian yang lebih kepada saya...sehinggakan mak dan adik-beradik saya meminta 

bantuan saya untuk cakap/mintak apa-apa dari ayah.. =( *dipergunakan untuk kepentingan 

mereka haha.. :D tapi,saya tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan dan 

keprihatinan ayah


~ kami juga (2 beradik perempuan) tidak dibenarkan keluar rumah..

*bukan kena kurung k.. ^^remaja seusia kami mungkin sudah menjengah PWTC untuk 

BookFair (pameran buku),mengadakan reunion di tempat-tempat seperti di Jaya 

JUSCO,Senawang/shopping mall,main bowling dan lain-lain...* first time main bowling 

kat jordan tau..isk3 betul..nasib main power!! ahaks


~ dan natijahnya,saya bukanlah seorang yang 'kaki jalan'..tapi macam mana adik 

saya boleh terlepas dari natijah yang sama?? musykil..i meant adik saya rajin 

berjalan..rajin merayau..suka shopping..selalu keluar dengan kawan-kawan dia..

 mm..mungkin keinginan yang tinggi dalam diri membantu proses perubahan 

'dari peroleh natijah yang sama dengan saya'..ngeh3 :)


~ ayah...kelihatan garang dan serius...tapi ramah...banyak kenalan...pantang 

berjalan,ada je yang tegur...xoxo..lupe pulak..faktor saya kurang berjalan itu 

sebenarnya lebih kepada mewarisi sifat mak...mak bukan kaki jalan...kesian ayah.

tiap kali jalan/attend weddings selalu orang tanya perihal keluarga.. "mano anak bini 

ko ni daud??soghang yo datang" bukan salah ayah..kami yang malas..haha =D


~ tapi,kadang-kadang ayah dah terlalu stres dengan persoalan tersebut makanya..

dia paksa kami untuk ikut..hehe..padan muka semua!! >< ayah ni jenis yang 

pentingkan hubungan dengan kerabat dan juga sahabat...alau boleh,semua insan 

yang berada dalam susur -galur salasilah keluarga akan diperkenalkan pada kami..

ditambah pula dengan adik-beradik ayah yang mencecah 13 orang semuanya..

*saya tak tahu ayah anak ke berapa ^^ tapi area 6-7 kot..



~ ayah pernah cakap "kalau ayah xdo sok,ni la oghang2+sedagho2 ko yang bulih 

nak dimintak tolong"  T______T ayah berfikir panjang...demi kami anak-anak...


~ kenangan paling pahit...walaupun ketika itu saya masih kecil tapi peristiwanya 

kemas tersimpan dalam kotak memori ini.. ='( didik hati saya untuk jadi kuat..

percaya dengan ayah..jauhi finah yang bisa membinasakan..


~ ayah...my supporter!! Tilawah Al-Quran...tiap kali ada musabaqoh,ayah akan 

pastikan saya masuk dan praktis dengan ustaz (bangcik)...ayah juga pengkritik tegar

haha..terkadang saya berputus asa dengan kata-katanya..tapi,saya tahu niat ayah 

untuk saya bangkit dan buktikan bahawa apa yang dia cakap tu semua salah..

saya mampu lakukan yang terbaik!! *ayah pernah cakap dulu,lepas grad nanti pon kalau boleh nak 

suruh teruskan penyertaan dalam MTAQ..dia tak tahu anak dia yang sorang ni dah pancit..nafas makin 

pendek untuk aktiviti 'tarik-menarik' lagu.. ^^ just wait and see!! =')


~ ok,panjang dah kan..saya tidak mempunyai simpanan foto ayah sendirian.. 

sobs sobs..apa punya anak.. T__T .. akhirul kalam,mari sama-sama sedekahkan 

al-fatihah untuk kesejahteraan ayah dan mak serta keluarga ....


p/s : road to final/nihaie..5days to go..will be starts on 11/5-23/5 insyaAllah.. ma3an najah~



Tuesday, April 16, 2013

:: Teruji =') ::



(^_^)



Alhamdulillah..


Sedang berada dalam fatrah ujian..semoga menjadi lebih kuat dan bijak dalam membuat

keputusan ^^  " Allah tidak akan membebani seseorang itu melebihi kemampuannya"

Aja aja!!

cooooooooooooooooooooppppppppppppp!!!!!!!!!!!

lupa untuk berkongsi berita gembira dengan kalian..alhamdulillah 15/4 yang lalu,kakak ipar

saya telah selamat melahirkan seorang mujahidah kecil tepat jam 12.05 tengahari dengan 

berat 3.50 kg ~ boghek tekau! ni saya sertakan gambar mujahidah gebu tersebut.. =')





* ikut raut wajah kakanda terchentaa.. :)



* sape paling omeyy?? ^^


*tasnim humaira' terkini....
nak azan tapi perempuan pulak > <
nak ikut p'ngah,suara sedap =')


sekian...sedikit sedutan dan imbauan kenangan bersama anak buah..tasnim tak kenal

m'cik leha..macam mana ni?? T_____________T

kalau tasnim tak kenal,adik dia apatah lagi..kesian cik leha.. duduk jauh 4tahun,balik-

balik je anak buah dah berderet..uhuk3 ^_^ apa pun,alhamdulillah..



menunggu giliran seterusnya...my dear angah (with love)..may Allah ease everything 

insyaAllah..... ROAD TO BE MORE REALISTIC AND RESPONSIBLE...

BIIZNILLAH INSYAALLAH...DO PRAY FOR ME :)



Wednesday, April 10, 2013

:: Entri 25 Mac 2013 ::


Bismillah...syukur alhamdulillah atas nikmat kehidupan,hirupan udara dan nafas yang

tidak henti-henti Allah hadiahkan buat diri kita ini.. =')

nothing special to share about my date of birth ,25th of Mac..sekadar ingin menzahirkan

rasa syukur dengan usia dan masa yang masih dipinjamkanNya hingga ke hari ini..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..may Allah bless usia yang berbaki ini..

actually,nak masukkan gambar kek dan sambutan2 hari jadi tapi ada kekangan dan

masalah sedikit..jika diizinkanNya,insyaAllah akan diqada' di kemudian hari =D



9/4/2013...selesai imtihan thani...kesihatan juga alhamdulillah beransur pulih...sedang

meneruskan pembacaan novel karangan Dr.Farhan Hadi yang bertajuk :

" Ku Temui CintaNya "

pada hari ulangtahun kelahiranku yang lalu,ku berdoa semoga usia yang telah menginjak

angka 2 ini akan berlakunya sebuah permulaan kebaikan yang lebih 'extra' =')

alhamdulillah..nampak gayanya,seperti sudah kelihatan jalan-jalan yang Dia tetapkan

buat diri ini..teringat quote dari seorang hamba Allah yang merupakan Yang Di-Pertua

Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (YDP BKMNS 13/14) Jordan :



" Jawatan bukanlah suatu kemuliaan namun ia merupakan ujian buat 

seseorang.. "



Semoga taklifan tanggungjawab yang dikurniakan Allah ini mampu dipikul dengan 

sebaiknya insyaAllah..saya kini berpegang dengan satu kalam :


" orang yang qowiyy adalah orang yang hebat dalam menguruskan 

masanya..dan mereka yang mempunyai masa adalah mereka yang sibuk..

biar kita sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat kerana masa

lapang akan mendorong kita melakukan kerja yang sia-sia.."


na'udzubillah..moga dijauhkan dari golongan yang lalai dan melakukan perkara yang sia-sia

(+ve) nya tanggunggjawab ini adalah :

1.mengajar dan mendidik diri jadi insan yang lebih responsible
2.menambahkan nilai-nilai etika dalam muamalah
3.lead us to 'put ourself in their shoes'
4.memupuk sikap saling bekerjasama dan toleransi dalam semua hal
5.mendidik sikap sabar dalam menangani segala macam masalah
6.give and get supports from our team
7.belajar untuk memperbaiki diri dengan kritikan dari teammates/others
8.praktis untuk senyum  =') walau dalam apa jua keadaan yang dihadapi
(jangan buat orang lain risaukan keadaan kita)
9.learn to appreciate everyone that has comes to our life
10.learn from mistakes


banyak dah kot ni.. ^_^

semoga Allah redha dan bantu kita dalam menjalani kehidupan yang akan datang

insyaAllah... Allahu yusahhil umurana insyaAllah...titipkan semangat dan kekuatan!!