='(
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh bagi yang ingin menyusui secara sempurna.Dan
kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka
dengan cara yang patut.Seseorang tidak dibebani lebih dari
kesanggupannya.Janganlah seorang ibu menderita kerana
anaknya dan jangan pula seorang ayah menderita kerana anaknya"
~ al-baqarah :233 ~
pernah suatu ketika dahulu,aku bertanya pada mak mengenai kehidupanku
sewaktu aku di alam kanak-kanak....bagaimana kelakuanku..bagaimana
kerenah anakmu yang seorang ini.. =')
"kakak dulu menyusu sekejap je,tak sampai setahun..lepas tu kakak start
hisap jari *malu heww2 ^^..tak lama lepas tu kan,adik lahir.."
baik punya kakak boleh fikir nak bagi adik menyusu puas2 ..ngee~
adik lahir 31 Disember 1994 *sibuk je nak lahir cepat..kalau tak,beza 2tahun..huh!
maka,saya tidak dapat merasai macam mane nak jaga adik kecik..sebab
beza saya dengan adik cuma setahun..apabila teringat adik,terkadang saya
mengimbas memori lama..isk..isk..isk.. ='(
biarkan ia jadi sebahagian dari nostalgia manis dalam kehidupan kita dik..
walaupun kita pernah bertengkar dengan dahsyat*mesti orang tak percaya kalau
kite cerite dik..walau sebesar mana pun kesalahan kita antara satu sama lain,
tiada sekelumit pun rasa benci dalam hati ini..*geram+sakit hati wajib ..hehe..
orang selalu kata saya panas baran..kalaulah diorang tahu macam mana saya
waktu kat rumah..mm..
segala kisah dan liku-liku yang keluarga kita pernah hadapi...semuanya masih
segar dalam ingatan..sedikit pun tidak mungkin akan aku lupakan...tidak akan
sesekali!!kerana peristiwa-peristiwa itulah yang membuatkan aku mampu
bertahan dengan ujian yang Allah kirimkan saban hari...alhamdulillah...
tidak pernah terbayang di mindaku bahawa hari ini diriku mampu memijak
bumi barakah wa rahmah,Urdun@Jordan..mak..ayah..betapa banyak
pengorbanan yang telah kalian lakukan untuk kami,anak-anakmu.. T_T
bermula dengan abang dan angah yang dihantar ke Ardhul Kinanah,Mesir..
kini,anak perempuan sulungmu menyusul mereka di bumi Syam..
*dekat airport KLIA
tadi telefon rumah..borak-borak dengan adik sebelum memulakan bicara dengan
mak..ayah keje katanya..abang baru berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah..
minggu depan nak tidur rumah angah kat Melaka sebab ada kenduri kahwin
keluarga belah mak (Pontian,Johor)..macam-macam cerita..tapi..
setiap kali telefon mak,mesti ade senggang masa yang kami sama-sama diam..
...............................................*lama jugak,dalam 2-3 minit
speechless.....tiada siapa yang menyambung bicara...kelu lidah/tiada cerita/
sedih/bosan...tidak dapat ku pastikan..entah..tiba-tiba "bla bla bla..."
ingatkan cakap dengan kakak,rupanya dengan adik... =='
sempat terdetik dalam hati "adik tu 24 jam/7hari ada kat rumah...nak jugak
borak-borak time aku telefon"
='(
mak bosan ke cakap dengan kakak???err.....maaf.....saya bukan jenis yang
cerita dari A-Z kat mak...benda yang penting je...bila rasa mak macam tak
layan,rasa nak letak telefon.."mak,nanti kirim salam kat ayah,angah,orang
kampung.."
"yela..kakak,selamat hari lahir! "
errr.....speechless kejap..dalam hati *awalnya wish.... "aa...aaa...ok2..."
dah lama sikit, "mak,terima kasih besarkan kakak..cakap kat ayah jugak.."
di hujung talian,mak dah mula membisu...tangan automatic tarik tisu...
uhuk3 >< sendunya tetap kedengaran walaupun cuba disembunyikan..
*mak..kakak nangis jugak.. ='(
~kena letak telefon ni,kesian mak sedih (monologku dalam hati)..perghhh..tak ngaku pulak
dia yang nak nangis sebenarnya..krik3 :D
"mak,doakan kakak ei.." "belajar elok2 .."
usai letak telefon,bukak youtube lagu "buatmu ibu" dan "ayah" nyanyian adik2
Ae-man...dan terus log in blog..............
رب ارحمهما كما ربياني صغيرا
~ al-isra' : 24 ~
" Ya Allah,tatkala mereka melalui kesusahan untuk membesarkan kami adik-
beradik,Engkau ganjarilah mereka dengan pahala bagi setiap titik peluh,
air mata dan kesakitan yang mereka rasai..kuatkanlah hati dan jiwa mereka
untuk meredhai kehidupan kami adik-beradik...Sesungguhnya,keredhaanMu
terletak pada keredhaan mereka berdua Ya Allah..Engkau jadikanlah kami
sebagai penyejuk mata (qurratul'ain) buat mereka..Dan kelak,Engkau kumpul
kanlah kami sekeluarga di syurga FirdausMu..amin.."