Tuesday, November 26, 2013

Friday, November 22, 2013

:: Keraskan hatimu ::

Apakah??

=') Keraskan hatimu :

-untuk mengatakan tidak pada perkara yang syubuhat
-untuk mengatakan tidak pada perkara yang kita rasa 'tidak enak iman'
-untuk mengatakan tidak pada perkara yang melalaikan


-dengan niat untuk mencari Redha Ilahi
-dengan niat ingin menjaga iman,hati,maruah dan agama
-dengan harapan Allah mudahkan niat suci kamu itu


bukan semua insan mampu untuk mengeraskan hati demiNya...
bukan semua orang mampu mengatakan 'tidak'...
dan saya juga masih tergolong dalam golongan mereka yang belum
mampu itu...

T__T

kiriman seorang sahabat pada minggu yang lalu benar-benar menyebabkan
saya terfikir dan merenung kembali diri yang sering alpa dengan nikmat dunia
ini..juga untaian kata seorang ukht yang mengingatkan tentang kematian ='(


"Dikhuatiri sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman."

"Mati itu pasti,jodoh tengok rezeki..tapi yang sibuk dikejar2+dibincang2 sekarang adalah jodoh."


dan...

setiap kali melangkah masuk ke kelas Ahkam Tolabul 'Ilm , diri ini sering 
dinasihatkan mengenai kepentingan menuntut 'ilmu..penceritaan tentang
ketokohan ulama' kibar pada suatu masa dahulu benar2 membuatkan saya
berasa amat dan teramat kerdil , hina lagi menghinakan ='(

Allahu Allah...

Hanya Engkau yang Mengetahui betapa sakitnya hati ini tatkala mengoreksi
diri dari segala kelalaian , kejahilan , kealpaan , kemaksiatan yang pernah
dilakukan...

Namun...

Allah tidak pernah biar kita sendiri..
Allah tidak pernah membuang kita..
Allah tidak pernah membenarkan sesuatu terjadi di luar kemampuan kita..

isk..isk..isk.. *masih tidak sedarkah duhai hati ? akan hakikat ini? 

* seperti memerlukan penampar di pipi laju2 sebanyak 3 kali *

Bahkan...

Kita yang abaikan Allah..
Kita yang leka..lalai..
Hati gersang.. Ibadah kurang..
Iman terkontang-kanting..

masih sempatkah untuk berubah? ='(

KITA YANG TENTUKAN!!
SEMOGA SUKSES UNTUK MELALUI UJIAN DUNIA INI!!

=')





Monday, November 11, 2013

:: Homesick kah? ::


apabila hati rasa tidak enak....mula mengidam
macam-macam =D


Dari hari ke hari....jari ini ingin menaip dan mencoret....usai menulis,dipadam
semula....sampai bilakah harus begini? T__T

Andai hati ini bisa berkata-kata, tidak perlu lagi tangan dan jemari ini melakar
sesuatu pada dinding ruangan ini....biar tidak banyak kuantiti pengunjung di sini,
moga cebisan yang terkandung di dalam ruangan ini dimanfaatkan oleh mereka
yang diizinkan Allah untuk berkunjung dan meluangkan sejenak masa bersama~

Alhamdulillah, keputusan CT Scan yang dilalui oleh emak (-ve). Emak tidak
menghidap kanser hati cuma mengalami kesukaran pada salah satu salur
darahnya lantas mengakibatkan sedikit gangguan pada hati..mohon doa dari
semua agar semuanya baik-baik sahaja =')

Semenjak dua menjak ni, hati dan minda asyik terfikirkan mak dan ayah serta
adik-beradik di kampung.. petanda apakah? 55% keputusan memihak kepada
'pulang ke Malaysia 2014' manakala baki peratusnya masih difikirkan lagi...
kalau nak balik,kena plan dan mula berniaga start sekarang...

Perasaan nak balik membuak-buak pulak 2-3 hari ni ='(
Rasa nak kol mak hari-hari...
Rasa nak share cerita dgn adik sepanjang hari...
Rasa nak lari keluar Jordan..ngee~

Mak..ayah..whatever it is, redha kalian yang kakak harap =)
Kakak harap mak ayah doakan kakak kuat untuk menempuh beberapa tahun
yang masih tersisa di sini... Bukan senang nak jadi kuat tapi tidak mustahil..

..................fullstop............... mak ayah tak kan baca, moga zuuq nye sampai
di hati mereka hendaknya insyaAllah ~~~~~~

Beberapa hari lepas, saya menghantar kiriman ucapan berbentuk kata-kata
semangat buat seorang adik..Rasanya hari ni,kata-kata tu sesuai untuk digunakan
oleh diri sendiri T__T



Kekuatan itu bukan boleh diperoleh dengan hanya melihat rerumput menghijau di sebuah kawasan...


Bukan juga dengan hanya berkata "qowiy ! kuat ! hwaiting !" 

Batu asasnya adalah doa =')
Simennya pula adalah 'amal =')
Catnya pula adalah ikhlas+tawakal =')

Insan hanya mampu menjadi wasilah dariNya dan buatNya..
May Allah ease and bless..Redha Dia kita buru bersama insyaAllah ^^




Alhamdulillah..macam-macam yang Allah hadiahkan dalam satu masa =)
Bukan selalu dapat suprises macam ni...moga saya mampu mendepa tangan
seluasnya untuk terima hadiah-hadiah ni *hewhew*

Moga Allah permudah, Moga Allah redha, Moga Allah berkati
~ meneruskan langkah demi kembara ilmu ini~

Semoga beroleh jawapan yang dicari dan yang terbaik dariNya !