Tuesday, August 27, 2013

:: Catatan Kehidupan 10 ::

 Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullah...

Mood :

terkejut bile bukak facebook,orang salah erti status yang dikeluarkan pagi tadi

NGEE >_<

keep smiling and fighting!! ^_^


Allahumma amin... =')
Jazakumullahu Khairal Jaza' pada yang mendoakan saya sentiasa,,
kerana kemungkinan besar segala urusan hidup saya dimudahkan 
dengan terkabulnya doa kalian !
Saya pasti ! Ganjaran buat kalian dari atas pasti sudah tertulis ~
 — feeling loved

ni status pagi tadi...
sebagai salah satu ucapan penghargaan kepada semua insan yang pernah/sering/
kadang-kadang mendoakan saya... ^^


tiba-tiba...


orang kata saya mempunyai berite 'gembira'..uhuk3 >_< *saya faham maksud kalian*
memang...memang ada berita gembira..

1. urusan SPB kian jelas dan sudah boleh dirancang dengan baik insyaAllah.

2. mak ayah dan keluarga saya di Malaysia gembira kerana bakal menerima menantu
baru tidak lama lagi insyaAllah.. (doakan urusan angah saya dipermudahkan Allah)

3. walaupun semua ahli bayt tiada,saya tetap gembira kat sini alhamdulillah...

p/s : doakan saya qowiyy!! zahir dan batin biiznillah

=')

Friday, August 23, 2013

:: Catatan Kehidupan 9 ::

=)

indeed!! :')


ada sesuatu yang Allah sembunyikan buat kita,,yang pastinya semua 'suprise' tu akan 
datang sesuai dengan keadaan kita..ketika kita memerlukan 'suprise' tu,ia akan 
datang..yakinlah ia tidak akan datang jika kita menginginkannya sedangkan kita 
tidak memerlukannya =)

الحمد لله ثم الحمد لله

semoga Engkau pelihara diri ini..
semoga Engkau berkati kehidupanku ini..
semoga Engkau tidak melalaikan diriku dengan perkara ini..
semoga Engkau berikan kekuatan pada diri ini..


sejauh mana kami merancang,Engkau jualah PLANNER terbaik !! 
perjalanan yang sudah dimulakan sejak setahun yang lalu harus diteruskan dengan
'speed' yang lebih +++ !! moga redhaNya mengiringi setiap langkah insyaAllah...



p/s : mohon doakan saya ,, dan semoga segala doa2 tersebut dikembalikan juga buat dirimu~ jzkk ,,


Monday, August 19, 2013

:: Tawakal ::

Bismillah..

" Kamu merancang..Allah juga merancang..dan Allah adalah sebaik-baik perancang.. "

=')

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم
وعسى ان تحبوا شيئا وهو شر لكم
والله يعلم و أنتم لا تعلمون
 ~ Al-Baqarah 216 ~

" Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu... "
" Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu... "
" Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..."

*dush!!dush!!*

Adakah ini petanda baik atau petanda yang tidak baik?

>_<

InsyaAllah akan meneruskan yang kedua dan ketiga sebelum betul-betul yakin..
Disebabkan semuanya Allah rahsiakan, akan ku buru jawapan dan hikmah kejadian itu..
Moga Allah izinkan T__T..


Benar,perjalanan ini bukanlah mudah..tidak semudah A,B,C juga tidak semudah ا ب ت..
Persediaan mengenainya seharusnya sudah dipersiapkan seawal yang mungkin..
Kekuatan dalaman + ke'erat'an hubungan denganNya + hubungan dengan manusia dll...


Fikir masak-masak sebelum membuat apa sahaja keputusan dalam hidup..
Rasulullah menganjurkan kita beristikharah dalam membuat pilihan antara dua..
Tidak kira dalam apa jua masalah atau perkara..
Agar pilihan kita itu mendapat redhaNya tidak kira ianya betul/salah..


Jangan serik untuk jadikan kisah hidup orang lain sebagai pedoman + pengajaran juga
ilmu yang baru dalam usaha memahami qada' dan qadar Allah insyaAllah..

p/s : jangan lupa selitkan saya dalam doa kalian,,jzkk in advance ~

Thursday, August 15, 2013

:: Aku insan biasa ::

Ya...
Aku seorang yang garang..
Aku seorang yang sombong..
Aku tidak sempurna..
Tidak akan sempurna..
NEVER!!

Tapi..
Aku masih mencuba..
Aku sedang berusaha..
Merangkak-->berdiri-->bertatih-->melangkah laju-->berlari
Dan akan terus berlari..

Namun..
Aku memerlukan sokongan kamu..
Selain meminta kekuatan dariNya..
Aku mengharapkan doamu..
Kerana aku takut dosaku menjadi hijab pengkabulan doa..

Pendosa ini masih berusaha..
Membersihkan diri dan hati..
Mencari kembali identiti yang mulai menghilang..
Mencari semula sinar-sinar cahayaNya..
Moga ditemukan T__T


=')

p/s : moga permusafiran kali ini mampu mengubat hati lantas memberi kekuatan jiwa serta fikiran yang lapang insyaAllah..

Friday, August 9, 2013

:: 1 Syawal 1434H = 8 Ogos 2013 ::

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar...
Lailaha illallahu wallahu akbar...
Allahu akbar walillah ilhamd...

Alhamdulillah.....sempat menghabiskan 29 hari Ramadhan dan bertemu dengan Syawal
diiringi solat sunat hari raya 'eid di Masjid Jami'ah =')
Alhamdulillah.....sempat buat kuih raya walaupun masa suntuk dan sibuk
Alhamdulillah.....dapat buat makan-makan dengan sahabat terdekat walaupun
bersendirian mengurus rumahtangga >_<
Alhamdulillah.....dapat kol mak ayah,dapat skype dengan adik-beradik dan anak buah

Sujud dan syukur dipanjatkan buat Sang Pencipta yang mengizinkan semua ini berlaku
dalam hidup hamba yang kerdil lagi hina ini...

Cinta.....

Suatu yang sukar diungkap dengan kata-kata....
Hubungan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata....
Kisah yang tidak mungkin berlaku kepada mereka yang tidak mempunyainya..

Cinta.....

Menenangkan hati,mengubat jiwa yang lara juga dalam kesedihan....
Tempat meluahkan dan berkongsi rasa tidak kira suka atau duka....
Perkenalan sebuah hubungan yang bakal dirindui jika berlaku perpisahan....

Cinta = Allah ---> Kekasihnya ---> Mak ---> Ayah ---> Adik-beradik --->
             Suami/Isteri/ ---> Anak-anak ---> Sahabat..

*guru tidak diletakkan kerana semuanya merupakan guru dalam hidup kita,,
hanya kita yang boleh klasifikasikan mereka sebagai guru atau tidak.. =')


ni keluarga MMY saya..
semua balik Malaysia kecuali 6 orang..

ini pula keluarga Akademi Ramadhan 1434 H saya..
krik3 pada mulanya,kemudian beransur akrab... ^^


Gambar sahabat-sahabat saya tidak diupload..ini hanya gambar 'wishes' 'eid mubarak 
dari group kerja kami di sini...jazakumullahu khairan kathiran semua!!!

Nyata.....raya di sini tidak keseorangan =') dengan Cinta,,,,semuanya mungkin!!!

Binalah Cinta + Binalah Hubungan + Binalah Keakraban + Ubahlah akhlak ke arah
yang lebih baik + Cari titik persamaan + Hargai perbezaan + Ikhlas + Redha + Syukur

p/s  : thanks buat semua yang menceriakan hari-hari saya :') buat kamu,moga sentiasa dalam jagaan Allah insyaAllah~


Sunday, August 4, 2013

:: 27 Ramadhan 1434H ::

Dia kian pergi.. menjauh, entah kan sempat aku berjumpanya lagi selepas ini...
masa kian suntuk sepertinya tidak sanggup untuk melepaskan dikau pergi... andai ini
peluang terakhir ku bertemu denganmu, moga Allah menjadikan pertemuan kali ini
yang terbaik dari yang sebelumnya insyaAllah..

Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui, Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pengampun

Tatkala seluruh umat manusia berkejar-kejar mengejar si 'Laila' pada malam
27 Ramadhan, si dia, hamba yang hina itu turut menagih pengampunan dari
Tuhannya. Terdetik di hatinya apakah mampu dia menandingi 'abidullah yang lain?

T__T

Selangkah demi selangkah dia melangkah... dengan penuh hati-hati agar tidak jatuh
ke lubang yang sama buat kesekian kalinya.. kerana orang mukmin itu tidak akan
mengulangi kesilapannya buat kali kedua.. kata-kata itu sungguh pedih dan terkesan
di hatinya!! menampar-nampar dadanya sebagaimana orang syiah yang bertindak
memukul diri dan menyeksa tubuh badan mereka dalam sebahagian perayaan mereka.

Tidak adakah jalan keluar dari Tuhanmu, Tuhan aku, Tuhan kamu bagi mereka yang 
mengulangi kesilapan yang sama? Allah tidak zalim terhadap hamba-hambaNya,
percayalah! Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman :

" Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Jika dia 
menghampiriKu sehasta, Aku akan menghampirinya sedepa. Jika dia datang berjalan 
kepadaKu, Aku akan berlari kepadanya (segera menyahutsegala permintaannya) "

Rasulullah 'alaihissalam pernah bersabda :

Seseorang hamba melakukan dosa dan dia berkata " Wahai Tuhanku,aku telah berbuat dosa
maka ampunilah aku! " Tuhannya berfiman :" HambaKu tahu dia mempunyai Tuhan yang akan
mengampunkan dosanya " Hamba tersebut mengulangi dosanya dan Allah mengampunkannya
sehinggalah hamba itu mengulangi dosanya buat kali ketiga, Allah berfirman :" HambaKu tahu 
dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosanya, buatlah apa yang dia suka maka Aku akan 
ampunkan " - Riwayat Bukhari dan Muslim -

='(
Baiknya Allah!!!
Maluuu......

Sedangkan kita.. jika manusia seringkali mengulangi kesilapan yang sama
(walaupun sudah meminta maaf ), kita pasti akan melenting a.k.a tidak mampu
menahan sabar.. tapi Allah.....


اغفر ذنوبي يا الله.. اللهم لاتدع لنا ذنبا إلا غفرته, ولا هما إلا فرجته, ولا دينا إلا قضيته, ولا حاجة من حوائج الدنيا والآخرة إلا قضيتها..

Jangan pernah berputus asa untuk berubah!! Selagi matahari tidak terbit dari arah
Barat, kita masih punya masa insyaAllah... bertaubatlah! bertaubatlah!
bertaubatlah! tanpa jemu.. Taubat tidak merugikan apa-apa malah menguntungkan
=') Anything happened/ feeling down because of others ( المخلوقات أو الظروف ),
stay calm and cool.. you have Him beside ^_^ tell Him everything and slowliness
the 'peaceful' feeling will comes into your heart..

Have your faith in Him!! Keep smiling and be strong!! Hwaiting!! Go leha go!! :')
Jangan lupa mohon selitkan saya dalam doa-doa kalian,jzkk~