Thursday, February 27, 2014

:: ikhtilat ::

skrol-skrol fb..

skrol lagi dan lagi..

pap!



" Antara pengisian Ust. Zaharuddin dalam Semanis Kurma malam tadi:-


Antara adab untuk brhubung antara lelaki & wanita:

1. Bila ada keperluan 
2. Ada pemilihan bahasa 
3. Hadkan kekerapan berhubung 
4. Awasi waktu berkomunikasi 
5. Perlu ada hijab di dlm hati. 

AWAS, wahai LELAKI! 

* Jangan melayan perempuan lebih-lebih
* Jangan mengusik sangat sebab perempuan ni hati dia cepat berharap.

AWAS, wahai perempuan! 

* Jangan terlalu bergaul dan berkata mesra kerana lelaki boleh naik nafsu. 

Ayuh, sama-sama MENJAGA. "



cebisan tazkirah yang dikopipasta oleh achik benar-benar mengusik kalbu~

sungguh aku risau apabila bermuamalah dengan mereka yang bukan sejantina 
denganku..terkadang tanpa disedari kita telah melebihi batas pergaulan a.k.a
ikhtilat. Mengimbau kembali pengajian/talk yang diadakan oleh Department 
Fiqh dan kekeluargaan Qisim Fiqh Usul bersama Dr. Ibrahim Obada berkisar
 isu ikhtilat. Malam yang paling 'jatuh gedebuk' 'tertampar' 'tergolek' tekau ='(

keperluan yang dimaksudkan bergantung kepada individu, namun...takut-takut
'keperluan' itu disalahguna lantas dijadikan senjata si penghasut tegar 
(syaitan ar-rojim)...wa 3iazubillah...


sofiy menutup komputer ribanya usai menjelajah fb pada malam tersebut. 
sering sahaja perkara itu muncul di benak sanubarinya sehinggakan emosinya 
terganggu.. kelihatannya seperti dia masih mencari kebenaran di sebalik kalam
"profesional dalam muamalah".. kerana baginya, perkara itu sangat sukar
kerana secara lumrah dan fitrahnya lelaki dan perempuan ibarat magnet yang
jika ditemukan, sukar untuk dipisahkan melainkan dengan tenaga/kekuatan.. 


manusia vs magnet.. 


walau diibaratkan dengan sebegitu rupa, tetap! manusia itu makhluk yang 
dikurniakan anugerah bernama akal untuk berfikir.. tenaga/kekuatan itu pula 
diibaratkan dengan kejuhudan atau kesungguhan kita dalam menempuhi 
fatrah dan situasi seperti yang digambarkan di atas.


" macam mana muamalat yang Allah redha sebenarnya? " soalan yang sama 
berulang-ulang menemui jalan buntu sehingga menjadi pembantu untuknya 
melelapkan mata =')



Friday, February 21, 2014

:: Catatan Kehidupan 11 ::

=')

=')

=')

Senyum.

Tawa.

Gembira.

Bahagia.

lovely starz ^_^



Rasa itu kurniaan Tuhan, bukan ?
Allah kan dah janji, disetiap kesusahan itu akan diselitkan kebahagiaan
Vice versa.



فأن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan "  94 :5-6



Perjalanan Sang Musafir tidak akan pernah mengenal erti hampa 
kecuali bersama-sama dengan perasaan itu terselit kisah yang mampu 
membuatnya bahagia..


Kerana sedikit sebanyak dirinya dapat mengenal Sang pencipta, yang 
menganugerahkan segala rasa yang wujud di lubuk hati seorang insan.
Alhamdulillah wa syukru Lillah atas nikmatNya yang satu ini =')


Kita merancang, Allah jua merancang (penetapan sejak di Luh Mahfuz)
Dan sebaik-baik perancang adalah Dia, kan? *kembali senyum*


Masing-masing punya cerita. Masing-masing punya kisah tersendiri


Tak semua yang kita kongsi bakal disambut oleh pendengar seperti yang
kita mahukan. Justeru, carilah pendengar setia yang tidak akan pernah lelah
untuk mendengar dan melayan kerenah anda, 


Pemberi Nikmat yang di atas ^_^



p/s : doakan saya. bakal sibuk menghadapi hari-hari terakhir dalam 
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang tergalas di bahu =)

eh, peperiksaan pun semakin hampir..mohon selitkan ana dalam doa entum!




Saturday, February 15, 2014

:: This is me ::


This is real..this is me..
I'm exactly where I'm supposed to be now,
Gonna let the light,shine on me..
Now I found who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I wanna be 
This is me......


Belajar


Cuba memahami


Keputusan 


=')


Terima kasih sebab berusaha...






Monday, February 10, 2014

: Isk3 ::


Tak habis-habis dengan sedih
Solehah, behave!

Semalam kirim kat seorang adik sebuah artikel tentang sedih
Rasanya, hari ini artikel tu sesuai untuk dihadiahkan buat diri sendiri

Janganlah Kamu Bersedih ='(

Perasaan dalam hati..ada pasang surutnya..itu pasti ~
Dalam kita memberi secebis nasihat juga perkongsian untuk sahabat tercinta,
seringkali kita diuji semula dengan perkara tersebut.. Bukan mudah, tapi
itulah hakikat kehidupan seorang da'ie =') *smiling*

" Jika Allah membuka aib kita, nescaya tiada suatu apa pun atas muka bumi
ini yang akan mendekati diri kita "

BELIEVE IT OR NOT ? BELIEVE IT!

Terkadang kita ketawa dan tersenyum sehingga terlupa suatu hari kelak Allah
pasti akan menghadiahkan juga kesedihan dan kesempitan, namun....
Pemberian itu tidak sama sekali bermaksud untuk membebankan malah secara
'majazi'nya adalah untuk menghasilkan/membuahkan 'kita' yang berkualiti luar
dan dalam. Ya atau tidak, dengarkan bicara hati anda dan nilai dengan hikmah

solehah...berubahlah ='(


Saya selalu sakitkan hati orang-orang yang saya sayang? ini bukan fitrah kan? :'(
doakanlah saya..keep praying for me ~


Wednesday, February 5, 2014

:: Mujahid-mujahid kecil ::

Aaarrgghhh !!!
Sakit !!!!
Nak nangis !!!



Kesakitan kita itu adalah merupakan jeritan dan luahan dari sang mujahid yang sedang berhempas-pulas bekerja di dalam tubuh badan kita T__T

Zalimkah kita andai kita membiarkan mereka bekerja tanpa henti ? dengan menggunakan hujjah " Dah Allah ciptakan sel-sel dalam tubuh kita ni untuk buat kerja, nak buat macam mane ? "

Failed.
Gagal.
Rosib.

Tubuh badan dan diri ini merupakan amanah dari Allah untuk kita pelihara ia dengan sebaiknya. Dan Allah tidak membiarkan kita terkapai-kapai berfikir bagaimana ingin memikul amanahNya yang satu ini.

islam....datang sebagai sebuah cara hidup yang mecakupi seluruh aspek kehidupan

Tuntutan dan amalan berpuasa
Ilmu  melalui piramid makanan (sederhana)
Amalan bersedeqah
Seruan 'sharing is caring' = makan berjemaah (bukan solat je ade jemaah) ^^

dll.. (dan lain-lain ) :D

Hati pon termasuk dalam kes ni tapi hati lagi berat tanggungjawabnya..
Sebab dialah punca dan asbab segala yang terjadi juga bakal terjadi 
( yaumul hisab)

p/s : doakan hati dan jasad saya segera pulih =')

Nikmat kesihatan antara nikmat yang sering dilupakan manusia..for sure 
sebab perkara ini adalah antara sebuah pemberian yang 'percuma' a.k.a 
gratis.. so it's easy to put it aside and just let it be maybe? erk -.-
sila malu kerana menjadi hamba Allah yang sebegini rupa :'(

Alhamdulillah, asykurak Ya Rabb for all these ni3mah ^_^

p/s : sila kuat kerana kesakitan bersalin nanti lagi perit dari kesakitan ini..
isk3.. Eh.. sibuk tulis benda yang tak pasti..manusia..ulang semula..

p/s : sila kuat kerana sakratul maut nanti dahsyat lagi mengerikan 
(moga tergolong dalam kalangan mereka yang mati dalam keadaan beriman 
dan terbaik) Ya Allah, sahhil umurana :)



hey !! sila menjadi kuat dan sabar ^_^
Allah ma3ana ma3akum insyaAllah..