Wednesday, November 21, 2012

:: HATI ( DUNIA vs AKHIRAT ) ::

Assalamualaikum warahmatullah...Alhamdulillah,Allah masih memberi keizinan untuk menukilkan secebis kalam yang moga-moga dipandang olehNya walaupun hanya sekadar sebesar zarah manfaatnya buat semua..



Hati ini sering merasai kegelisahan dan keresahan..rasa kekurangan..entah mengapa..entah di mana silapnya..


Hati ini meronta-ronta mencari penyebab utama akan fenomena hati yang sedang melanda ini..

T_T


Hati ini sayu dan semakin sayu..sedih mengenangkan dosa-dosa silam..sedih memikirkan apakah yang telah dilakukan untukNya..


ke mana hilangnya 'zuuq' itu??

ke mana perginya 'hati' yang dulu??


Allahu Allah!! T_T..i've neglect and left HIM behind!! Astaghfirullah...


sedikit perkongsian melalui pengisian rohani sebentar tadi bersama ustaz mohamad ridhauddin (ustaz yang mengajar sahabat2 di INTEC)..


me : assalamualaikum ustaz..bagaimana kita hendak mengubat rasa hati yang tidak tenang serta gelisah memikirkan ibadah + hubungan dgn Allah yang kian gersang dan tandus? sedikit mengganggu kehidupan seharian


ustaz : kita ibaratkan seorang doktor dan pesakitnya..


doktor : awak sakit apa?
pesakit : mm..entahla..tak tahu sakit apa..saja-saja nak datang..rasa macam sakit..
doktor : erk ==' *macam mana nak bagi ubat kalau tak tahu sakit apa?mm..


macam tu juga kita..alhamdulillah,solehah dah tahu di mana sakitnya,cuma memerlukan ubat untuk mengubatinya..


hati ini ada satu dan kecil saiznya..ustaz nak cerita sebuah kisah masa ustaz di sekolah tahfiz..ustaz ana ada bertanya " jika diberi pilihan,quran dan persatuan/something else yang manakah akan kamu pilih? jika kamu pilih persatuan,quran akan tinggalkan kamu"..


sebab Al-Quran ini jealous apabila kita melebihkan orang/perkara lain melebihinya..same goes to Allah..bila hati kita mula dipenuhi dengan dunia,maka terhapuslah sedikit demi sedikit bahagian untuk akhirat dan berkemungkinan tiada langsung kedudukannya dalam hati kamu..na'udzubillah


dan mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan menyebabkan Allah tidak redha dengan kita..cepat-cepatlah mohon ampun dan kajilah di mana silapnya..


T_T  again and again...


semakin kerdil rasa diri ini apabila Allah memberi jawapan mubasyarah..astaghfirullah,ighfir zunubi ya Allah ~





study..study..study..

makan..makan..makan..

ketawa..ketawa..ketawa..

semuanya..tanpa disedari telah mengganggu gugat hubunganku dengan Allah..again and again,i left HIM behind..


please guide me all YOUR ways,Ya Rabb!!

Monday, November 12, 2012

:: MASA+API+GRAND DINNER+LIQO' ::



Assalamualaikum..maaf entri sebelum ni hanya mampu menitipkan sebuah lagu sahaja atas reason kesuntukan masa??? mm..berkait dengan kesuntukan masa ni,ingin saya kongsikan sedikit peringatan dari seorang sahabat a.k.a housemate, athirah fa'aizal yang berbunyi :


masa tu cukup je.
semua orang dapat 24 jam.
cume,ke mana? dan bagaimana? masa itu dihabiskan.


'' orang yang takde masa, orang yang tiada prioriti dalam hidup ''
-dr muhaya-

selamat meletakkan prioriti dalam masa kita semua sebaiknya.
 

(103 ; 2) sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.



thanks sahabat! T_T..bila rasa nak buat something,membuatkan saya berfikir adakah ianya penting?atau ada yang lebih penting?mungkin susunan ini yang dimaksudkan...



Bila kita menerima tugasan yang banyak secara serentak, kita susun tugasan itu mengikut keutamaan seperti  1 hingga 4 di bawah. 

Keutamaan Satu:  SEGERA DAN PENTING.
 
Keutamaan Dua:  SEGERA TAPI TIDAK BERAPA PENTING.

Keutamaan Tiga.  TIDAK SEGERA TAPI PENTING.

Keutamaan Empat.  TIDAK SEGERA DAN TIDAK BERAPA PENTING.


walaupun update blog juga penting,namun ada yang lebih penting..maka,tergendala lah sebentar ruangan ini 


=')


dan minggu ini juga minggu bermulanya imtihan thani buat kami di sini..maka,terkejar-kejar sedikit dalam menguruskan masa..dengan nak kejar kelasnya,kelas tambahan lagi,kelas talaqqi lagi,mesyuarat dan lain-lain..tapi,kata orang..orang mukmin itu dilihat pada kehebatannya dalam menguruskan masa,kan?insyaAllah kheir :)


last week juga ada beberapa event.. Program API ( Akses Pemikiran Islam ) + Grand Dinner Batch 1115 + liqo' PINTAR..sedikit bingkisan kenangan  =)


 *poster program API (^_^)

* akhowat batch 1115 =')



 * syabab batch 1115 =')


*cebisan mutiara hati buat ahli usrah PINTAR ^^


inilah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian dari saya untuk program minggu lepas..insyaAllah,minggu ini akan menghadiri satu program bernama LANCER..nak tahu mengenainya??nantikan entri seterusnya insyaAllah.. ^_^


dan ku kirimkan sebuah lagu buat sahabat tersayang yang jauh di bumi tanah tumpah darah,Malaysia..




Aku hanyalah manusia
Insan biasa yang serba kekurangan
Aku manusia tiada sempurna
Kau sahabatku setialah
Walau kadang tak sejalan
Kau sahabatku setialah
Walau kadang berbeda dijiwa
Aku tak sempurna seperti nabiyalloh nabi Muhammad

Aku tak setaqwa nabiyalloh Ibrahim
Aku tidak semulia nabiyalloh Ismail
Aku tidak setampan seperti nabiyalloh nabi Yusuf
Ku tak setabah nabiyalloh nabi Ayub
Aku tidak segagah nabiyalloh nabi Musa
Setialah...







Thursday, November 8, 2012

:: بالصلاة ::


Assalamualaikum warahmatullah :)

nak share satu lagu arab+english yang sangat menarik dan indah liriknya =')


nyanyian Humood Alkhudher - Keep Me True -

KEEP ME TRUE (LYRICS)

بالصلاة
تطيب لي الحياة
وأرضي بها الإله
يحلو الوصال
راحتي
إن ضاقت كربتي
توجهت لقبلتي
قم يا بـلال
فالأذان
يُشعرني الأمـان
والصـلاة
تعيـد لي الحيـاة

I see Your light
five times everyday
melting my fears away
Oh when I pray
I hear the call
it led me to Your door
I want my heart to soar
to You my Lord
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

للإلـه
سعيت إلى الصلاة
منـاجاةً نجـاة
فـله المـآل
عزّتي
بركوعي وسجدتي
بها حريتي
لك ذا الجـلال
فالأذان
يشعرني الأمـان
والصـلاة
تعـيد لي الحيـاة

When I'm sad
and wipe away a tear
I know You're always near
my pain You hear
Oh I was lost
and no one was with me
I was blind but now I see
by Your mercy
Oh God above
bless me with Your love
and keep me true
loving and praising You

تعيــد لي الحيــاة

nice,isn't it?? =)
hope you enjoy to hear it insyaAllah...

Friday, November 2, 2012

:: =') ::

minggu yang dilalui terhias ceria .....


poster untuk sambutan Aidiladha anjuran PERMAI 2012..alhamdulillah..selesai sudah semalam..
akhirnya dapat merasa daging UNTA..sedap!!

dan semalam juga saya dapat ilmu baru..meh,saya kongsikan serba sedikit..


Memakan Daging Unta: Telah tetap dari Rasulullah SAW dari hadits Jabir bin Samuroh bahwasanya Beliau ditanya:

(يا رسول الله، أنتوضأ من لحوم الإبل؟ قال: “نعم” وقيل له: أنتوضأ من لحوم الغنم؟ قال: “إن شئت” (أخرجه مسلم كتاب الحيض باب الوضوء من لحم الإبل، برقم (360

“Ya Rasulullah, apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging unta? Beliau menjawab “Iya”. Dan ada yang bertanya kepadanya: Apakah saya (harus) wudhu dari (memakan) daging kambing? Beliau menjawab: “jika kamu mau”. [HR: Muslim] Rasulullah memberi pilihan kepada orang yang bertanya mengenai wudhu setelah memakan daging kambing, akan tetapi tidak member pilihan mengenai wudhu setelah memakan daging unta, bahkan Beliau mewajibkannya. Juga terdapat hadits dari Al Bara’ bin Azib, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

(توضؤوا من لحوم الإبل, ولا توضؤوا من لحوم الغنم (أخرجه ابن ماجه في كتاب الطهارة وسننها، باب ما جاء في الوضوء من لحوم الإبل، برقم (497

“Berwudhulah dari (memakan) daging unta, dan tidak (wajib) berwudhu dari (memakan) daging kambing”. [HR: Ibnu Majah] *copypaste

banyak perbahasan ulama dalam permasalahan ini..samada wudhu yang dimaksudkan adalah wudhu keseluruhannya ataupun sekadar basuh mulut dan berkumur-kumur sahaja..saya tidak berniat untuk berbicara panjang lebar kerana kekurangan ilmu untuk berbahas mengenainya..maaf..*yang penting semalam saya makan daging ini sebelum solat,maka memang saya ambil wudhu' terlebih dahulu ^^


mm..sebelum itu,saya nak berkongsi cerita tentang apa yang berlaku pada raya keempat bersamaan  13 Zulhijjah 1433 H ( Isnin )..saya+3sahabat yang lain+2adik junior (all ex-SMAPians) berkunjung ke teratak kak Fatin Hamidah Mustafa (medic 3rd year)..senior SMAP juga.. =')


dan kebetulan pada hari tersebut adalah tanggal ulangtahun kelahiran sahabat terchenta... Nor Azizah Bt Md Abas (dentistry 2nd year)..alang-alang tu,sambutlah birthday sekali..saya beli kek kat MANGO..kecik je (kedekut)..ngeh3..

kecik-kecik pon sedap,tu yang penting! ^_^


kak tinmid masakkan kami nasi minyak dan ayam masak merah..turut serta kek coklat yang enak dan air yang manis..kenyang..alhamdulillah..apa yang saya nak cerita adalah..


seang asyik berbual bicara,tiba-tiba diajukan soalan oleh jieja dan fa..


jieja : leha busy ei?

saya : eh,takdelah..biase je..

fa :aah la leha..macam ade prob je

saya : erk =='

jieja : takdelah,jieja tengok leha cam tak fokus je..orang tengah cakap kat sini,tapi otak leha cam melencong kat tempat lain..fikir benda lain..

saya : erk==' kali kedua.. ^_^ *muke tersengih cam kerang busuk sambil fikir apa nak jawab..aa...aa..oo yeah?mm..ok je..mungkin sebab fikir sahabat sePINTAR kot..nak pergi potong daging kat PUSKOM petang ni..nampaknya leha kena belajar sorok ekspresi muke lagi ni..ingatkan dah berjaya tadi,tak rupenya.iiishhh..

fa : busy nye lehaaa...yela,naqibah kan..dengan jawatan macam-macam lagi..

saya : erk ==' kali ketiga..ni baru jadi naqibah fa..kalau saya pegang jawatan lain,agaknya habisla saya..tak macam korang,hebatt!!

fa dan jieja : alaaa lehaa...ye ye je..


waktu tu,serius! nak nangis sebab benda yang remeh tu pon tak mampu nak simpan dan semat dalam hati..masih tak mampu nak ikhlaskan hati dengan apa yang Allah bagi..actually,ingat nak mengadu kat Dia je,tak sangka ada yang perasan akan perubahan diriku.. =(


sesungguhnya aku masih buntu..keliru..apa yang harus aku perbuat agar diri ini tidak menjadi beban buat mereka yang berada di sekeliling..ighfirli ya Rabb..


dan semalam..saya terbaca sebuah artikel yang dikongsikan oleh seorang sahabat USIM..berbunyi :

Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”*copypaste


:'(     :'(      :'(



Saya terus menangis. Seorang naqibah? Ya, saya seorang naqibah. Apakah seorang naqibah seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan..ighfir zunubi ya Rabb..


semakin longlai...langkah semakin suram...di mana dan bagaimana harus ku mulakan derap langkah kaki ini??
solehah..find yourself!! seek for His help and guidance,insyaAllah kheir ^^


do pray for me...and thanks to Allah coz give me this really 'something' in my life..may this one lead me to your 'ridho' and paradise insyaAllah..


azizah (jieja) dan fakhirah (fa).... ^_^
ni time winter last year..


semalam ada seorang kakanda yang mengirimkan hadiah yang berbentuk :





:')       :')        :')


thanks kak!!! hati terkedu seketika..*semakin sayu dan sedih


semakin jelaslah bahawa diri ini masih tidak berubah... :'(


emosiku masih seperti dahulu..kemarahanku tidak mampu dibendung dan disisip kemas....


aku tewas...aku kalah...aku malu...


janjiku untuk berubah semakin dilupakan mungkin...mm..


mohon berdas-das tembakan doa dari kalian agar saya terus kuat di sini..meniti liku-liku hidup yang mendatang dengan tenang dan sabar insyaAllah..


kosa kata :

PINTAR = kumpulan usrah (intelectual circle=bulatan ilmiah/gembira) under PERMAI
PERMAI = badan penggerak PERsatuan MAhasiswa Irbid,Jordan..
MANGO = kedai kek tersedap di Irbid (mungkin di Jordan) hehe..