Sunday, May 5, 2013

:: 5 MEI ::

SANAH HELWAH AYAH!!


gambar hiasan *terbaik la design dia (Y) ...^^



" salam..selamat ulangtahun ke-54 ayah =') semoga dipermudahkan urusan+diberkati 

kehidupan+dilimpahkan rezeki+dikurniakan infiniti kebaikan insyaAllah.PRU13!!

pilihan terbaik :) moga Allah izin menang "




kiriman mesej buat ayah di hari ulangtahun beliau semalam..tidak mampu untuk 

melakukan panggilan telefon.. >< takut ='(




" terima kasih..semoga doa anak-anak ayah dimakbulkan Allah..tolong jaga diri,

belajar betul-betul demi kelangsungan hidup ...."



ayat 'belajar betul-betul' tu macam terasa berat sangat..sebelum ni guna ayat 'belajar 

elok-elok'...ayah...kisah suka duka bersama ayah~


~ rotan hinggap ditangan! pap! pap! pap!

air hangat itu mengalir..baca Al-Quran tak betul..ayah rotan..ayah tak bezakan anak

murid dan anak sendiri ketika mengajar mengaji..


~ ayah lantik jadi pembantu untuk semak bacaan anak murid kerana pertambahan 

bilangan kanak-kanak yang menyertai kelas mengaji Al-Quran..^_^


~ ayah tidak biasakan kami adik-beradik dengan perjalanan (melancong) dari kecil..

tapi,selepas tamat darjah enam...abang,angah dan saya melanjutkan pelajaran ke 

sekolah asrama..abang dan angah ke Maahad ------> ITQAN..saya pula dari 

SMKA Pedas ------> SMAPL



~ disebabkan itu,setiap kali perjalanan jauh (dekat pun sebenarnya)..contoh : 

nak balik asrama (kat Seremban..harap maklum) ^^..saya wajib MUNTAH...

err...malu..hewhew..selalu kena bahan dengan adik-beradik "ghayat ko ni kak,

jalan yo muntah,ntah pobondo eh ntah"..sobs sobs sobs... T______T 

nota kaki : hatta sampai Jordan pun habit tu tak hilang..otokke?


* dalam pado ghayat tu la,dapek sey smpai kek joden ni ha.. hehe (^_^) 


~ saya juga tidak dimanjakan sejak kecil...*bukan ayat merajuk/jeles..uhuk3 >< 

walaupun begitu,saya gembira kerana hasil didikan itu,kini saya bukanlah 

seorang yang 'cengeng'...thanks mak dan ayah!! 


~ tapi...sejak masuk Tingkatan 5,saya tersedar bahawa ayah seakan-akan memberi 

perhatian yang lebih kepada saya...sehinggakan mak dan adik-beradik saya meminta 

bantuan saya untuk cakap/mintak apa-apa dari ayah.. =( *dipergunakan untuk kepentingan 

mereka haha.. :D tapi,saya tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan dan 

keprihatinan ayah


~ kami juga (2 beradik perempuan) tidak dibenarkan keluar rumah..

*bukan kena kurung k.. ^^remaja seusia kami mungkin sudah menjengah PWTC untuk 

BookFair (pameran buku),mengadakan reunion di tempat-tempat seperti di Jaya 

JUSCO,Senawang/shopping mall,main bowling dan lain-lain...* first time main bowling 

kat jordan tau..isk3 betul..nasib main power!! ahaks


~ dan natijahnya,saya bukanlah seorang yang 'kaki jalan'..tapi macam mana adik 

saya boleh terlepas dari natijah yang sama?? musykil..i meant adik saya rajin 

berjalan..rajin merayau..suka shopping..selalu keluar dengan kawan-kawan dia..

 mm..mungkin keinginan yang tinggi dalam diri membantu proses perubahan 

'dari peroleh natijah yang sama dengan saya'..ngeh3 :)


~ ayah...kelihatan garang dan serius...tapi ramah...banyak kenalan...pantang 

berjalan,ada je yang tegur...xoxo..lupe pulak..faktor saya kurang berjalan itu 

sebenarnya lebih kepada mewarisi sifat mak...mak bukan kaki jalan...kesian ayah.

tiap kali jalan/attend weddings selalu orang tanya perihal keluarga.. "mano anak bini 

ko ni daud??soghang yo datang" bukan salah ayah..kami yang malas..haha =D


~ tapi,kadang-kadang ayah dah terlalu stres dengan persoalan tersebut makanya..

dia paksa kami untuk ikut..hehe..padan muka semua!! >< ayah ni jenis yang 

pentingkan hubungan dengan kerabat dan juga sahabat...alau boleh,semua insan 

yang berada dalam susur -galur salasilah keluarga akan diperkenalkan pada kami..

ditambah pula dengan adik-beradik ayah yang mencecah 13 orang semuanya..

*saya tak tahu ayah anak ke berapa ^^ tapi area 6-7 kot..



~ ayah pernah cakap "kalau ayah xdo sok,ni la oghang2+sedagho2 ko yang bulih 

nak dimintak tolong"  T______T ayah berfikir panjang...demi kami anak-anak...


~ kenangan paling pahit...walaupun ketika itu saya masih kecil tapi peristiwanya 

kemas tersimpan dalam kotak memori ini.. ='( didik hati saya untuk jadi kuat..

percaya dengan ayah..jauhi finah yang bisa membinasakan..


~ ayah...my supporter!! Tilawah Al-Quran...tiap kali ada musabaqoh,ayah akan 

pastikan saya masuk dan praktis dengan ustaz (bangcik)...ayah juga pengkritik tegar

haha..terkadang saya berputus asa dengan kata-katanya..tapi,saya tahu niat ayah 

untuk saya bangkit dan buktikan bahawa apa yang dia cakap tu semua salah..

saya mampu lakukan yang terbaik!! *ayah pernah cakap dulu,lepas grad nanti pon kalau boleh nak 

suruh teruskan penyertaan dalam MTAQ..dia tak tahu anak dia yang sorang ni dah pancit..nafas makin 

pendek untuk aktiviti 'tarik-menarik' lagu.. ^^ just wait and see!! =')


~ ok,panjang dah kan..saya tidak mempunyai simpanan foto ayah sendirian.. 

sobs sobs..apa punya anak.. T__T .. akhirul kalam,mari sama-sama sedekahkan 

al-fatihah untuk kesejahteraan ayah dan mak serta keluarga ....


p/s : road to final/nihaie..5days to go..will be starts on 11/5-23/5 insyaAllah.. ma3an najah~



Tuesday, April 16, 2013

:: Teruji =') ::



(^_^)



Alhamdulillah..


Sedang berada dalam fatrah ujian..semoga menjadi lebih kuat dan bijak dalam membuat

keputusan ^^  " Allah tidak akan membebani seseorang itu melebihi kemampuannya"

Aja aja!!

cooooooooooooooooooooppppppppppppp!!!!!!!!!!!

lupa untuk berkongsi berita gembira dengan kalian..alhamdulillah 15/4 yang lalu,kakak ipar

saya telah selamat melahirkan seorang mujahidah kecil tepat jam 12.05 tengahari dengan 

berat 3.50 kg ~ boghek tekau! ni saya sertakan gambar mujahidah gebu tersebut.. =')





* ikut raut wajah kakanda terchentaa.. :)



* sape paling omeyy?? ^^


*tasnim humaira' terkini....
nak azan tapi perempuan pulak > <
nak ikut p'ngah,suara sedap =')


sekian...sedikit sedutan dan imbauan kenangan bersama anak buah..tasnim tak kenal

m'cik leha..macam mana ni?? T_____________T

kalau tasnim tak kenal,adik dia apatah lagi..kesian cik leha.. duduk jauh 4tahun,balik-

balik je anak buah dah berderet..uhuk3 ^_^ apa pun,alhamdulillah..



menunggu giliran seterusnya...my dear angah (with love)..may Allah ease everything 

insyaAllah..... ROAD TO BE MORE REALISTIC AND RESPONSIBLE...

BIIZNILLAH INSYAALLAH...DO PRAY FOR ME :)



Wednesday, April 10, 2013

:: Entri 25 Mac 2013 ::


Bismillah...syukur alhamdulillah atas nikmat kehidupan,hirupan udara dan nafas yang

tidak henti-henti Allah hadiahkan buat diri kita ini.. =')

nothing special to share about my date of birth ,25th of Mac..sekadar ingin menzahirkan

rasa syukur dengan usia dan masa yang masih dipinjamkanNya hingga ke hari ini..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..may Allah bless usia yang berbaki ini..

actually,nak masukkan gambar kek dan sambutan2 hari jadi tapi ada kekangan dan

masalah sedikit..jika diizinkanNya,insyaAllah akan diqada' di kemudian hari =D



9/4/2013...selesai imtihan thani...kesihatan juga alhamdulillah beransur pulih...sedang

meneruskan pembacaan novel karangan Dr.Farhan Hadi yang bertajuk :

" Ku Temui CintaNya "

pada hari ulangtahun kelahiranku yang lalu,ku berdoa semoga usia yang telah menginjak

angka 2 ini akan berlakunya sebuah permulaan kebaikan yang lebih 'extra' =')

alhamdulillah..nampak gayanya,seperti sudah kelihatan jalan-jalan yang Dia tetapkan

buat diri ini..teringat quote dari seorang hamba Allah yang merupakan Yang Di-Pertua

Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (YDP BKMNS 13/14) Jordan :



" Jawatan bukanlah suatu kemuliaan namun ia merupakan ujian buat 

seseorang.. "



Semoga taklifan tanggungjawab yang dikurniakan Allah ini mampu dipikul dengan 

sebaiknya insyaAllah..saya kini berpegang dengan satu kalam :


" orang yang qowiyy adalah orang yang hebat dalam menguruskan 

masanya..dan mereka yang mempunyai masa adalah mereka yang sibuk..

biar kita sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat kerana masa

lapang akan mendorong kita melakukan kerja yang sia-sia.."


na'udzubillah..moga dijauhkan dari golongan yang lalai dan melakukan perkara yang sia-sia

(+ve) nya tanggunggjawab ini adalah :

1.mengajar dan mendidik diri jadi insan yang lebih responsible
2.menambahkan nilai-nilai etika dalam muamalah
3.lead us to 'put ourself in their shoes'
4.memupuk sikap saling bekerjasama dan toleransi dalam semua hal
5.mendidik sikap sabar dalam menangani segala macam masalah
6.give and get supports from our team
7.belajar untuk memperbaiki diri dengan kritikan dari teammates/others
8.praktis untuk senyum  =') walau dalam apa jua keadaan yang dihadapi
(jangan buat orang lain risaukan keadaan kita)
9.learn to appreciate everyone that has comes to our life
10.learn from mistakes


banyak dah kot ni.. ^_^

semoga Allah redha dan bantu kita dalam menjalani kehidupan yang akan datang

insyaAllah... Allahu yusahhil umurana insyaAllah...titipkan semangat dan kekuatan!!




Friday, March 29, 2013

:: cik bakteria ::



Ngee~


Bismillah...

" mohon cik bakteria cepat keluar dari perut ini dengan ikhlas,isnin ini saya nak exam 

yang kedua pulak "


fever+cough+flu+vomit
='(


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan:kami telah 

beriman.sedangkan mereka belum diuji?" ~al-ankabut :2-3 ~


"pergilah kepada hambaKu,lalu timpakanlah berbagai-bagai ujian kepadanya 

kerana aku ingin mendengar suaranya" ~ riwayat at-thabrani daripada 

abu umamah ~



doakan saya diberi kekuatan untuk meneruskan langkah kehidupan ini...saya yakin 

doa salah seorang dari kita bakal dimakbulkan Allah insyaAllah.. ^^

2 botol (cecair) + injection.. errrrr.. :/

baru tahu macam mana mak tahan sakit waktu kat hospital dulu..sampai lebam-lebam 

tangan ='(



semoga sepanjang 4tahun kakak dekat sini,mak dan ayah tidak menjejakkan kaki ke 

hospital untuk urusan penahanan wad..*kalau amik ubat takpe..

bukan 4tahun ni je,tapi sampai bila-bila cume spesifiknya 4tahun ni la...no no!! 

another two and a half years more biiznillah =)

p/s : nampak gayanya entri 25 Mac terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada cik badan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya+menjalani peperiksaan dengan tenang insyaAllah..


Sunday, March 24, 2013

:: Special One..Two..Three..Four... ::



=') 

Special 1,2,3,4,5............kira sendiri yang lebih-lebih tu... ^^ apakah significant nya

nombor-nombor ini..ingin ketahuinya??sila layari dan teliti maklumat di bawah :)



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..


nombor ini adalah turutan bagi mereka yang mengucapkan 'selamat hari lahir' buat

diri ini yang kini mencecah 20 tahun..Allah praises to Allah,The Creature of all..

1.mak @ Pn.Marsiam Marzuki (19/3)
2.ayah @ En.Mohd Daud Nyoto (21/3)
3.abang @ En.Mohd Aerwan Mohd Daud (24/3)~dari makkah al-mukarramah
4.cik lynn @ Fadzlin Najwa Anuar
5.cik keroro @ Qararatuljannati Adnin Rithuan
6.cik mah @ Nurul Umamah Hamzah
7.cik tika @ Nurul Atikah Hamzah
8.dik mi @ Mohamad Aimi
9.kak adah @Nurul Syuhada Hamzah
10.sedang menanti...hii ^^

*orang kelima= jannah ^^ (doa yang membuat hati sayu) T_T

ni sambungan mesej jannah di atas..*dy tau saya suke kucing

orang keempat dalam senarai penuh
orang kedua pada tarikh 24/3
orang pertama dalam kalangan sahabat ^_^
* impian dia (jadi org 1st wist) tercapai!




semuanya pernah mengukir 'sesuatu' dalam memori kecilku ini..Allah... T_T

kesebakan dan kerinduan menerobos lubuk hati dan perasaan hamba yang hina ini

mohon sampaikan salam cinta dan rindu buat kedua orang tua tercinta,ayah dan mak

al-fatihah..moga Engkau sentiasa jaga mereka di bawah lembayung rahmatMu 

Ya Rabb!!


tidak lupa buat sahabat-sahabat tercinta..yang tidak pernah mengecewakan perasaan

dan hati ini tatkala daku membutuhkan pertolongan dan meminta nasihat hati =')

moga Allah ganjari usaha dan limpahi kalian dengan keberkatan dalam seisi kehidupan

insyaAllah..


terkadang aku berfikir,di manakah?bagaimanakah?bilakah?saat-saat terakhir destinasi

aku di dunia ini?apatah lagi soalan berkenaan akhirat kelak..bagaimanakah??

moga Allah permudah urusanku di dunia dan akhirat,.Allahumma Amin..juga buat

kamu..moga kita mendapat naungan dan redhaNya insyaAllah..


^_^


Bismillah..moga langkah kaki ini menjadi langkah baru yang diatur sesuai dengan

kehendak dan iradahNya..perubahan menuju ke arah yang lebih baik..amin..

road to MATANG...ㅋㅋㅋㅋ (gelak versi korea sikit)...

terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam drama

hidupku sepanjang 19 tahun ini..dan kini..usia 20 tahun yang hadir,moga dikau 

mampu membuat sesuatu yang 'special' insyaAllah..


sebahagian sahabat..ukhwah fillah insyaAllah.. ^^

~p/s : nantikan entri penuh tentang 25 Mac..insyaAllah biiznillah..



Thursday, March 21, 2013

:: Ayah ::



=')

 Alhamdulillah,all praises to Allah,Almighty...........................



" Assalamualaikum.ini no tel baru ayah 011********...hari isnin ni hari lahir

kakak dan hari tu juga duit zakat MAINS akan diserah pada ayah.Nanti ayah

masuk dalam akaun kakak.insyaAllah,ayah tambah sikit "



demikianlah..titipan pesanan ringkas yang diterima pada 01:27:27pm (waktu Jordan)

oleh ayahanda tersayang..ayah....


sesungguhnya kakak sangat merindui ayah :'(

terima kasih ayah...


ae-man : ayah


"ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah..

betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku..

* terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan..

bagaikan tiada keresahan.....

c/o walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata ..

tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian.. 

ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian..

di saat diriku kehampaan kau setia mengajarku erti kekuatan..

terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya..

bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa..

dengan kata azimat engkau nyalakan semangat,restu dan doa kau iringkan..

ulang c/o

ulang *

tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi ..

sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati..


*mak+ayah saya yg awesome ^^


moga Allah jagakan mereka untukku..dan Allah mengasihi mereka sebagaimana

mereka mengasihiku sewaktu kecil...Allahumma Amin...

Tuesday, March 19, 2013

:: nostalgia+wish ::


='(


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua 

tahun penuh bagi yang ingin menyusui secara sempurna.Dan 

kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka 

dengan cara yang patut.Seseorang tidak dibebani lebih dari   

kesanggupannya.Janganlah seorang ibu menderita kerana 

anaknya dan jangan pula seorang ayah menderita kerana anaknya" 

~ al-baqarah :233 ~



pernah suatu ketika dahulu,aku bertanya pada mak mengenai kehidupanku

sewaktu aku di alam kanak-kanak....bagaimana kelakuanku..bagaimana 

kerenah anakmu yang seorang ini.. =')

"kakak dulu menyusu sekejap je,tak sampai setahun..lepas tu kakak start 

hisap jari *malu heww2 ^^..tak lama lepas tu kan,adik lahir.."

baik punya kakak boleh fikir nak bagi adik menyusu puas2 ..ngee~


adik lahir 31 Disember 1994 *sibuk je nak lahir cepat..kalau tak,beza 2tahun..huh!

maka,saya tidak dapat merasai macam mane nak jaga adik kecik..sebab 

beza saya dengan adik cuma setahun..apabila teringat adik,terkadang saya 

mengimbas memori lama..isk..isk..isk.. ='(


biarkan ia jadi sebahagian dari nostalgia manis dalam kehidupan kita dik..

walaupun kita pernah bertengkar dengan dahsyat*mesti orang tak percaya kalau 

kite cerite dik..walau sebesar mana pun kesalahan kita antara satu sama lain,

tiada sekelumit pun rasa benci dalam hati ini..*geram+sakit hati wajib ..hehe..

orang selalu kata saya panas baran..kalaulah diorang tahu macam mana saya

waktu kat rumah..mm..


segala kisah dan liku-liku yang keluarga kita pernah hadapi...semuanya masih

segar dalam ingatan..sedikit pun tidak mungkin akan aku lupakan...tidak akan

sesekali!!kerana peristiwa-peristiwa itulah yang membuatkan aku mampu 

bertahan dengan ujian yang Allah kirimkan saban hari...alhamdulillah...


tidak pernah terbayang di mindaku bahawa hari ini diriku mampu memijak

bumi barakah wa rahmah,Urdun@Jordan..mak..ayah..betapa banyak 

pengorbanan yang telah kalian lakukan untuk kami,anak-anakmu.. T_T

bermula dengan abang dan angah yang dihantar ke Ardhul Kinanah,Mesir..

kini,anak perempuan sulungmu menyusul mereka di bumi Syam..

*dekat airport KLIA



tadi telefon rumah..borak-borak dengan adik sebelum memulakan bicara dengan

mak..ayah keje katanya..abang baru berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah..

minggu depan nak tidur rumah angah kat Melaka sebab ada kenduri kahwin

keluarga belah mak (Pontian,Johor)..macam-macam cerita..tapi..


setiap kali telefon mak,mesti ade senggang masa yang kami sama-sama diam..

...............................................*lama jugak,dalam 2-3 minit

speechless.....tiada siapa yang menyambung bicara...kelu lidah/tiada cerita/

sedih/bosan...tidak dapat ku pastikan..entah..tiba-tiba "bla bla bla..."

ingatkan cakap dengan kakak,rupanya dengan adik... =='

sempat terdetik dalam hati "adik tu 24 jam/7hari ada kat rumah...nak jugak 

borak-borak time aku telefon"


='(


mak bosan ke cakap dengan kakak???err.....maaf.....saya bukan jenis yang 

cerita dari A-Z kat mak...benda yang penting je...bila rasa mak macam tak 

layan,rasa nak letak telefon.."mak,nanti kirim salam kat ayah,angah,orang 

kampung.."

"yela..kakak,selamat hari lahir! "


errr.....speechless kejap..dalam hati *awalnya wish.... "aa...aaa...ok2..."

dah lama sikit, "mak,terima kasih besarkan kakak..cakap kat ayah jugak.."

di hujung talian,mak dah mula membisu...tangan automatic tarik tisu...

uhuk3 >< sendunya tetap kedengaran walaupun cuba disembunyikan..

*mak..kakak nangis jugak.. ='( 


~kena letak telefon ni,kesian mak sedih (monologku dalam hati)..perghhh..tak ngaku pulak

dia yang nak nangis sebenarnya..krik3 :D 

"mak,doakan kakak ei.." "belajar elok2 .."

usai letak telefon,bukak youtube lagu "buatmu ibu" dan "ayah" nyanyian adik2

Ae-man...dan terus log in blog..............


رب ارحمهما كما ربياني صغيرا
~ al-isra' : 24 ~

" Ya Allah,tatkala mereka melalui kesusahan untuk membesarkan kami adik-

beradik,Engkau ganjarilah mereka dengan pahala bagi setiap titik peluh,

air mata dan kesakitan yang mereka rasai..kuatkanlah hati dan jiwa mereka

untuk meredhai kehidupan kami adik-beradik...Sesungguhnya,keredhaanMu 

terletak pada keredhaan mereka berdua Ya Allah..Engkau jadikanlah kami

sebagai penyejuk mata (qurratul'ain) buat mereka..Dan kelak,Engkau kumpul

kanlah kami sekeluarga di syurga FirdausMu..amin.."