Thursday, March 21, 2013

:: Ayah ::



=')

 Alhamdulillah,all praises to Allah,Almighty...........................



" Assalamualaikum.ini no tel baru ayah 011********...hari isnin ni hari lahir

kakak dan hari tu juga duit zakat MAINS akan diserah pada ayah.Nanti ayah

masuk dalam akaun kakak.insyaAllah,ayah tambah sikit "



demikianlah..titipan pesanan ringkas yang diterima pada 01:27:27pm (waktu Jordan)

oleh ayahanda tersayang..ayah....


sesungguhnya kakak sangat merindui ayah :'(

terima kasih ayah...


ae-man : ayah


"ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah..

betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku..

* terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan..

bagaikan tiada keresahan.....

c/o walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata ..

tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian.. 

ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian..

di saat diriku kehampaan kau setia mengajarku erti kekuatan..

terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya..

bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa..

dengan kata azimat engkau nyalakan semangat,restu dan doa kau iringkan..

ulang c/o

ulang *

tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi ..

sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat di hati..


*mak+ayah saya yg awesome ^^


moga Allah jagakan mereka untukku..dan Allah mengasihi mereka sebagaimana

mereka mengasihiku sewaktu kecil...Allahumma Amin...

Tuesday, March 19, 2013

:: nostalgia+wish ::


='(


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua 

tahun penuh bagi yang ingin menyusui secara sempurna.Dan 

kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka 

dengan cara yang patut.Seseorang tidak dibebani lebih dari   

kesanggupannya.Janganlah seorang ibu menderita kerana 

anaknya dan jangan pula seorang ayah menderita kerana anaknya" 

~ al-baqarah :233 ~



pernah suatu ketika dahulu,aku bertanya pada mak mengenai kehidupanku

sewaktu aku di alam kanak-kanak....bagaimana kelakuanku..bagaimana 

kerenah anakmu yang seorang ini.. =')

"kakak dulu menyusu sekejap je,tak sampai setahun..lepas tu kakak start 

hisap jari *malu heww2 ^^..tak lama lepas tu kan,adik lahir.."

baik punya kakak boleh fikir nak bagi adik menyusu puas2 ..ngee~


adik lahir 31 Disember 1994 *sibuk je nak lahir cepat..kalau tak,beza 2tahun..huh!

maka,saya tidak dapat merasai macam mane nak jaga adik kecik..sebab 

beza saya dengan adik cuma setahun..apabila teringat adik,terkadang saya 

mengimbas memori lama..isk..isk..isk.. ='(


biarkan ia jadi sebahagian dari nostalgia manis dalam kehidupan kita dik..

walaupun kita pernah bertengkar dengan dahsyat*mesti orang tak percaya kalau 

kite cerite dik..walau sebesar mana pun kesalahan kita antara satu sama lain,

tiada sekelumit pun rasa benci dalam hati ini..*geram+sakit hati wajib ..hehe..

orang selalu kata saya panas baran..kalaulah diorang tahu macam mana saya

waktu kat rumah..mm..


segala kisah dan liku-liku yang keluarga kita pernah hadapi...semuanya masih

segar dalam ingatan..sedikit pun tidak mungkin akan aku lupakan...tidak akan

sesekali!!kerana peristiwa-peristiwa itulah yang membuatkan aku mampu 

bertahan dengan ujian yang Allah kirimkan saban hari...alhamdulillah...


tidak pernah terbayang di mindaku bahawa hari ini diriku mampu memijak

bumi barakah wa rahmah,Urdun@Jordan..mak..ayah..betapa banyak 

pengorbanan yang telah kalian lakukan untuk kami,anak-anakmu.. T_T

bermula dengan abang dan angah yang dihantar ke Ardhul Kinanah,Mesir..

kini,anak perempuan sulungmu menyusul mereka di bumi Syam..

*dekat airport KLIA



tadi telefon rumah..borak-borak dengan adik sebelum memulakan bicara dengan

mak..ayah keje katanya..abang baru berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah..

minggu depan nak tidur rumah angah kat Melaka sebab ada kenduri kahwin

keluarga belah mak (Pontian,Johor)..macam-macam cerita..tapi..


setiap kali telefon mak,mesti ade senggang masa yang kami sama-sama diam..

...............................................*lama jugak,dalam 2-3 minit

speechless.....tiada siapa yang menyambung bicara...kelu lidah/tiada cerita/

sedih/bosan...tidak dapat ku pastikan..entah..tiba-tiba "bla bla bla..."

ingatkan cakap dengan kakak,rupanya dengan adik... =='

sempat terdetik dalam hati "adik tu 24 jam/7hari ada kat rumah...nak jugak 

borak-borak time aku telefon"


='(


mak bosan ke cakap dengan kakak???err.....maaf.....saya bukan jenis yang 

cerita dari A-Z kat mak...benda yang penting je...bila rasa mak macam tak 

layan,rasa nak letak telefon.."mak,nanti kirim salam kat ayah,angah,orang 

kampung.."

"yela..kakak,selamat hari lahir! "


errr.....speechless kejap..dalam hati *awalnya wish.... "aa...aaa...ok2..."

dah lama sikit, "mak,terima kasih besarkan kakak..cakap kat ayah jugak.."

di hujung talian,mak dah mula membisu...tangan automatic tarik tisu...

uhuk3 >< sendunya tetap kedengaran walaupun cuba disembunyikan..

*mak..kakak nangis jugak.. ='( 


~kena letak telefon ni,kesian mak sedih (monologku dalam hati)..perghhh..tak ngaku pulak

dia yang nak nangis sebenarnya..krik3 :D 

"mak,doakan kakak ei.." "belajar elok2 .."

usai letak telefon,bukak youtube lagu "buatmu ibu" dan "ayah" nyanyian adik2

Ae-man...dan terus log in blog..............


رب ارحمهما كما ربياني صغيرا
~ al-isra' : 24 ~

" Ya Allah,tatkala mereka melalui kesusahan untuk membesarkan kami adik-

beradik,Engkau ganjarilah mereka dengan pahala bagi setiap titik peluh,

air mata dan kesakitan yang mereka rasai..kuatkanlah hati dan jiwa mereka

untuk meredhai kehidupan kami adik-beradik...Sesungguhnya,keredhaanMu 

terletak pada keredhaan mereka berdua Ya Allah..Engkau jadikanlah kami

sebagai penyejuk mata (qurratul'ain) buat mereka..Dan kelak,Engkau kumpul

kanlah kami sekeluarga di syurga FirdausMu..amin.."

Friday, March 8, 2013

:: kafarah dosa =') ::


" Tidaklah ditimpa sesuatu penyakit atau sejenisnya melainkan gugur 

dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun dari pohonnya "

(riwayat bukhari dan muslim)



alhamdulillah 'ala kulli hal..peringatan dan tanda kerinduanNya padaku kembali 

menyapa dan dalam minggu ini juga,Allah jadikan sakit ini sebagai ujian hebat 

buat diriku..ku anggap sakit ini sebagai peneman imtihan awwal yang bermula 

4/3 hari tu..



the +ve thing that i can see from this 'ujian' :

1.penghapus dosa
2.peningkatan darjat di sisiNya
3.peringatan untuk kembali menemuiNya
4.Allah nak kabulkan doa


quluu amin............... insyaAllah,moga2 Allah rahmati dan berkati kehidupanku 

dengan kedatangan ujian ni~ yang terkilannya,minggu ini tak dapat join kelas-

kelas tambahan luar..study group..dan kelas ilmu yang lain ='(





doakan moga hari-hari mendatang dilalui dengan lebih baik insyaAllah..

aja aja!!! 3 papers to go next week!! Rabbunal musta'an..


Monday, March 4, 2013

:: Catatan Kehidupan 4 ::


Alhamdulillah..

selesai satu paper,Muamalat Mu3asoroh..

=')

" dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk,mereka berpaling 

dan berkata "bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amal kamu,semoga 

selamatlah kamu,kami tidak ingin  (bergaul) dengan orang-orang bodoh " 

- al-qasas : 55-



peringatan dari tadabbur ayat Al-Quran pada hari ini..alhamdulillah..moga dapat 

diamalkan.memang beruntung orang yang dapat membaca Al-Quran+memahami 

isinya+mengamalkan @aplikasikan dalam kehidupan kerana islam sememangnya 

syumul..siapa yang dapat melakukannya memang superb + haybadd!! 

masyaAllah 'alaikum :)


*berdoa agar dapat menjadi sebahagian dari mereka yang beruntung itu..ini adalah 

contoh aplikasinya..insyaAllah cuba sehabis baik..pelihara anggota dari berbuat 

maksiat..

hati + mata + tangan + kaki +telinga + mulut (lidah)...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

perkara terindah yang terjadi dalam masa satu hari :

1.dapat kol ayah,bagitahu tentang plan ke Mesir next year =')

2.kol lynn pukul 2pagi M'sia sebab dia 'wake-up',cerita tentang apa yang berlaku 

berkenaan status tempoh hari,moga dia kuat untuk melalui hari2 sukar dalam 

hidupnya insyaAllah..

3.dapat jadi babysitter Insyirah Sofiyah sekejap sementara parents nye makan di 

kedai (praktis ilmu yang diperoleh dulu=tukar pampers baby)

4.jiran sedekahkan mee soto berpakej (bergedil+ayam carik+sambal kicap) 

marvellous!!

5.kak faiz buat kek pelangi sebab stres terkenang exam pagi tadi =='


teringat janji Allah dalam surah Al-Insyirah : 5-6 



"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya 

bersama kesulitan ada kemudahan"



mungkin Allah nak hadiahkan 'sweet moments' ni sebagai ganjaran atas kesulitan 

tempoh hari..mungkin...menanti hari esok yang telah direncanakan Allah..moga kuat 

untuk terus menghadapi hari muka insyaAllah....

p/s: 4papers to go,doakan semuanya kheir biiznillah 


Saturday, March 2, 2013

:: Air mata kesedihan ::






sharp on time!!! ='(

alhamdulillah,hari ini aku diuji.. hati aku diuji.. tidak inginku persoalkan mengapa+

mengapa Allah memberikan ujian ini padaku... moga air mata yang mengalir ini

"mampu menolak kita menjadi manusia yang luar biasa" insyaAllah...

seseorang yang tidak lagi memandang cinta manusia namun hanya semata-mata

mengharap cintaNya ....amin...

:: Schedule Imtihan ::



Bismillah......

kheir insyaAllah,biiznillah =')

إمتحان الأول

4/3    =  معاملات المالية المعاصرة

5/3    = القواعد الفقهية

7/3    = فقه الجهاد

10/3  = فرق الزواج

12/3  = فقه الأيمان

----------------------------------------------------------------------------------

إمتحان الثاني

1/4 = معاملات المالية المعاصرة

2/4 =  القواعد الفقهية

4/4 = فقه الجهاد

6/4 = اللغة العربية استدراكي

7/4 = فرق الزواج

9/4 =  فقه الأيمان

----------------------------------------------------------------------------------

doakan saya agar terus kuat ... =D tq



Thursday, February 28, 2013

:: ='( mak ::



Allahu Allah T_T..................................



Mak..........

kakak rindu......kakak mintak maaf.....kakak tak berniat.....

kakak pun tengah tahan nangis,sama macam mak......

mak jangan nangis..kakak paling lemah bila mak start nak nangis......

entahla mak.....ni la risiko yang kita kena ambil sejak awal pemergian kakak

ke bumi Urdun ni......mak tau kan semua tu?



" balik je leha,mak ayah ni lain sikit...diorang suruh balik tu 

sebab rindu sangat...lagipun,mak dengan ayah kan..banyak 

dah diorang korban untuk kita..."


disebabkan tahu sebanyak mana pengorbanan diorang tu la saya tak nak balik..

bukan saya sengaja tak nak balik ziarah..tapi......hakikatnya......



dunia kita berbeza.....


kami lain..kalian lain..mereka lain..

keluarga kita tak sama dengan diorang kan mak? even diorang cakap macam tu,

kakak je faham kita ni di tahap yang mana....takpe lah kalau diorang tak dapat

memahami situasi kita,yang penting niat kakak memang ikhlas..



mak faham,kan??? T_T



walaupun kakak tahu semua ini berat bagi seorang ibu lebih-lebih mak sebab

mak seorang yang mudah mengalirkan ='( *air mata.....dan kakak telah mendapat

gene 'cepat nangis' tu,maka amat sukar sekali kakak nak ungkapkan ayat-ayat tu..

kakak terpaksa....sepanjang kita berbicara,kakak doa moga Allah lembutkan hati 

mak untuk dengar rintihan hati dan buah fikiran kakak..



lepas ni,kita serahkan semuanya pada Allah,ok? sebab kakak yakin rezeki itu 

Allah yang bagi...dengan cara apa sekalipun,kalau Alah dah takdirkan kita 

bertemu insyaAllah kita akan jumpa..mak jangan risau..mungkin kasih sayang

melalui doa lebih sweet ^^ sebab kalau kita saling mendoakan tanpa kita ketahui,

insyaAllah Allah makbulkan....



raya 2011 kalau tak silap ^^




mm..ini lah kedua ibu bapa yang saya cintai dan sering dirindui hingga terbawa

ke dalam mimpi.. ='( al-fatihah... moga Allah sentiasa menjaga kalian untukku..


p/s : imtihan awwal kembali lagi!!!! mohon doa dari sahabat pembaca agar 

mendoakan kesihatan dan kekuatan saya untuk menelajaah dan mengulangkaji

pelajaran..biiznillah,saya akan berusaha semaksima mungkin insyaAllah.....